“Saya mempunyai keluarga yang agak unik bila bab makan. Dua anak lelaki saya tak makan apa jenis sayur atau buah, jadi untuk bulan puasa saya kena pastikan ada ayam, tak kisahlah masakan apa pun…” mesra jawapan usahawan sukses, Datin Sabrina Ahmad kala ditanya menu wajib berbuka di rumahnya.
Berbicara tentang Ramadan, selain amal ibadah, topik makanan pastinya membuatkan sesiapa pun merasa dekat dan bahagia.
Momen sahur serta berbuka puasa seisi keluarga adalah saat paling ditunggu-tunggu, termasuklah keluarga Datuk Zulkifly Mohamad dan Datin Sabrina Ahmad yang menetap di Kedah ini.
Akur dengan pelbagai ragam anak-anak menjelang waktu berbuka, Datin Sabrina biasanya tidak kisah menyiapkan beberapa jenis lauk-pauk menepati selera masing-masing.
“Kalau anak sulung saya suka menu ayam, anak kedua pula kena ada daging atau udang manakala anak bongsu saya suka semua jenis lauk yang dimasak. Maka saya cuba penuhi selera mereka supaya keseronokan berbuka itu lebih terasa.” Datin Sabrina
Menyifatkan lauk ketam masak telur masin sebagai menu kesukaan keluarga, ibu kepada Mohd Syamim Zikri, Mohd Abal Khair dan Soffea Dini ini sanggup menyusun semula jadual bekerja demi memberi tumpuan pada ibadah serta keluarga.
“Biasanya kami bersahur dengan juadah lauk-pauk ringkas tapi membuka selera. Telur dadar, ikan bilis goreng lada kering, air asam, sambal daging goreng kicap… itu pun sudah cukup mengenyangkan.
Untuk berbuka pula semestinya lauk-pauk yang lebih berat. Antara yang wajib di atas meja adalah ayam masak sambal, rendang daging, kari ikan atau ikan goreng.” Datin Sabrina
Ads
DISEGANI
Selain mesra dan mudah didekati, seperkara yang menawan tentang Datin Sabrina adalah cita rasanya yang elegan. Berusia 45 tahun, beliau sangat menyenangi helaian busana-busana rekaan pereka seperti Datuk Rizalman Ibrahim.
Selain bergelar Pengasas dan Pengarah Urusan di Fereena Marketing, Datin Sabrina juga memiliki kilang sendiri di Napoh, Kedah. Beliau adalah Pengarah Urusan DSpharma Manufacturing Sdn Bhd, sebuah kilang bertaraf GMP untuk produk tradisional serta DZR Pharma Manufacturing iaitu kilang bertaraf GMP untuk suplemen.
Bijak dan sofistikated, dengarkan temu bual eksklusif Nona dengan Datin Sabrina yang berlangsung di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur…
Mengimbau kenangan berpuasa paling diingatinya, Datin Sabrina tanpa berselindung bercerita tentang momen Ramadan sewaktu musim pandemik yang lepas.
Ads
“Masa tu kami semua adik-beradik, mak ayah serta anak-anak saudara boleh berkumpul di rumah dusun untuk sambut puasa dan menunaikan terawih bersama.
Meskipun suasana terkawal kerana pandemik COVID-19 tapi kami bernasib baik kerana boleh menyambut puasa dengan meriah dan berkumpul semua ahli keluarga. Ahamdulillah.
Kalau cerita tentang Syawal pula, kebiasaannya kami sambut di rumah. Mungkin sebab rumah mak ayah saya berdekatan dan petang raya baru kami bergerak ke Perlis untuk ziarah pusara ibu mertua serta ke Alor Setar ziarah pusara bapa mertua saya.
Ads
Tahun ni rasanya semua orang pun pasti menanti-nantikan kemeriahan sambutan hari raya kerana kita bebas daripada sekatan untuk menziarahi sanak saudara.
