Siapa yang tak mengenali personaliti, hos dan pelakon Yaya Zahir yang sering kali kelihatan di majlis dan acara fesyen di ibu kota. Berpeluang bertemu Yaya Zahir ketika majlis pembukaan semula butik flagship Ms Read di Pavilion baru-baru ini, mata tertumpu pada Yaya Zahir yang kelihatan cukup anggun sekali.
Sekiranya sebelum ini dirinya hadir berseorang mahupun ditemani pengurus atau suami, kali ini Yaya hadir bersama ibu dan anak sulungnya, Atheer yang sudah memasuki usia 3 bulan. Pertama kali bertentang mata melihat kecomelan Atheer, nyata Yaya sudah mula membiasakan diri menjadi seorang ibu buat pertama kali.
Ads
Pertama kali menjadi ibu, perasaan Yaya bagaimana. “Its interesting sangat jadi seorang ibu, banyak perasaan bercampur baur, and its overwhelming but in a good one. Im so happy!”
Bagaimana pula dengan keadaan Atheer sekarang? “Alhamdulillah so far ok, tipulah kalau tidak mencabar tapi syukur dengan sokongan suami, ibu semuanya berjalan lancar. Dia akan meragam bila nak susu, pampers dah penuh atau mengantuk sangat.
Ads
Ads
Plus dia suka sangat berjalan, mungkin sebab Yaya pregnant Yaya selalu travel, so kalau jalan-jalan dia okay,” jelas Yaya lagi.
Yaya Zahir selamat diijab kabul dengan juruterbang, Arriz Azim, 30, pada 9 Ogos lalu. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri dalam majlis pernikahan di Petaling Jaya sekali gus menjadi saksi termeterainya satu ikatan suci antara dua jiwa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban tahun pusat-pusat membeli belah sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari kelengkapan dan keperluan bagi menyambut kedatangan bulan Syawal. Pastinya pilihan orang ramai ialah mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.
MYDIN seringkali menjadi tumpuan serta pilihan kerana sentiasa memahami kehendak dan cita rasa masyrakat Malaysia. Bertepatan dengan slogannya, ‘Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!’ MYDIN menyediakan pelbagai kelengkapan Ramadan dan Syawal untuk tahun ini.
Selain menawarkan pelbagai seleksi kurma dari Timur Tengah untuk berbuka, turut diadakan program-program, peraduan, bazar Ramadan serta koleksi pakaian wanita jenama MIKAYLA dan MIKHAIL bagi pakaian lelaki pada harga berpatutan.
Buat pertama kalinya juga MYDIN mengeluarkan sebuah lagu raya berjudul ‘Girang Syawal Tiba’ dendangan artis FMC iaitu Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Sissy Imann, Zoey Rahman dan Ernie Zakri.
Menariknya, penggambaran klip video ini diadakan di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. Ia sebagai simbolik bagi menyampaikan mesej bahawa warga emas usah dilupakan.
Bagi memudahkan pengunjung yang datang membeli belah, mereka tidak perlu lagi tergesa-gesa pulang membeli juadah berbuka kerana mereka boleh mendapatkan lebih daripada 200 juadah berbuka yang dimasak sendiri oleh chef MYDIN. Dibuka setiap hari bermula pukul 3 petang hingga 7 malam.
Majlis pelancaran ‘Girang Syawal Tiba 2018’ berlangsung pada 16 Mei lalu dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd serta barisan Ahli Lembaga Pengarah MYDIN. Turut hadir ialah rakan-rakan media, artis-artis FMC yang terlibat dan para pembekal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ada lagi mereka yang degil dan tidak menurut arahan Perintah Kawalan Pergerakan #stayathome. Buat kenduri, makan di kedai, berkumpul ramai-ramai dan bersiar-siar sesuka hati. Sehinggalah kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas hingga memaksa pasukan tentera turun padang untuk memantau keadaan ini.
Tolonglah rakyat Malaysia, 14 hari sahaja tinggal dalam rumah. Kita inginkan keadaan kembali pulih. Nak lagi makin menghampiri Ramadan, semua orang nak pergi terawih dan sebagainya. Jangan disulitkan keadaan ini lagi!
Sempat bertanya tentang situasi ini pada selebriti ratu bulu mata, Rozita Che Wan sendiri mengaku dia menghadkan pergerakan untuk ber-OOTD di luar rumah. Namun, itu bukan alasan untuk dia pencen bergaya, Che Ta masih lagi berkongsi foto-foto menarik di dalam rumah bersama suami dan anak-anak menerusi akaun Instagramnya.
“14 hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, inilah masanya kami yang sentiasa sibuk keja, tak lekat di rumah dan sekarang patuh dok di rumah. Time ni lah baru nampak muka anak sorang demi sorang yang selalunya bayang pun tak nampak,” jelasnya ketawa.
“Suami kami, Zain pula seorang yang jenis mengikut arahan. Dia tak akan bagi siapa-siapa pun keluar dan datang rumah. So far dan insyaAllah untuk hari-hari seterusnya memang kami enjoy stay at home dan pastinya saya akan merancang pelbagai aktiviti keluarga.”
Si comel Aaisyah pula tak merungut atau bosan tinggal di rumah tanpa aktiviti luar? “Aaisyah ok je, janji mak pak dia ada kat rumah. Dia faham dengan keadaan yang berlaku sekarang. Kalau ada siapa yang batuk dia akan cakap corona virus la tu.”
