Aura usahawan ternyata terzahir pada gerak bahasa tubuh yang ditunjukkan oleh Datin Dr Hasnorliza Abu Hassan tatkala memperkenalkan dirinya ketika penulis diundang ke kediamannya untuk sesi fotografi baru-baru ini. Mana tidaknya, pengasas ADLA (Penasihat, Pembangunan, Pembelajaran dan Pencapaian) Group Sdn Bhd sebenarnya seorang wanita yang sangat serba boleh.
Siapa sangka, beliau bukan sahaja bergelar usahawan, malah memegang peranan sebagai pengarang, penceramah serta mentor dalam membimbing ramai usahawan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Malah, ilmu usahawan sememangnya sentiasa dekat di hatinya. Malah, beliau sentiasa bersemangat tatkala diminta berbicara mengenai perkongsian ilmu.
Tambah Datin Dr. Hasnorliza Abu Hassan atau lebih mesra di sapa sebagai Dr Leez, antara pendorong utama kejayaannya hari ini adalah melalui pesanan bapa tersayang,Allahyarham Tan Sri Abu Hassan Omar yang sentiasa menjadi azimat untuk dirinya berjaya dalam apa jua yang diceburi.
“Jika hendak berjaya, selalu ingat asal usul dan jangan besar kepala. Tuhan memberi kenikmatan berserta ujian, jadi selalu bersyukur dan berkongsi dengan orang lain serta jangan lupa pada Sang Pencipta,” ia merupakan pesanan yang tidak pernah saya tinggalkan dari dulu hingga kini. Setiap pesanan beliau memberi inspirasi untuk saya melangkah lebih jauh bukan sahaja dalam kerjaya, malah sapa aplikasi ia dalam kehidupan berkeluarga,” ujar Dr Leez yang ramah.
Anak kedua daripada lima beradik ini merupakan puteri kepada bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abu Hassan Omar dan Puan Seri Wan Noor Daud. Mempunyai keperibadian yang kaya dengan sikap terbuka dalam berkongsi ilmu, wanita ini mahu berkongsi ilmu bagi meningkatkan keyakinan diri bukan sahaja melalui pendekatan keseimbangan kehidupan, malah ia merangkumi apa sahaja yang diminati.
Ads
Di atas inisiatif tersebut, Datin Leez menubuhkan ADLA pada 2016. ADLA merupakan satu-satunya institusi latihan di negara ini yang berkaitan dengan keseimbangan pekerjaan dan kehidupan.
“ADLA Group Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan latihan pengkhususan prinsip perniagaan seperti pengurusan modal insan, perkhidmatan pelanggan, operasi perniagaan, pengurusan am perniagaan dan perkembangan usahawan di mana usahawan dibentuk dengan didikan dan pengalaman khusus sesuai dengan keperluan bidang perniagaan pilihan mereka,” ujar Datin Leez yang mewujudkan ADLA dikukuhkan dengan lima prinsip utama iaitu keimanan, keluarga, kewangan dan bisnes, serta komuniti dan teman-teman.
Ads
Melihat penampilan Datin Leez yang bijak bergaya tatkala menghadiri majlis rasmi mahupun ke pejabat, penulis sempat melihat koleksi pakaian yang dimilikinya tersusun kemas di dalam ruangan khas di kediamannya yang terletak di pinggir ibukota.
Menurut Datin Leez, dia sememangnya gemar berfesyen serta menggayakannya mengikut situasi dan majlis yang bakal dihadirinya. Tambahnya lagi, kerjaya sebagai pengasas ADLA serta Naib Presiden 1 PENIAGAWATI memberi ruang untuk dirinya bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
“Dalam berfesyen, saya gemarkan rekaan yang klasik dan everlasting. Sebagai contoh, jaket adalah salah satu must have di dalam koleksi pakaian wanita kerana ia mudah untuk disuai padankan untuk acara rasmi mahupun santai. Selain itu, saya gemar menggayakan pakaian baju kebangsaan seperti baju kurung untuk menghadiri mesyuarat ataupun majlis-majlis penting. Saya mengutamakan keselesaan dalam bergaya kerana ia lebih penting untuk menambahkan keyakinan diri.
