Siapa sangka sambutan hari kelahirannya yang ke-33 bertukar menjadi momen sedih apabila kandungannya disahkan keguguran. Begitulah yang terjadi kepada calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bentong, Young Shefura Othman yang menahan duka menerima berita tersebut.
IKLAN
Perkongsiannya yang dimuatnaik di laman Instagramnya, Young Shefura menitipkan rasa redha dengan apa yang terjadi kepada kandungannya itu.
Menurut sumber dari Astro Awani, Young Shefura menyimpan hasrat untuk mengumumkan berita kehamilannya itu selepas tamat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) nanti. Namun, aturan Allah itu lebih baik dari segala-galanya.
Ramai yang sudah mula perasan mengenai kandungan saya ketika itu, dan ucapan tahniah tidak putus-putus membanjiri laman media sosial saya. Namun, sebaliknya yang terjadi apabila saya menerima khabar duka bahawa saya disahkan keguguran
IKLAN
Tambah Young yang redha dengan dugaan ini, kandungannya yang sepatutnya membesarselepas enam minggu itu telah tiada.
IKLAN
Jika kandungan saya masih ada, usianya sudahpun mencecah lapan minggu. Tetapi, setelah membuat pemeriksaan lanjut pada Rabu lepas, doktor mendapati kandungan saya tidak lagi membesar.
Walaupun begitu, Young Shefura yang bakal bertanding dalam PRU kali ini, tetap berasa tabah menghadapi dugaan yang melanda dan manzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak henti memberikan sokongan kepadanya.
Sedikit info mengenai Young, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Muhamad Masyhur yang bekerja sebagai pengurus pelaburan pada 24 September 2016 dan sepanjang perkahwinan pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata. Namun, mahligai cinta itu tidak berpanjangan dan pasangan ini bercerai pada 2019.
Perkongsian Che Puan Syamim Farid berbuka puasa di Istana Alam Shah, Selangor di laman media sosial milik peribadinya telah menarik perhatian.
Pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2015 ini kelihatan anggun menyarung jubah labuh berwarna biru sambil berselendang sebagai pelengkap gaya ketika berbuka puasa di Istana Selangor itu.
Foto: Instagram @syamimfarid
Dianugerahkan bakat semula jadi dengan pakej seraut wajah manis, pasti menambat hati setiap mata yang memandang. Selepas enam tahun melangsungkan perkahwinan dengan suami tersayang, YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj, kehidupan berumah tangga banyak mengajar erti sebuah kehidupan buat Che Puan Syamim Farid.
Sebagaimana yang diketahui ramai, pelakon yang pernah berlakon drama Kan Kukejar Cinta Kamu bersama Amyra Rosli dan Fendy Bakry ini telah melangsungkan perkahwinan dengan kerabat diraja Selangor.
Moyang Tengku Ezrique merupakan Sultan Selangor kelima, Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa Al-Haj. Manakala Y.A.M. Tengku Abdul Hamid Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah merupakan datuk kepada Tengku Ezrique.
Foto: Instagram @syamimfarid
Jadi tidak mustahil Che Puan Syamim sering menerima undangan daripada pihak istana dan sentiasa berpeluang bertemu dengan Tengku Permaisuri Norashikin ketika menghadiri majlis di istana.
Teringat pertemuan NONA bersama Che Puan Syamim dahulu bertanyakan tentang adat istiadat serta protokol istana.
Masyarakat sering dijaja cerita dengan institusi diraja yang dikawal ketat dan ke mana sahaja kaki melangkah sudah pasti ada yang mengekori. Serba-serbinya mengikut adat dan istiadat. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal.
Foto: Instagram @syamimfarid
“Secara jujurnya kedua-dua ibu dan bapa mentua saya sangat merendah diri dan menerima kehadiran saya dalam keluarga dengan tangan yang terbuka.
Kemesraan yang ditonjolkan dalam keluarga suami membuat saya mudah membiasakan diri dengan keluarga diraja. Adat dan protokol istana hanya berlangsung apabila menghadiri majlis yang melibatkan golongan istana.
Foto: Instagram @syamimfarid
Sebelum berkahwin ibu mentua sudah memberitahu serba sedikit apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat. Selepas berkahwin segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Malah sepanjang perkahwinan pun ibu mentua banyak memberi tunjuk ajar agar saya lebih memahami adat di dalam istana,” tutur lembut Che Puan Syamim Farid.
MashaAllah, suka tengok kehidupan keluarga Mawaddah aktor Saharul Ridzwan. Bukan hanya penampilan isteri tercinta yang menutup aurat dan sejuk mata memandang, bahkan wajah comel anak kecil pelakon ini jadi perhatian.
Berkongsi foto terkini bersempena ketibaan Syawal, suri hati Saharul yang dikenali sebagai Deena Emir menerusi Instagram miliknya memuat naik gelagat anak-anak di pagi raya dan kekalutan ibu muda ini dan suami tercinta menguruskan tiga cahaya mata.
Tampil mengenakan busana tradisi rona ungu pada 1 Syawal, keluarga bahagia pasangan usahawan ini turut memilih persalinan sedondon kuning keemasan pada Syawal kedua.
Kredit Instagram @deenaemirKredit Instagram @deenaemirKredit Instagram @deenaemir
Mereka seterusnya memilih warna hitam pada 3 Syawal ketika berkunjung ke kampung halaman di Kampung Gajah, Perak.
Mengakui sukar mendapatkan momen terbaik di samping anak-anak ketika bergambar, Deena yang juga usahawan muslimah ini bertuah kerana Saharul dilihat ‘ringan tulang’ membantu isteri menguruskan zuriat mereka.
Kredit Instagram @deenaemirKredit Instagram @deenaemirKredit Instagram @deenaemir
Pada 31 Januari lepas, mereka menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Khadijah Alkubraa. Kelahiran bayi perempuan ini diumumkan Saharul selepas anak kecil tersebut genap berusia seminggu.
Qaabila Deena Emir atau lebih dikenali sebagai Deena Emir ini ialah isteri pelakon tampan, Saharul Ridzwan. Sebelum berkahwin dengan aktor berkenaan, Deena sudah pun mempunyai empayar niaga sendiri dan bergelar pemilik Wrap Boutique House.
Wanita cantik keturunan Melayu-Arab ini cecah usia 35 tahun pada 12 Januari lalu.
Kredit Instagram @deenaemirKredit Instagram @deenaemirKredit Instagram @deenaemir
Sepanjang pembabitan Deena dalam perniagaan, dia pernah menjual busana muslimah, tudung dan mengeluarkan jenama kecantikan sendiri iaitu Qaabila Beauty.
Pasangan romantis ini kian ligat mengusahan produk kecantikan mereka. Mac lepas, satu lagi produk keluaran Qaabila Skincare dilancarkan iaitu Habbapro Series – Habbapro Cleanser.
Diam tak diam, sudah hampir lapan tahun Leuniey Natasha menjadi suri hari bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex. Sah bergelar suami isteri pada tanggal 28 Disember 2012, pasangan sama cantik sama padan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata comel sebagai penyeri rumah tangga. Meskipun kedua-duanya melayari bahtera perkahwinan pada usia yang muda namun mereka berjaya membuktikan kematangan diri dan terus menikmati kebahagiaan hidup bersama-sama hingga ke hari ini. Alhamdulillah.
Sewaktu menjadi isteri kepada Apex, Leuniey baru mencecah usia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang ketika itu meraih populariti dan sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey turut menarik perhatian ramai. Bahkan sehingga ke hari ini pun ibu kepada tiga anak ini masih kekal menawan. Ditanya resipi perkahwinan bahagia di samping suami tercinta, Leuniey ketika dihubungi menzahirkan rasa syukur.