Bagi keluarga kecil kami, kemeriahan diserikan dengan kehadiran cucu sulung saya Zara Aleena, bayi PKP yang cukup umur 2 tahun untuk meraikan suasana meriah ini.” Datin Sabrina
Mengakhiri perbualan, sempat Datin Sabrina berkongsi aktiviti bisnesnya pada musim perayaan.
“Selalunya pada musim perayaan ni kami akan buat promosi Ramadan dan raya secara besar-besaran di atas talian.
Tawaran promosi pun berbaloi sebab kami nak semua pelanggan tak kira lelaki atau wanita, tua atau muda sambut Hari Raya dengan meriah, cantik dan sihat. Saya nak semua boleh merasa pelbagai juadah yang terhidang setahun sekali. Kalau kita hilang nikmat sihat ni, apa perayaan pun tak berguna lagi.” Datin Sabrina
Penulis & Penyelaras: Norzalina Mohd Alias
Foto: Azfarina Sulaiman
Solekan: Kasih Cicie
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah lama rasanya tidak mendengar suara penyanyi yang selesa berambut pendek Misha Omar melantunkan lagu terbaharunya. Kali terakhir mendengar suaranya mengalunkan lagu baharu adalah kira-kira dua tahun lalu apabila muncul dengan lagu Terimaku Seadanya duet bersama Hafiz Suip. Kemudian Misha hilang sekali lagi.
Terbaharu, Misha Omar muncul dalam program Meletop untuk mempromosikan single terbaharu beliau berjudul Sampai Bila ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Shah Shamsiri dan Fedtri Yahya.
Apa yang menariknya, walaupun menyanyi sambil duduk, suara Misha tetap power dan mantap! Rata-rata netizen memuji vokal suara beliau yang ‘berlemak’ merdu itu yang menyanyi secara live di penghujung program tersebut.
Selain itu, Misha turut mendapat pujian daripada rakan- rakan artis senior mahupun junior seperti Siti Sarah, Wany Hasrita dan Liza Hanim.
Tindakan Misha Omar untuk nyanyi sambil duduk itu turut menjadi tanda tanya netizen sehingga ada yang mengatakan Misha sakit kaki ketika hadir untuk sesi promosi di program berkenaan.
“Ada yang cakap saya sakit kaki tapi sebenarnya saya segan nak berdiri membelakangkan Neelofa dan Nabil. So, ambil keputusan untuk nyanyi sambil duduk saja lah. Santai-santai”, jelas Misha di laman Instagramnya.
Alahai, sopannya Kak Mitch ni. Walaupun bergelar artis senior tapi sentiasa merendah diri dan hormat antara satu sama lain. Best kalau semua artis mengamalkan sikap macam ni kan, yang tua dihormati yang muda disayangi. Tak perlu lah nak berlagak DIVA dan sombong antara rakan artis yang lain. Industri hiburan ni kecil saja. Pusing-pusing bertemu juga. Apa-apa pun, tahniah diucapkan atas kelahiran single terbaharu dan semoga terus berjaya dalam bidang nyanyian ya Misha Omar.
sumber: ig @mishaomar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amboi, makin menjadi-jadi nampaknya bisnes isteri kesayangan Dato’ Aaron Aziz ini! Satu per satu koleksi hijab dihasilkan dan terbaru, Japan Travel Series yang bertemakan seni budaya Jepun baru sahaja dilancarkan awal Januari lalu. Memang cantik dan eksklusif sangat rekaan koleksi ini. Pendek kata, sesuai digayakan oleh semua wanita tidak kira ketika menghadiri majlis-majlis rasmi mahupun bersantai bersama keluarga.
Variasi hijab Datin Diyana Halik ini pastinya bakal menambat hati para wanita. Antaranya, Japan Shibuya Shawl, Japan Lavender Wagasa, Japan Matcha Green Tea Wagasa Square, Japan Red Cherry Blossom Wagasa Shawl dan Japan Mount Fuji Square.
Tidak ketinggalan, Japan Shibuya Crossing yang menerapkan hasil lukisan tangan di atas kain premium satin lembut. Setiap koleksi hijab Diyana Halik didatangkan dalam bungkusan kotak istimewa. Menariknya koleksi kali ini, hijabi yang membeli mana-mana koleksi Japan Travel Series turut menerima penanda buku eksklusif termasuk yang berbentuk kimono.
Sejak mengusahakan label hijab Diyana Halik pada tahun 2015, Datin Diyana telah pun memiliki pelbagai koleksi tudung termasuk Camo Series, Lush Printed, Fleur by Diyana Halik, Sheer Square, Dahlia, Two Tone Shawl, Lush Chiffon dan bermacam-macam lagi. Selain mudah digayakan, Datin Diyana turut memastikan setiap material yang bakal dihasilkan berkualiti demi keselesaan pengguna.
Kagum dengan semangat berniaga ibu kepada tiga orang cahaya mata ini. Walaupun suami ada kerjaya kukuh dan boleh hidup mewah tanpa berniaga tapi Datin Diyana memilih untuk memiliki perusahaan sendiri. Bagi yang berminat untuk mencuba koleksi hijab premium ini, layari laman web Diyana Halik atau mengunjungi butik Diyana Halik di Kota Damansara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Patutlah rezeki Syahmi Sazli dan isteri sentiasa melimpah ruah. Pasangan ini bukan saja rajin mencari peluang perniagaan baharu tetapi juga suka buat amal jariah. Syahmi yang kini bergelar influencer dan dikenali ramai mula mencipta nama sebagai YouTuber. Dari situ popularitinya meningkat dan menjadi pemilik syarikat produksi.
Tak cukup dengan itu, Syahmi di samping isteri tercinta iaitu Anissa Faizul turut melebar sayap perniagaan dengan mengusahakan produk wangian kereta atau bilik ‘Blank’ dan
Air Balang Syahmi.
Anissa juga mengusahakan perniagaan Beli Dessert yang menjual aneka sajian pencuci mulut dan hidangan utama seperti Ayam Grill, kek dan crepe.
Isteri Syahmi Sazli yang juga ibu dua anak tersebut turut mengeluarkan produk hijab miliknya ‘Sarong by Anissa Faizul’. Memang pandai berniaga suami isteri ini!
Rancak membina legasi dengan pelbagai cabang perniagaan, tidak hairanlah Syahmi dan Anissa menjadi sumber inspirasi di Kelantan. Sejak bisnes mereka meraih pulangan lumayan, pasangan suami isteri ini mampu menikmati aset mewah.
Bagaimana pun kedua-duanya tidak lupa membantu golongan memerlukan dan suka membuat amal jariah.
Menerusi Instagram Nissa, ada sahaja sumbangan yang diberikan kepada masyarakat termasuklah ketika Kelantan dilanda banjir tahun lalu. Sumbangan terkini yang dikongsikan Nissa di media sosialnya ialah pada Jun lepas.
“15 carton susu dah ada dengan Nissa. Jemput datang Beli Dessert, siapa yang betul-betul memerlukan susu hari ini. Tak payah bawa bukti apa-apa pun, Nissa percayakan korang semua.
Kalau nak check satu-satu, boleh merumitkan keadaan. Nissa nak santai-santai dan tenang saja hari ini.
Kalau rasa diri masih mampu, jangan datang ambil. Yang hanya betul-betul terdesak saja boleh datang ambil susu ni. Datang ambil sendiri, jangan guna orang lain datang ambil. Tu ja yang Nissa minta.”
Jun lalu juga usahawan muda ini melalui bisnes pewangi Blank mengadakan peraduan untuk pelanggan setia dengan pelbagai hadiah menarik. Antaranya hadiah utama berupa sebuah kereta Honda City Hatchback.
Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu anak sulung perempuan, Ainul Mardhiah dan anak lelaki diberi nama Khabib Umar yang lahir pada 3 Julai 2022.
Tak puas mata memandang kejelitaan wajah anak perempuan Azura Abdul Karim. Ternyata, Sarah Amanda Sahruddin mewarisi kecantikan ibunda tersayang yang merupakan bekas personaliti televisyen popular era 90an ...