Ads
Memegang jawatan sebagai Naib Presiden 1 PENIAGAWATI membolehkan saya membantu pereka fesyen terkemuka mahupun pereka fesyen yang baharu berjinak-jinak dalam bidang yang mempunyai potensi ini mengembangkan bakat ke peringkat antarabangsa. Malah baru-baru ini, PENIAGAWATI membawa pereka fesyen dan usahawan Malaysia ke New York untuk misi Malaysia Fashion and Business Mission New York 2018 bersempena New York Fashion Week. Ia merupakan pendedahan terbaik untuk Malaysia memasarkan jenama fesyen di mata dunia,” ujar Datin Leez lagi.
Memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam perkembangan pembangunan dan keusahawanan, Dr. Leez sendiri merupakan contoh usahawan berjaya dan memiliki cabang perniagaan lain, seperti dobi dan fesyen. Walau komitmen sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya menjadi fokus utama hidup Yang Berbahagia Datin Dr. Hasnorliza Abu Hassan atau dengan nama komersialnya, Datin Dr Leez Hassan, itu tidak menghalang beliau berusaha menempah kejayaan di dalam bidang keusahawanan, ternyata minatnya dari zaman persekolahan lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantik dan terpelajar. Kavita Kaur membuktikan usia bukanlah halangan untuk menimba ilmu.
Terkini pelakon, usahawan, model dan penerbit filem terkenal ini baharu sahaja menerima Ijazah Kedoktoran dan bergelar graduan Wilmington Metropolitan University.
Paling membanggakan, Kavita menerima penganugerahan itu pada usia 54 tahun.
Keluarga Terpelajar
Sedia maklum, kita mengetahui Kavita sememangnya berasal daripada keluarga yang berpendidikan tinggi.
Mendiang bapanya, Profesor Datuk Dr. Joginder Singh Budh Singh bukan seorang yang calang-calang. Beliau merupakan Profesor Datuk Dr, bekas pensyarah radiologi dan tokoh akademik. Begitu juga ibunya yang bergelar doktor.
“Masih berasa sangat rendah diri dan bersyukur selepas menerima Ijazah Kedoktoran saya semalam.
“Hari yang benar-benar istimewa. Terima kasih dari hati kepada Prof. Dr. Nagarajah Lee dan Prof. Dato’ Haji Nasaruddin Ghani atas penghormatan yang luar biasa ini.”
Satu Kebanggaan
Kavita turut menzahirkan rasa bangga apabila bergelar graduan daripada sebuah universiti terkemuka.
“Berbangga menjadi antara penerima dan graduan Wilmington MU yang terkenal, diraikan di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya yang bersejarah.”
Suami tersayang, Roberto Guya turut hadir menemani dan memberi sokongan buat Kavita. Roberto segak menyarungkan suit rona gelap.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah dan rasa bangga mereka terhadap Kavita.
Untu info, mendiang bapa Kavita merupakan pensyarah radiologi di Universiti Malaya.
Tokoh akademik kelahiran Taiping, Perak ini antara individu yang bertanggungjawab mewujudkan Jabatan Pengimejan di Hospital Pantai pada 1985.
Mendiang meninggalkan seorang balu Datin Dr. Prabhavathi, tiga orang anak iaitu Sushil Singh Sidhu, Dr Jagdish Singh Sidhu dan Kavita Sidhu serta tiga orang cucu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Reda Allah adalah reda ibu bapa dan mustajabnya doa itu menembus langit, tanpa hijab di depan Rabb. Suka sangat tengok keakraban selebriti dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam bersama ibunya, dua-dua cantik menawan, akrab sungguh bagaikan kawan.
