Kagum Pesona Seorang ‘Princess’, Buatkan DATIN NINA SABRINA Suka Tampil Anggun & Menawan!

Memang benar, isteri Dato’ Jovian Mandagie ini persis seorang puteri. Selain dikurniakan raut wajah yang cantik, peribadi Datin Nina Sabrina Ismail Sabri mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan persona dirinya. Tutur bicaranya penuh kelembutan.. tidak kurang juga tingkah laku yang sangat menyenangkan. Masih ingat lagi keramahan anak bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini tatkala menjalani sesi fotografi Nona Edisi Platinum 3 Dekad, lima tahun lalu.

Disifatkan seorang yang bercita-cita tinggi dan berjiwa penyayang.. Datin Nina kini bahagia melayari alam perkahwinan bersama pereka fesyen ternama negara. Lebih-lebih lagi sejak kehadiran puteri sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie. Dalam temu bual bersama Datin Nina pada tahun 2013 itu nyata ia mencerminkan siapa dirinya yang sebenar.

Baca artikel berkenaan Meriahnya Majlis Akikah Princess Dato’ Jovian & Datin Nina, Macam Resepsi Perkahwinan! Cantik Sangat

Karakter anda?

Saya sangat sukakan kanak-kanak dan pernah menjadi sukarelawan untuk menjaga kanak-kanak ketika masih menuntut di University of Queensland, Australia. Rasa kagum terhadap perwatakan seorang puteri yang memiliki sikap penyayang dan cantik menyebabkan saya gemar berpenampilan anggun dan menawan persis seorang puteri.

Mantera fesyen?

Owh, I love colorful and pastel fancy things! Saya gemar mengenakan gaya feminin dengan memakai gaun berbanding pants. Dalam bergaya tidak perlu mengenakan banyak aksesori kerana bagi saya, less is more.

Aktiviti di waktu senggang?

Membaca, memasak dan saya suka ‘Google’ bermacam-macam benda untuk mengetahui sesuatu perkara itu dengan lebih lanjut. Resipi masakan saya tentunya masakan tradisional seperti ayam masak merah dan sambal belacan. Tambahan pula, Jovian sangat sukakan masakan tersebut.

Sumber inspirasi anda dalam dunia fesyen…

Saya kagum dengan personaliti Olivia Palermo dan Kate Middleton yang kelihatan sangat bergaya dan classy

.

Baca artikel berkenaan Kata-Kata Datin Nina Ini Melegakan Hati Para Ibu Lepas Bersalin! Ada Perkara Lebih Penting Perlu Tahu Selain Perubahan Bentuk Badan

Jenama kegemaran anda?

Untuk kasut, saya sukakan jenama Prada dan Salvatore Ferragamo. Bagi aksesori dan beg tangan pula, Chanel menjadi pilihan. Sementara busana, Jovian Mandagie.

‘Chic’ membawa maksud …

young, fresh and edgy.

Destinasi percutian idaman?

Beach! Apabila bercuti di pantai atau pulau, saya tidak perlu bermekap atau mengusung gajet-gajet canggih. Cukup menenangkan! Destinasi percutian pilihan saya tentunya di Vanuatu Island, Bali, Phuket, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.

Individu paling anda kagumi?

Tentunya kedua ibu bapa saya. Saya begitu kagum dengan semangat papa terutama dalam urusan perniagaan. Beliau bijak menguruskan perniagaan dan komited dengan pekerjaan yang dilakukan. Sementara sikap rendah diri dan penyayang mama dalam mendidik kami adik-beradik dan menjaga keluarga menjadi contoh terbaik yang wajar diteladani.

Dalam temu bual itu juga penulis ada bertanyakan tentang impian Datin Nina dan katanya beliau berhasrat untuk mengusahakan salun kecantikan rambut yang dikhaskan untuk golongan wanita berhijab. Tidak hanya pekerja salun bahkan pelanggan juga terdiri daripada kaum wanita sahaja di samping menggunakan hanya produk organik yang mendapat pengiktirafan sijil halal.

Kini, selepas lima tahun berlalu.. kakak kepada penyanyi Dafi ini membuktikan ia bukan angan-angan kosong. Berkat kerja keras dan sokongan padu keluarga, Datin Nina berjaya mengusahakan salun yang diimpikan iaitu Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor. Luar biasa semangat yang ada dalam diri isteri Dato’ Jovian ini. Beliau sememangnya lambang inspirasi kepada seluruh wanita di Malaysia!

IKLAN
Share