Tapi yang sedihnya Che Ta, masih ada yang tak faham atau buat-buat tak faham. Macam acuh tak acuh dengan tindakan yang kerajaan laksanakan ini. Komen Che Ta?
“Emmm… Saya sakit hati dengan segelintir rakyat Malaysia yang tak bijak, tak faham arahan! Kalau situasi ini not getting better takut nanti kena perintah berkurung terus. Ini semua boleh lumpuhkan ekonomi negara. Depa yang makan gaji tak pa la, kita yang dok meniaga ni sedikit sebanyak terjejas.
Perintah Kawalan Pergerakan bukan nak suruh kita balik kampung, bawa balik wabak tu ke kampung! Faham ke tidak. Depa tak nampak virus tu sebab tulah depa tak nampak betapa serius dan bahayanya keadaan sekarang. Depa ingat kerajaan suka-suka nak suruh kita melangut kat rumah. Kerajaan buat supaya virus ni dapat di bendung. Tapi yang korang bergasak keluar juga dah kenapa???
Ni ikhlas saya nak pesan, cuba jaga diri dan elak terkena jangkitan corona virus ni. Kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, hospital pun dah penuh. Tak ada tempat untuk kita. So berhati-hatilah… Stay where u are!” ujar Che Ta tegas. Foto: Instagram @rozitachewan1. Kiffy Razak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari ini nama dan wajah selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor ‘hangat’ menghiasi laman sosial. Semuanya selepas foto percutian Neelofa di Maldives menjadi tular di Internet. Ada yang memuji penampilan usahawan Naelofar Hijab itu, tidak kurang juga yang menjadikan fesyennya sebagai bahan jenaka.
Meskipun sedar akan gurauan berkenaan, namun seperti biasa.. selebriti cantik ini tetap tenang dan enggan melenting. Tiada ucapan balas daripada Neelofa. Jauh sekali mencipta suasana tegang dengan pihak yang mempersendakan imejnya.
Apa saja yang dilakukan pengacara popular ini, pasti menjadi perhatian ramai. Dari gaya pemakaian hijabnya, fesyen baju yang dipakai sehingga percakapan.. mesti ada suara-suara nakal yang mengajuk.
Alahai, susahnya jadi Neelofa. Buat apa pun mesti ada saja salah di mata orang. Bila tengok semua perkara yang berlaku kepada Neelofa, jelas membuktikan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini cukup kuat mentalnya!
“Neelofa yang anda lihat hari ini sebenarnya berdepan dengan pelbagai kesukaran. Saya sedar dari hari pertama saya decide untuk jadi artis, akan ada mata-mata yang memandang terutama sekali jika sudah dikenali. Lagi-lagi sekarang ada media sosial. Berbeza dengan artis zaman dahulu yang kisah mereka hanya disiar di dalam majalah dan surat khabar.
Bila ada media sosial, semuanya lebih cepat tersebar. Mahu atau tidak, kami sebagai artis harus hadap semua cacian, kritikan dan pujian yang dilemparkan peminat. Sampai kadang-kadang saya terlupa tentang diri sendiri sebab terlalu menjaga hati peminat.
Tambahan pula bila ada yang menjadikan saya sebagai idola mereka. Saya kena sentiasa buktikan kepada masyarakat semua kelakuan dan tindakan yang boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada mereka. Orang luar tak tahu apa yang sedang kita lalui sepanjang hari dan mood kita pada waktu itu.
Ada ketika saya terpaksa ketepikan semua perasaan sedih dan kecewa serta kuatkan diri untuk bertindak normal semata-mata mahu menjaga hati semua.
Pengakuan saya ini bukan bererti saya mahu mengeluh tapi sekadar untuk berkongsi dengan peminat yang dunia artis ini tidak semuanya indah. Ada masa kita di atas dan begitu juga sebaliknya. Cuma kami memohon agar peminat memahami kerjaya dan menghormati ruang privasi kami.
Saya sangat sayangkan peminat. Sokongan yang telah diberikan mereka terlalu besar untuk saya balas. Bukan semua artis dapat penghargaan seperti yang saya dapat hari ini dan saya amat menghargai anda semua!”
Kata-kata Neelofa saat menjadi penghias muka depan Majalah Nona Februari 2017 ini masih segar di ingatan penulis. Tutur bicaranya yang penuh luhur dan telus ketika itu merungkai apa yang bersarang di lubuk hati.
Meskipun berdepan dengan bermacam-macam tanggapan dan tohmahan namun kerjaya Neelofa terus cemerlang. Baru-baru ini, dia menjadi individu ketiga di dunia yang berpeluang merasai pengalaman berada di The Muraka, Maldives.. penginapan yang dianggarkan bernilai RM200 ribu ringgit untuk satu malam.
Malah, semalam.. Neelofa juga baru sahaja melancarkan koleksi terbaru Naelofar Hijab, Chloe.
Nampaknya Neelofa sudah lali dengan selok-belok dunia hiburan dan enggan menjadikan apa yang berlaku hari ini sebagai halangan untuknya melangkah lebih jauh. Moga kekuatan dan kejayaan yang diraih Neelofa menjadi sumber inspirasi buat wanita lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.