Tampil manis mengenakan hijab AnggunAnggerik Shawl Hijab yang diasaskan, Datin Rebecca, 37 tahun, yang kini sarat hamil anak keenam turut menitip luahan kata-kata buat ibu kesayangan.
“Ada ni tengah jumpa syurga saya yang cantik lagi manjahhh… Syurga saya cakap, ‘Dah besar perut awak dik tapi Mama tengok masih kuat berusaha cari rezeki. Rehat-rehatlah, tak penat ke?’
Syurga saya bertanya, comel syurga saya. Pastu katanya, ‘Mama sentiasa doakan awak.’ Dahlah baik, lembut jer syurga saya ni.
Saya balas, ‘Selagi larat untuk bekerja insyaAllah okey. Tak penat pun kita enjoy kerja.’ Thank you Mamaku sayang.” Datin Rebecca
Sambil memeluk dan mengucup pipi ibunya, Datin Rebecca turut menghadiahkan hijab sarung terbaharu AnggunAnggerik. Bagi yang mengikuti perkembangan mereka, wanita kelahiran Johor ni memang selalu bagi macam-macam. Setiap masa beliau cuba menggembirakan hati si ibu selepas pemergian ayahanda tersayang ke rahmatullah.
Selebriti berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab itu turut aktif menjalankan pelbagai bisnes. Antaranya pengasas produk kesihatan dan kecantikan Becca, Rebecca Frozen Seafood, AnggunAnggerik Shawl Hijab dan terbaharu, penasihat kewangan Hong Leong Takaful melalui Mummy Becca Golds Dream Team.
Isteri kepada Datuk Nor Azam Sulaiman itu juga menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Universiti Utara Malaysia sambil menguruskan keluarga serta perniagaan dalam masa yang sama.
Dalam kesibukan itu, menariknya Datin Rebecca masih cuba meluangkan masa berkualiti dengan keluarga tersayang.
“Masa berkualiti dengan syurga saya. 1 jam lebih sementara tunggu mesyuarat seterusnya di HQ HLMT.” Datin Rebecca
Datin Rebecca juga beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan daripada suami tercinta, anak-anak. Anak-anaknya iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael dan Nor Ahmet Al-Reaggan, selain dua lagi anak tiri kesayangan iaitu Nor Arif Qayyum, Nor Khayrin Sofiya, selain anak Anugerah Nor Aurora Riana Norazam.
Semoga Datin Rebecca berjaya dalam setiap aspek kehidupan. Kagum melihat bagaimana beliau mengatur masanya menyeimbangkan tugas sebagai seorang usahawan dan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lusa kita dah start berpuasa. Mesti ramai wanita yang tak sempat puasa kan? Lebih-lebih lagi mereka yang tidak dapat menyempurnakan puasa disebabkan melahirkan anak atau mengandung. Kalau seminggu mungkin senang nak ganti. Macam mana pula kalau 29 hari?
Hendak atau tidak puasa Ramadan WAJIB diganti sebelum tiba bulan puasa tahun berikutnya. Sebagai wanita perlu mengganti puasa yang telah ditinggalkan walau apa pun alasannya. Tetapi, Islam itu agama yang begitu fleksibel, jika tidak berupaya untuk mengganti apabila tiba masanya, wanita boleh membayar fidyah. Namun, puasa perlu juga diganti tahun yang berikutnya.
KADAR FIDYAH
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).
Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 Pada 30 Mei 2017 yang telah membincangkan tentang penambahbaikan pelaksanaan fidyah dan kaffarah di Bahagian baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP):
Kadar Bayaran Fidyah adalah sebanyak RM4.00
Kadar ini berdasarkan kepada nilai ½ gantang gandum iaitu sebanyak RM3.00 dan satu ringgit tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.
Konsep Gandaan Bagi Penentuan Bayaran Fidyah
Apabila seseorang yang meninggal puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
TAKSIRAN FIDYAH
Cara 1
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
Cara 2
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenakan.
Contoh :
Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).
Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.
Sumber: www.zakat.com.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.