Selepas lama tidak hadir dengan album terbaharu, khabarnya penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menghadiahkan peminatnya dengan sebuah ‘hadiah’ yang kini sedang dalam proses untuk memilih lagu-lagu yang terbaik, khas untuk para peminatnya nanti.

IKLAN

“Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar

Memetik sumber dari Gempak, penyanyi yang baru sahaja usai mengadakan konsert A Night To Remember dihadapan 4,000 orang peminatnya di Johor menyatakan bahawa dia sudahpun memilih 15 karya yang terbaik dan harus menyenarai pendekkan sehingga 10 buah lagu. 

“Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar

Bagi album kali ini, kami mahu sesuatu yang lebih segar dari sudut muziknya. Pun begitu, saya harus pastikan DNA saya masih lagi ada kerana, barisan lagu-lagu balada yang membuatkan orang suka dengan ‘Siti Nurhaliza’.

“Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar

“Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar

Tambahnya lagi, ‘hadiah’ nya ini menggabungkan komposer baru dan lama untuk mencantikkan lagi irama muzik keseluruhan album ini kelak.

Seperti dahulu, album kali ini juga turut melibatkan pihak Universal Music Malaysia yang bertindak sebagai rakan kolaborasi dan turut sama memilih pemilihan lagu yang terbaik. Kerjasama yang terjalin sejak tahun 2011 ini memperlihatkan kejayaan albumnya seperti Fragmen, SimetriSiti dan juga ManifestaSiti 2020 yang sentiasa melekat di hati peminatnya.

“Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar “Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar

IKLAN

Kongsi isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K, buat masa ini, masih belum lagi mempunyai tarikh akhir bagi pelancaran albumnya itu. 

Menyingkap semula barisan album penyanyi nombor satu negara ini, setiap satunya melakar kejayaan yang tersendiri. Bermula dari album pertamanya yang dilancarkan pada tahun 1996, lagu Jerat Percintaan bagaikan sebuah mukadimah mesra membuka pintu kejayaan buat penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini sehingga terus dikenali hingga ke hari ini.

“Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar “Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar

IKLAN

Bukan itu sahaja, album Adiwarna, E.M.A.S, Transkripsi, Lentera Timur dan Fragmen membuktikan setiap hasil kerja yang dihasilkan pastinya memiliki kualiti yang terbaik apabila berjaya merangkul kategori utama, Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM).

Penghasilan albumnya yang berkualiti bagaikan sebuah tiket bukan sahaja untuk menempa nama di negara ini, malah di negara luar termasuklah Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Kami Sudah Memilih 15 Lagu..”- Bakal Hadir Dengan Album Terbaharu, SITI NURHALIZA Inginkan Muzik Lebih Segar

Maka, tidak hairanlah nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa mekar di hati ramai tanpa mengenal usia. Pastinya kami dari team NONA tidak sabar menantikan ‘hadiah’ terbaharu dari penyanyi kesayangan ramai ini!

Sumber gambar: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI