“Terkedu mendengar kata-kata doktor mengenai kandungan yang dinanti-nantikan ini. Dahulu hanya mendengar sahaja orang bercerita tentang kandungan anggur tiba-tiba diri sendiri yang bakal melaluinya. Tabahkah hati ini untuk meneruskan proses yang bakal dilalui,” terdengar esak tangis Ziela saat menceritakan tentang kandungan yang sudah memasuki trimester kedua itu.

Kandungan anggur perlu dipantau dengan lebih teliti kerana boleh berubah menjadi kanser yang bakal meragut nyawa. Terdapat tiga petanda penyakit kandungan anggur ini akan bertukar menjadi barah choriocarcinoma iaitu:

Ads
  1. Tahap HCG yang makin meningkat walaupun pembedahan suction and currettage atau pembedahan hysterectomy telah dilakukan.
  2. Tahap HCG tetap sama sahaja jumlahnya (tidak turun) dalam masa tiga minggu berturut-turut.
  3. Tahap HCG yang telah turun, tiba-tiba naik semula sewaktu pesakit dalam rawatan ulangan.

Choriocarcinoma pula merupakan barah yang membiak dari sel uri. Ianya lebih kerap berlaku dalam wanita yang mempunyai masalah complete mole dengan risiko 1 dalam 10. Kebarangkalian berlakunya choriocarcinoma dalam pesakit partial mole pula adalah lebih rendah iaitu 1 dalam 200.

Kandungan Anggur Bertukar Choriocarcinoma, Ini Sebabnya Perlu Awasi KESAN KEGUGURAN & NIFAS TAK BERHENTI

Choriocarcinoma juga boleh berlaku selepas seseorang wanita itu keguguran atau selepas melahirkan seorang bayi yang normal. Jika seseorang wanita telah melalui keguguran atau kelahiran bayi, mempunyai darah nifas yang tidak henti-henti melewati waktu berpantang, maka beliau memerlukan pemeriksaan doktor untuk memastikan ia bukan choriocarcinoma.

Choriocarcinoma juga boleh merebak ke otak (pesakit boleh mengalami simptom angin ahmar), ke paru-paru (ini menyebabkan batuk berdarah) dan ke kawasan faraj dan abdomen (juga boleh menyebabkan pendarahan dan bengkak).

Rawatan untuk kes choriocarcinoma adalah amat penting. Sekumpulan doktor pakar akan memantau pesakit ini. Pesakit dimasukkan ke hospital yang mempunyai Unit Sakit Puan. Rawatan kemoterapi adalah yang paling sesuai untuk penyakit ini.

Bagi pesakit yang berisiko rendah (misalnya, tiada tanda penyakit ini merebak ke mana-mana organ selain dari rahim), rawatan menggunakan methotrexate dan folinic acid selalunya berjaya hampir 100 peratus.

Bagi pesakit yang berisiko tinggi pula (misalnya penyakit yang telah merebak ke otak) memerlukan kemoterapi yang lebih banyak.

Pesakit berisiko tinggi selalunya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti:

  • Penyakit sukar reda walaupun diberi kemoterapi (drug resistance).
  • Risiko jangkitan kuman.
  • Mudah berlaku pendarahan.
  • Kesan sampingan kemoterapi seperti muntah dan rambut gugur.
  • Dehidrasi ( kekurangan air).
  • Kekurangan vitamin dan nutrisi ( hilang selera makan).
  • Diasingkan daripada ahli keluarga ketika menerima rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Risiko 

Ads

Kandungan anggur tidak memberi kesan terhadap kesuburan dan kebanyakan wanita akan hamil secara normal tanpa sebarang masalah. Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar anda menunggu selama 2 hingga 3 bulan selepas berlaku untuk badan dan emosi anda pulih sepenuhnya.

Risiko yang bakal dihadapi oleh ibu yang menggandung anggur ini adalah;

  1. Risiko pendarahan, jangkitan kuman dan darah tinggi (pre-eclampsia).
  2. Risiko kandungan anggur yang merebak ke organ lain (molar metastases).
  3. Risiko ianya berubah menjadi barah.

Langkah segera perlu dilakukan jika ibu yang mengandung disahkan mengidap kandungan anggur ini. Rawatan kes ini mesti dilakukan seberapa segera di Hospital Pakar yang berdekatan. Rawatan ini untuk membuang semua tisu kandungan anggur dari tubuh.

Ads

Pesakit akan dimasukkan ke wad sakit puan. Kemudian, pemeriksaan darah, pemeriksaan ultra bunyi dan X-ray dada perlu dilakukan. Ini bertujuan untuk mengenal-pasti kehadiran kandungan anggur dan tahap kesihatan pesakit.

Jika semua stabil, pesakit biasanya akan menjalani pembedahan suction and currettage yang akan menyedut keluar kandungan anggur daripada rahim. Pesakit akan diberi ubat pelali dan sewaktu melakukan operasi ini.

Kandungan Anggur Bertukar Choriocarcinoma, Ini Sebabnya Perlu Awasi KESAN KEGUGURAN & NIFAS TAK BERHENTI

Pembedahan suction and currettage ini kadang-kadang perlu dilakukan dua kali jika tisu kandungan anggur masih kelihatan di dalam imbasan mesin ultrabunyi ketika pesakit melakukan rawatan susulan.

Bagi wanita yang sudah berusia dan tidak lagi inginkan anak, kadangkala doktor akan menyarankan supaya beliau menjalani pembedahan buang rahim atau hysterectomy untuk kes kandungan anggur ini.

Pesakit akan menjalani pemeriksaan darah secara berkala (hormon HCG) bagi memantau penyakit ini. Hormon HCG diperiksa setiap 1 hingga 2 minggu sekali dan kebanyakan wanita akan mendapati tahap HCG dalam darah mereka akan kembali normal ke tahap 2IU/liter atau kurang dalam masa enam minggu. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI