Berita pemergian penyanyi dan pengacara terkenal, Allahyarhamah Adibah Noor pada 16 Jun 2022 telah mengejutkan industri hiburan tanahair terutama rakan-rakan artis serta peminat. Sampai ke saat ini masih ramai yang berduka mengenangkan kenangan-kerangan bersama arwah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

IKLAN

Seperti dimaklumkan, pemergian arwah disebabkan penderitaannya terhadap kanser ovari tahap empat sejak sekian lama. Di sebalik kisah itu ia sebernarnya telah membuka mata kita khususnya wanita tentang bahaya kanser ini.

Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang sebelum ini pernah tular serta meraih 1 juta pengikut di Tik Tok berkongsi informasi di akaun Instagram tentang tanda-tanda serta golongan wanita bagaimana yang paling berisiko menghidap kanser ovari. Ia disampaikan melalui dua video ringkas (Part 1 & Part 2) di reels Instagram.

Kanser Ovari, DR SAMHAN Senaraikan 6 Golongan Wanita Paling Berisiko
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Ahmad Samhan Awang.

Menurut Dr Samhan, kanser ovari adalah kanser keempat tertinggi di negara ini. Beliau juga memaklumkan bahawa ramai wanita Malaysia mengalami kanser ovari.

Kanser Ovari, DR SAMHAN Senaraikan 6 Golongan Wanita Paling Berisiko
Gambar hiasan.

SIAPA BERISIKO KANSER OVARI?

  1. Wanita yang tidak pernah hamil
  2. Wanita yang tidak mempunyai ramai anak
  3. Diet tinggi lemak dan obesiti
  4. Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
  5. Wanita yang hamil di usia lewat
  6. Sejarah keluarga yang menghidap kanser ovari

TANDA-TANDA KANSER OVARI

IKLAN
  1. Keletihan yang melampau
  2. Sakit belakang
  3. Kesakitan semasa berhubungan intim
  4. Sakit di bahagian perut, pelvis, belakang atau kaki
  5. Bengkak di bahagia perut (perut membengkak/membusung
  6. Pendarahan faraj yang luar biasa

Namun begitu, Dr Samhan memaklumkan kanser ovari boleh diatasi dengan melakukan beberapa kaedah rawatan seperti menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser ovari.

IKLAN

Selain itu, Dr Samhan turut menyarankan agar pesakit sentiasa mematuhi rawatan kemoterapi dan radioterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang aktif.

Kanser Ovari, DR SAMHAN Senaraikan 6 Golongan Wanita Paling BerisikoSemoga perkongsian Dr Samhan memberi manfaat buat kita semua para wanita agar lebih peka dan menjaga kesihatan.

Untuk info, Dr Samhan baru-baru ini dinobatkan Content Category of Education, TikTok Malaysia Popular Creator 2021. Semoga Dr Samhan terus konsisten berkongsi ilmu.

Kanser Ovari, DR SAMHAN Senaraikan 6 Golongan Wanita Paling BerisikoKredit Foto: Instagram Dr Samhan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI