Kuala Lumpur Fashion Week datang lagi! Kini terbentang satu lagi chapter baharu apabila jenama yang terkenal dengan rekaan untuk wanita moden, Mimpikita tampil dengan koleksi istimewa Spring/Summer 2022 di Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW21).

IKLAN

Koleksi ini khas buat wanita yang berinspirasi serta seorang dreamer and explorer. Koleksi istimewa ini menampilkan 34 looks yang pasti akan menyerlahkan penampilan pertama si pemakai yang mewakili jurnal harian Mimpikita.

Koleksi terbaharu ini turut menjemput para pencinta fesyen bagi merasai sendiri elemen segar Mimpikita dalam setiap helaian busana harian. Youthful yet rich in its amicable prints! Setiap busana ada kisah indahnya yang tersendiri. Setiap sudut helaian dalam koleksi terunggul ini direka secara unik bagi mempamerkan fungsinya.

IKLAN

IKLAN

“Elemen terbaik untuk koleksi ini ialah keselesaan. I am inspired by delicate, airy and nature essentials. Look terbaharu Mimpikita tentang penampilan yang segar dan pada masa sama lebih chic!

Kami berharap anda dapat bersama-sama dalam perjalanan Mimpikita bagi meraikan wanita. Tentang siapa kita pada hari ini seterusnya menjadi diri sendiri dalam versi yang terbaik,” kongsi Nurul Zulkifli yang merupakan Pengasas Bersama serta Pengarah Urusan & Kreatif Mimpikita.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati akaun Instagram Mimpikita di @mimpi_kita atau layari laman web rasminya di www.mimpikita.com.my atau Facebook @mimpikitashop