Sudah hampir 4 bulan tragedi serangan berdarah di Christchurch, New Zealand berlalu namun kesannya sangat mendalam di hati umat Islam sedunia.

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi
Foto keluarga ketika menyambut Aidilfitri di Christchurch baru-baru ini

Mengintai khabar terbaharu salah seorang rakyat Malaysia yang tercedera dalam kejadian itu, Nazril Hisham Omar, 49 tahun, nyata kesihatannya semakin pulih.

IKLAN

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

Menghubungi isteri kepada Nazril Hisham Omar, seorang Pensyarah di Fakulti Perhotelan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Dr Zurinawati Mohi, 48 tahun, yang masih di New Zealand menyatakan suaminya telah melalui perkembangan yang positif.

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

“Alhamdullilah, saya masih bercuti menjaga suami dan anak-anak. Nazril pun dah boleh berjalan dalam rumah tanpa tongkat.

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

Physioterapist yang merawatnya mencadangkan agar suami membuat aquajog dan kayuh basikal di gym,” tutur ibu kepada Muhammad Haqiem Daniel, 18 tahun, Muhammad Hazieq Daniel, 14 tahun, dan Muhammad Hazriq Daniel 10.

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

Tambah Dr Zurinawati lagi “Banyak lah beransur-ansur sihat tetapi masih perlu ke hospital untuk rawatan susulan,” cerita Dr Zurinawati yang sedang membawa pelajar-pelajarnya membuat lawatan sambil belajar ke Hatyai, Thailand ketika tragedi berdarah itu berlaku.

IKLAN

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

Bercerita tentang anak-anak pula, tutur Dr Zurinawati, “Anak-anak dah mula bersekolah. Tetapi sekarang 2 minggu term break. Sekarang di New Zealand sedang winter, jadi kami hanya berkurung dalam rumah saja,” katanya.

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

Mengimbau kisah peristiwa berdarah itu, “Suami dihempap beberapa mayat berlumuran darah dan melihat jelas lelaki itu menembak jemaah lain, namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana cedera.

IKLAN

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

Suami menganggap letupan yang berlaku dalam masjid itu adalah letupan mercun. Bagaimanapun, suami memberitahu dia terkejut apabila melihat jemaah lain ditembak dan dia cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya kerana turut ditembak di bahagian belakang dan kaki.

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

Ketika menceritakan kejadian itu, suami menangis sambil tidak berhenti menyatakan rasa syukur kerana masih bernyawa walaupun dihempap banyak mayat dan cedera ditembak dalam tragedi itu,” kata Prof Madya Dr Zurinawati yang terus berangkat ke New Zealand sebaik menerima berita tragedi yang menimpa suaminya.

“Alhamdullilah, Suami Beransur Sihat & Saya Masih Bercuti Menjaganya,” Dr Zurinawati Mohi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI