Kasih Isteri Tak Kira Pangkat & Darjat, Permaisuri Agong Jadi Contoh Layan Suami Di Meja Makan

1001

Kasih sayang seorang isteri terhadap suami memang tiada sempadan. Tugas seorang isteri melayan suami tetap menjadi keutamaan walau setinggi mana sekalipun pangkat seorang isteri. Kan syurga isteri di bawah tapak kaki suami!

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah ‘mencuri’ hati setiap wanita yang bergelar isteri baru-baru ini apabila tidak canggung melayan suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di meja makan.

Foto kredit FB Don Mahathir
Foto kredit FB Don Mahathir
Foto kredit FB Don Mahathir
Foto kredit FB Don Mahathir

Raja Permaisuri Agong yang terkenal dengan sikap merendah diri dan mesra bersama rakyat turut menzahirkan ucapan Hari Raya tempoh hari. Hanya menggunakan kata ganti diri sebagai ‘Azizah’ sikap Raja Permaisuri Agong ini memang mendapat pujian rakyat jelata.

Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 6 Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri.

Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkenal dengan sikap ramah apabila berada bersama rakyat jelata. Baginda telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.

Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.

Pendidikan awal Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Kegemaran Tengku Puan Pahang pada masa lapang ialah membaca, memasak, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan Paduka-paduka Anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan.

Sebuah buku masakan hasil daripada Baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang” telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005 yang lalu. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke TAFF.

Jangan Lupa Komen