LEONARDO DICAPRIO

Berstatus jutawan dan merupakan salah seorang pelakon berjaya di Hollywood, Leonardo DiCaprio boleh saja bawa mana-mana jelitawan untuk menemaninya ke majlis anugerah. Tapi aktor tampan ini sejak bertahun-tahun dilihat lebih selesa membawa ibu tersayang yang berusia 78 tahun di acara red carpet.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Ada yang mengagumi keputusan Leonardo dan menyifatkan ia satu dalam berjuta. Malah, ada juga melabelnya sebagai ‘anak mak’.

IKLAN

Walau apa pun pandangan peminat, Leonardo tetap mahu ibu tersayang, Irmelin Indenbirken menemaninya ke acara hiburan. Kata bintang filem Titanic berkenaan kepada Vogue, “Saya tidak akan berada di sini jika tidak kerana individu ini (ibu).

Saya membesar di kejiranan yang sukar di East Los Angeles. Wanita inilah yang memandu selama tiga jam sehari untuk bawa saya ke sekolah yang berbeza-beza dan beri peluang kepada saya.”

Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah! Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah! Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah! Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah! Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah!

Meskipun terkenal dan kaya, Leonardo tidak malu menghargai ibunya secara terbuka dan mengenang jasa wanita tersebut yang telah membesarkan dia sebaik mungkin. Sebagai membalas pengorbanan ibu, Leonardo tak lokek membelanjakan jutaan dollar untuk membeli rumah buat ratu hatinya itu di Los Feliz.

Memetik laporan New York Post, rumah agam itu mencecah harga sehingga USD7.1 juta. Ia adalah hartanah kedua dibeli Leonardo sebelum ini di lokasi sama. Rumah pertama yang dibeli ialah pada tahun 2018 bernilai USD 4.9 juta untuk bapanya, George DiCaprio bersama ibu tiri, Peggy Ann Farra.

Rumah terbaharu ini terletak kira-kira enam minit dari rumah bapa Leonardo yang berkeluasan 5,000 ekar dan mempunyai empat bilik tidur dan lima bilik air. Ia dahulunya milik aktor Jesse Tyler Ferguson.

Selain mempunyai beberapa aset hartanah, Leonardo membahagikan kekayaan yang ada dengan membeli sebuah pulau persendirian di Belize iaitu Blackadore Caye yang terletak di Barat Laut Caribbean.

Difahamkan Leonardo membelinya pada tahun 2015 dengan nilai USD1.785 juta dan mengubahnya menjadi sebuah resort mesra alam pada tahun 2018.

Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah! Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah! Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah!

IKLAN

Mengimbas pembabitan awal Leonardo sebelum bergelar selebriti kelas A di Hollywood, aktor yang memenangi Academy Award pada tahun 2016 dalam filem The Revenant ini mula menghiasi iklan komersial dan TV sebelum beralih ke dunia lakonan ketika berumur 14 tahun.

Namanya terus melonjak naik dan mencetus fenomena selepas kejayaan filem Titanic bersama pelakon wanita hebat, Kate Winslet.

Sehingga tahun ini, kekayaan Leonardo dikatakan mencecah USD260 juta. Selain Titanic, bakat lakonan mantap Leonardo turut mendapat pujian ramai sewaktu dia menjayakan watak dalam filem Wolf of Wall Street dan The Revenant.

IKLAN

Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah! Jutawan & Ada Pulau Sendiri, LEONARDO Tak Kisah Dilabel ‘Anak Mak’ Sebab Bawa Ibu Ke Majlis Anugerah!

Dari awal karier hingga terkenal, Leonardo masih dikenali sebagai personaliti yang gemar bergurau senda dan dermawan. Menurut Forbes, Leonardo merupakan pelakon lelaki Oscar yang menerima bayaran termahal pada tahun 2016.

Dia dibayar tinggi untuk menjayakan watak dalam filem The Revenant dan dilaporkan menerima bayaran daripada filem terdahulu yang dianggarkan USD 29 juta dari Jun 2014 hingga Jun 2015.

Selepas kejayaan filem Titanic, dia menubuhkan Leonardo DiCaprio Foundation pada 1998. Yayasan ini berperanan untuk membantu usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, haiwan serta dunia. Pada 2017, aktivis ini menjadi pelabur dalam syarikat Beyond Meat.

Leonardo juga mengagihkan kekayaannya dalam pelaburan bidang hartanah. Pada 1998 dia membeli kediaman di Malibu dengan nilai USD 1.6 juta yang kemudian berhasrat menjualnya dengan harga USD 10.95 juta selepas 19 tahun memiliki aset itu.

Menerusi portal Celebrity Net Worth, aset Leonardo dalam bidang hartanah bernilai lebih USD 100 juta.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI