Ads

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24!

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun

Keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sering meraih perhatian rakyat. Meskipun sudah meniti usia 50an namun penampilan baginda tidak mencerminkan umur sebenar. Malah Raja Permaisuri Perak ini sentiasa kelihatan awet muda dan bertenaga! 

22 Mac lepas suri hati Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ini menyambut ulang tahun keputeraan ke-53.  

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24!

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24! Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24!

Keperibadian Tuanku Zara Salim dikagumi rakyat kerana bukan hanya memiliki raut wajah cantik, sikap lemah-lembut dan merendah diri. Malah baginda juga seorang permaisuri berpendidikan tinggi.  

Menelusuri latar belakang Raja Permaisuri Perak ini, baginda merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang diputerakan di Ipoh, Perak.  

Ayahanda baginda iaitu Dato’ Seri William Stanley Walker Davidson atau Salim Davidson ialah seorang peguam terkenal di Malaysia.

Manakala ibunda baginda, Dato’ Seri Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddin merupakan kerabat diraja Kedah di sebelah bonda baginda.  

Bersandarkan susur galur diraja bonda tersayang, Tuanku Zara Salim ialah cicit kepada Sultan Kedah ke-24 iaitu Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan anakanda cucunda saudara kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj iaitu Perdana Menteri Malaysia Pertama.  

Ads

Perkahwinan Raja Permaisuri Perak

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24! Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24! Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24!

Tuanku Zara bertemu jodoh dengan DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 17 Mei 2007 ketika berusia 34 tahun. Baginda menerima pengurniaan gelaran Raja Permaisuri Perak oleh Sultan Perak pada 20 Jun 2014. 

Tuanku Zara mengenakan Tiara Raja Permaisuri Perak iaitu alat kebesaran diraja yang bertatahkan berlian dan permata. Ia ialah komponen penting dalam pakaian rasmi DYMM Raja Permaisuri Perak sejak tahun 1984 ketika YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun menaiki takhta sebagai Raja Permaisuri Perak.

Tiara yang mengandungi 316 biji berlian ini dipakai Tuanku Bainun sebelum diwariskan kepada menantu baginda DYMM Tuanku Zara Salim.  

Perkahwinan Sultan Perak dengan Tuanku Zara dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu seorang putera dan seorang puteri.

Putera baginda Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diputerakan pada 14 Mac 2008.  

Ads

Anakanda puteri kesayangan yang diberi nama Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Nazira Safya pula diputerakan pada 2 Ogos 2011.  

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24!

Raja Permaisuri Perak ini mendapat pendidikan di SMK Convent Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam bidang sukan skuasy dan tenis serta mewakili negeri Perak dalam sukan renang.  

Selain aktif dalam bidang sukan, baginda juga cemerlang dalam akademik. Sewaktu usia 22 tahun Tuanku Zara menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia kelas pertama di University of Nottingham, United Kingdom pada Julai 1995.  

Baginda kemudian menamatkan pengajian dan pernah berkhidmat di syarikat petroleum negara Petronas.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LPPKN (@lppkn)

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24! Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24! Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim Anggun Usia 53 Tahun, Suri Hati Sultan Perak Ini Cicit Sultan Kedah Ke-24!

Pada 10 Mei lalu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026.  

Majlis berkenaan ialah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur. 

Keperibadian yang baik, penampilan elegan dan pendidikan cemerlang Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim menjadi inspirasi kepada rakyat khususnya golongan wanita untuk menjadi individu berjaya sepertinya termasuk menjaga kesihatan diri agar sentiasa kelihatan rapi dan kemas. Sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Lebih banyak kisah kerabat diraja;

NIVEA LUMINOUS Skin Glow Serum Serikan Piala Seri Endon 2025, Raih Perhatian DYMM Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim 

 “Happy Birthday My Dearest,” Pertama Kali Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Tengku Amir Shah Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati! 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin

Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin Rai Hari Jadi Ke-62, Anak...

Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin menyambut ulang tahun kelahiran ke-62 dengan ucapan penuh kasih daripada anak kesayangannya, Dr Ruhila. Titipan menyentuh hati itu mengundang perhatian ramai dan mencerminkan hubungan erat antara ibu dan anak.