Pelakon Tasha Shilla selamat melahirkan bayi perempuan pada 5 September 2022 sekitar pukul 10.37 pagi.
Anak kedua Tasha seberat 3.19 ilogram itu dilahirkan secara pembedahan. Menurut suami pelakon jelita itu, Muhammad Atiq Idris, proses pembedahan mengambil masa sekitar 45 minit namun segalanya berjalan dengan lancar. Bayi dan isterinya juga berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.”
Kongsi suami Tasha lagi, dia turut menemani Tasha di dalam bilik pembedahan serta berterima kasih kepada doktor yang bertugas.
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
Ads
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan.”
Pasangan ini memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka itu. Nama tersebut sememangnya telah dipilih sejak awal lagi.
Ads
Tasha atau sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak yang kini berusia 35 tahun sebelum ini memaklumkan dia bakal melahirkan anak keduanya itu secara pembedahan.
Tasha dan Atiq mendirikan rumahtangga pada 28 Februari 2020.
Ads
Anak sulung mereka diberi nama Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Nama Rina Nose, tersenarai di antara barisan artis komedi dan penghibur serba boleh di Indonesia. Berusia 39 tahun, wanita asal Bandung ini rupa-rupanya cukup disegani kerana bakat meniru gaya artis lain sekaligus menghiburkan peminatnya yang meniti jutaan orang!
Melangkaui batasan bahasa Malaysia-Indonesia, penyampaian Rina Nose sebagai pengacara program realiti Big Stage musim kelima bersama Elly Mazlein selayaknya dipuji.
Gandingan dua selebriti senior yang sama-sama hebat menyanyi dan berjenaka itu menggamatkan suasana, sekaligus ‘memancing’ tumpuan penonton dari awal hingga ke akhir konsert.
Terkejut mekap artis, Rina Nose punyalah humble dan pandai mekap sendiri, tak sangka senang sangat bekerja sama-sama macam ni…
Selain aktif berlakon filem, Rina juga pernah merakamkan beberapa lagu popular antaranya Maju Mundur Cantik, Ayank Mbeb, Cinta Kita, I Swear I Love You dan Move On.
Mula menceburi bidang seni hiburan sejak tahun 2005, wanita berketinggian 1.65m itu rupanya pernah meraih trofi kategori Komedian Wanita Terpilih di Anugerah Komedi Indonesia dan Komedian Wanita Terfavorit di anugerah sama.
Kini Rina membina rumah tangga kali kedua dengan jejaka pilihan hatinya, Josscy Aartsen dari Belanda.
Meskipun duduk di rumah dan kekalkan jarak sosial, arahan ini bukanlah tiket untuk para atlet negara beristirahat daripada rutin latihan.
Bagi Goh Liu Ying, beliau yang merupakan atlet beregu campuran badminton negara dan kini tersenarai di ranking ketujuh dunia, memilih gaya hidup sihat untuk mengekalkan staminanya.
Dalam temu bual eksklusif Nona dengan Liu Ying atau ‘Guleng’, wanita jelita berusia 31 tahun dengan ketinggian 166cm ini mengakui sebagai atlet perlu aktif bagi mengelakkan tahap fitness menurun.
Sambil mengusik tentang videonya bermain badminton di dalam bilik, beliau sambil ketawa menjawab, “Dimana-mana pun boleh berlatih, takde masalah. Smash terus bila dapat raket dan bulu tangkis.”
“Sebenarnya duduk di rumah pun kita mesti kekal sihat dan positif. Jangan beri alasan tak boleh keluar untuk tidak berpeluh. Saya sendiri pun ambil inisiatif bersenam, buat yoga, tabata dan core exercise untuk kesihatan.
Walaupun tanpa kemudahan gym, tapi kita boleh buat senaman berasaskan body weight, push up atau squat. Untuk wanita, senaman-senaman ini sangat senang dilakukan dan tak perlu ruang yang besar.
Untuk seorang atlet, senaman ni memanglah tak cukup. Tapi sekurang-kurangnya masih okey daripada tak berlatih langsung. Yang penting kita set alarm untuk bangun awal dan workout!
Aspek pemakanan pun mesti dijaga. Walaupun kita sebagai wanita suka memasak, tapi janganlah keterlaluan. Jangan lupa bahawa badan kita kurang aktif di rumah dan pembakaran kalori jadi perlahan berbanding biasa.
So kalau masak, cuba kurangkan makanan bergoreng dan banyakkan masakan stim atau sup.
Untuk mengendalikan stres, saya suka masak dan main game. Saya juga selalu tengok movie, boleh dikatakan setiap hari untuk mengisi masa lapang. Ada masanya saya buat LIVE di Instagram untuk kongsi ilmu workout dengan peminat sukan.
Waktu ini sepatutnya saya berada di Wuhan, China untuk menyertai kejohanan The Asian Badminton Championships (ABC) bagi sesi kelayakan Sukan Olimpik akan datang.
Tapi memandangkan Sukan Olimpik Tokyo pun dah ditunda, jadi tarikh baru belum diputuskan. Saya harap wabak bencana COVID-19 akan segera berakhir supaya dapatlah menyertai kejohanan-kejohanan lagi,” kata Liu Ying yang berasal dari Melaka itu.
Sebelum PKP berkuatkuasa, Goh Liu Ying bersama gandingannya Chan Peng Soon mara membuktikan prestasi cemerlang selepas meraih kejuaraan Masters Thailand dan Terbuka New Zealand pada Januari dan Mei lalu.
Beliau yang mengikat kontrak sebagai duta Li-Ning dan Yobick Malaysia sudah berundur daripada pasukan kebangsaan pada Disember 2018, namun mereka masih meneruskan kejohanan antarabangsa di bawah penajaan Li-Ning.
Anak sulung daripada tiga beradik milik pasangan Goh Chak Wee dan Yong Oi Lin ini sering menyertai pelbagai kejohanan badminton di peringkat antarabangsa. Antara pencapaian terbaik beliau membawa pulang pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio 2016. Liu Ying juga bercita-cita untuk mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik Tokyo akan datang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peningkatan usia sememangnya sudah menjadi lumrah kehidupan semua orang. Tetapi, kagum dengan wanita yang sudah meningkat usia tetap nampak kekal awet muda, salah seorangnya adalah pembaca berita Azizah Ariffin. Menyambut ulang tahun kelahiran yang 51 tahun pada Jun lalu wanita yang mudah tersenyum ini benar-benar nampak muda.
Jika dilihat perkongsian wanita yang membaca berita di TV AlHijrah sekarang, tidak mustahil wanita ini berjaya mengekalkan kejelitaannya kerana aktif bersukan. Lihat sahaja foto-foto yang dikongsi oleh wanita ini di laman media sosialnya.
Rupanya Azizah Ariffin ini seorang yang mengamalkan gaya hiodup sihat, patutlah nampak muda. Menurut Azizah kesihatan jantung merupakan faktor utama untuk kekal sihat. Tip penjagaan kesihatan jantung olehnya;
1. Keep it clean. Hentikan tabiat merokok dan jauhi dari perokok. Nikotin dalam rokok tu boleh mengecutkan salur darah dan mengurangkan pengaliran oksigen ke jantung dan seluruh badan. Ia juga punca terhasilnya banyak radikal bebas yang jadi punca banyak penyakit termasuklah sakit jantung
2. Keep it healthy. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang. Amalkan pinggan sihat, suku suku separuh. Kurangkan garam, gula, makanan tinggi transfat sebaliknya jangan lupa masukkan lemak sihat seperti minyak zaitun Olivie & OPU dalam diet seharian anda. Sebab apa ya kena ambil minyak zaitun ni, sebab minyak zaitun kaya dengan omega 3 & 6. Badan kita tak dapat hasilkan Omega 3 & 6 ni jadi kita perlu ambil dari sumber makanan. Peranan Omega 3 & 6 ni ia membaik pulih sel membrane kita, termasuklah sel di kawasan jantung.
3. Kekal aktif. Senaman senaman senaman. Hanya 30 minit dan 3 kali seminggu. Jangan malas bergerak tau. Senaman dapat menguatkan otot jantung kita, mengendurkan pembuluh darah, menurunkan paras gula dalam darah dan menaikkan paras kolestrol baik HDL kita.
Azizah juga berkongsi tentang cara pemakanan yang betul. Mungkin ini adalah petua cantik dan awet muda yang diamalkan olehnya. Kongsinya, “Saya amalkan 1 sudu minyak zaitun Olivie plus dan 1 sudu teh OPU di waktu malam untuk kesihatan jantung yang sihat. Sama-sama kita menuju kehidupan aafiyat dengan jantung yang sihat,” kongsi wanita cantik ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat susuk tubuh dan penampilan Puan Sri Tiara Jacquelina pasti ramai tidak menyangka selebriti ini sebenarnya sudah pun menginjak usia 59 tahun. Meskipun menghampiri usia 60 tahun namun Puan Sri Tiara seorang wanita aktif dan sentiasa berfikiran positif.