“Alhamdulillah takdalah resipi sangat pun. Tahun ni merupakan tahun ke-8 perkahwinan kami, insyaAllah. Apa yang boleh Leuniey katakan, persefahaman yang baik antara pasangan itu adalah sangat penting. Begitu juga dengan sikap toleransi sesama suami isteri. Sebagai isteri, elakkan daripada buat benda yang suami tidak suka dan hormati suami adalah kunci utama dalam perkahwinan Leuniey dan Apex.”
Ujar wanita cantik ini lagi, “Sekarang kami menetap di Melaka, dah nak masuk tahun ketiga kami di sini sebab Apex main untuk Melaka United. Anak sulung dan nombor dua pun dah bersekolah tadika, masing-masing berusia 5 dan 6 tahun. Kebanyakan masa memang Leuniey bekerja dari rumah sebab office dan warehouse kami di Bangi. Setiap dua atau tiga kali seminggu Leuniey akan ke office di Bangi untuk jumpa team, jadi nak bahagikan masa di antara bisnes dan keluarga alhamdulillah tiada masalah buat kami.
Kalau Leuniey ke office belah pagi, Apex pula akan tolong jagakan anak sambil dibantu oleh maid sebab Apex training belah petang. Mujurlah kami ada maid yang sangat baik dan membantu dari segi kerja rumah dan anak-anak. Pada waktu lapang, Leuniey akan memenuhi waktu masa dengan anak-anak dan suami seperti bawa mereka keluar makan dan teman bermain. Kalau untuk diri sendiri pula Leuniey lebih suka pergi bersenam atau shopping bila ada masa terluang. Biasanya Leuniey buat rutin senaman pilates dan gym termasuk buat Live di Instagram untuk kongsi make up tutorial atau sekadar bersembang dengan rakan-rakan IG, ” ungkap pemilik nama Nur Eilunie Natasha Jaafar ini.
Terpikat dengan kemulusan kulit wajah Leuniey, lantas persoalan mengenai rahsia cantiknya diajukan. Dengan nada merendah diri, Leuniey membuka rahsia. “Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.
Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey. Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”
Dalam kesibukan menguruskan keluarga sekalipun, Leuniey masih aktif mengembangkan empayar niaga. Jika dahulu fokusnya lebih kepada produk kosmetik, tetapi kini Leuniey ligat mengusahakan produk kecantikan terbaru, LadyVie. Difahamkan produk ini baru sahaja dilancarkan Mac lalu. “Idea untuk buat jamu modern LadyVie ni sebenarnya dah lama. Dari selepas melahirkan anak nombor dua lagi tapi Leuniey masih ragu-ragu untuk keluarkan. Sampailah bersalin anak nombor tiga. Ikutkan Leuniey sendiri pun memang ada amalkan jamu-jamu tradisional dan moden yang dibuat sendiri kat rumah.
Bila kita dah kahwin dan juga ada anak-anak, memang jamu adalah salah satu supplement yang penting bagi mengekalkan energy dan kesihatan dalaman Leuniey. Leuniey yakin jamu moden LadyVie ni memang boleh bantu ramai wanita-wanita kat luar sana sebab itulah Leuniey mengambil keputusan untuk keluarkan LadyVie selepas melakukan R&D lebih kurang 4 bulan lebih. Alhamdulillah Mac lepas kita dah buat online launching,” ulas Leuniey yang gemar membuat kerja seni, mengembara dan menari.
Sementara itu, mengulas mengenai situasi Covid-19 yang melanda negara Leuniey berkata ia secara tidak langsung turut menjejaskan bisnes miliknya. “Dengan musim Covid-19 ni memang Leuniey sangat terkesan terutamanya dari segi bisnes. Lagipun seperti yang kita tahu semua orang termasuk Leuniey sendiri kena berjimat-cermat beli barang. Boleh dikatakan keadaan sekarang ni agak mencabar bagi seorang peniaga. Walau bagaimanapun Leuniey doakan semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia supaya terhindar daripada wabak ini.”