Dr Ezani, Dari Doktor Gigi Kini Pengusaha Kulinari
Dr Ezani, Dari Doktor Gigi Kini Pengusaha Kulinari

Siapa sangka keputusan untuk menyertai MasterChef Malaysia musim pertama pada tahun 2012 ketika sedang menunggu penempatan selepas tamat pengajian pengigian mengubah hala tuju kerjaya Dr Ezani Farhana Md Monoto.

Dijulang menjadi juara program realiti masakan popular berkenaan, Dr Ezani yang pernah menggalas tugas Pegawai Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang kini merupakan pengusaha restoran.

Meniti usia 39 tahun, perusahaan Pastribella Bake Shop milik Dr Ezani yang terletak di Cyberjaya difahamkan sudah enam tahun beroperasi.

Artikel https://www.nona.my/impian-ada-akademi-sendiri-tercapai-syaidatul-afifah-bekas-atlet-tenpin-boling-lahirkan-pelapis-boling-profesional/

Dr Ezani Dari Doktor Gigi Kini Pengusaha Makanan

Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella!

Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella! Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella!

Menerusi temu bual dengan Nona tidak lama dulu, Dr Ezani yang sangat cemerlang dalam akademik sejak kecil dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mengutamakan pendidikan. Apatah lagi bapanya merupakan Pegawai Pendidikan. Manakala ibu pula seorang Pengetua.

Ads

“Sejak kecil saya menjadikan kejayaan kakak dalam pelajaran sebagai pendorong untuk saya sukses. Dari sudut memasak pula semestinya ibu sebagai inspirasi. Semasa kecil saya sering membantu ibu berniaga makanan secara kecil-kecilan.

Saya dan suami berimpian untuk membuka restoran sendiri. Sebab itulah kami sering kali menyertai festival-festival makanan. Suami juga minat memasak dan sering membantu saya di dapur.”

Mengulas latar belakang pendidikan, Dr Ezani ialah graduan pergigian dari Universiti Adelaide, Australia.

Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella! Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella! Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella!

Ads

“Sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) saya menyertai program realiti MasterChef Malaysia musim pertama terbitan Astro.

Sebenarnya semasa belajar di luar negara pun saya gemar memasak. Rakan-rakan ramai yang menyokong saya untuk menyertai program tersebut. Tawaran menyertai MasterChef Malaysia datang serentak bersama surat panggilan KKM untuk berkhidmat di Sabah.

Saya memohon penangguhan jawatan selama setahun dari KKM atas alasan terikat dengan program MasterChef Malaysia,” kongsi anak jati Muar, Johor ini.

Kejayaan Dr Ezani

Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella! Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella! Juara MasterChef, Dari Doktor Gigi Kini Dr Ezani Kejar Minat Dunia Kulinari & Bergelar Pengusaha Pastribella!

Ads

Percaturan ibu kepada seorang anak ini tidak sia-sia apabila dia merangkul gelaran Juara MasterChef Malaysia yang julung kali diadakan itu. Namanya semakin popular sekali gus mengubah kehidupannya secara total.

Atas minat mendalam dalam dunia kulinari, ibu dua cahaya mata ini nekad berkecimpung secara serius dalam bidang makanan dan pastri sehingga tercetusnya Pastribella Bake Shop.

Lebih manis, Pastribella Bake Shop kini sudah pun mempunyai dua cawangan iaitu di Cyberjaya dan Wangsa Melawati.

Bukan hanya menghidangkan pelbagai aneka pencuci mulut menyelerakan, ia turut menyajikan seleksi menu Melayu dan Barat.

Semoga Dr Ezani terus maju dalam bidang yang diceburi dan menjadi suntikan semangat kepada lebih ramai wanita untuk kejar impian mereka.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads