Aktres Hollywood yang juga bintang Maleficent: Mistress of Evil, Angelina Jolie bukan saja terkenal kerana kejelitaannya bahkan sebagai aktivis kemanusiaan serta ikon kecantikan.
Selain rajin bersenam, bekas isteri Brad Pitt ini juga menjaga pemakanannya.
Ads
Angelina lebih gemar memilih makanan berkhasiat untuk tubuhnya seperti kaya protein, antioksidan, asid lemak omega-3, serat, karbohidrat kompleks dan rendah kalori.
Kredit Foto; Instagram Angelina Jolie Fans.
Bagi mengekalkan kesihatan tubuh dan kulit pula, Angelina mengamalkan minum banyak air yang dicampur dengan jus lemon.
Dia juga menghadkan pengambilan makanan ringan, alkohol, makanan tinggi gula dan garam serta bahan-bahan lain yang berpotensi menyerap air daripada tubuh.
Pemutihan kulit secara cepat bukan lagi suatu cerita baru. Walau sudah banyak tragedi buruk menimpa wanita tetapi keghairahan untuk memiliki kulit yang putih tetap berleluasa.
Bagi wanita Asia, kulit yang putih adalah simbol kecantikan dan ia mampu meningkatkan keyakinan diri. Kegilaan wanita Barat untuk memiliki kulit yang sawo matang pula langsung tidak memberi kesan pada trend tersebut.
Keadaan cuaca dan geografi Asia yang panas dan lembap dikatakan menjadi punca kulit kusam, bintik hitam dan pigmentasi di bawah kulit. Masalah mula timbul apabila kesan pemutihan kulit yang tidak terkawal mengakibatkan kulit lebih rosak.
Kesan sampingan pemutihan seperti penggunaan merkuri yang melebihi dos, penggunaan hidrokuinon yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit yang lebih kronik atau membawa maut.
Pengelupasan kulit ini boleh menyebabkan melanin kulit terhakis. Tanpa melanin kulit menjadi lemah dan tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.
Faktor-Faktor Yang Menjejaskan Warna Kulit
(a) Dalaman
Tekanan, stres, letih, lesu, gangguan fungsi kelenjar endokrin, pengaruh ubat-ubatan, penyakit kulit, proses penuaan, kurang tidur dan genetik.
(b) Luaran
Penggunaan produk kosmetik yang tidak berkualiti, terdedah lama di bawah sinar matahari dan UV, rawatan kulit yang salah serta pencemaran udara dan radikal bebas
Panduan Asas Jaga Kulit
(1) Kulit Sensitif
(2) Kulit Berminyak
(3) Kulit Kombinasi
(4) Kulit Berjerawat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Oh, cemburunya tengok kulit wajah sihat bermaya milik Pengasas Busana Muslimah, Bella Ammara ni. Mulus dan gebu! Bikin hati kebanyakan wanita tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kecantikan Belle Al Yahya? Bukan wanita di luar sana je yang hendak tahu.. Nona pun sebenarnya hendak ‘tiru’ amalan kecantikan Belle. Iyalah, dengan pertambahan usia setiap tahun dengan bebanan tugas sebagai usahawan, isteri dan juga ibu.. kecantikan Belle nyata menjadi inspirasi buat semua kaum wanita.
Berkongsi tip cantik yang di amalkan selama ini, isteri kepada Carl Samsudin ini menjelaskan dia sebenarnya seorang yang agak malas menjaga kesihatan kulit wajah ketika zaman remaja. “Macam dalam gambar tudung putih tu adalah masa Belle umur 13 tahun. Masa ni Belle tak pentingkan pun penjagaan kulit. Cuci muka pakai je sabun yang ada. Sampailah masa umur 18 tahun bila masuk matrik jerawat mula naik kat dahi maybe sebab stress study.
Setiap kali balik rumah cuti sem mesti arwah umi Belle bising kenapa tak jaga kulit. Makan tak jaga. Sebenarnya masa sekolah menengah lagi arwah umi selalu suruh makan madu, olive, habbatus sauda, tomato dan makanan sunnah, minum air kosong banyak-banyak untuk jaga kulit. Tapi biasalah time muda-muda kita takdalah rasa benda tu penting. Belle amalkan pun tak konsisten. Bila arwah umi bising baru makan. Lepas tu lupa, tak makan dah.
Sampai satu tahap Belle rasa macam selekeh sangat diri ni. Pastu time tu lah baru nak amalkan apa yang arwah umi suruh. Buat facial guna bahan-bahan semula jadi macam tomato, madu, scrub guna gula campur madu, dan banyak lagi. Walau pun tak selalu tapi mesti buat.”
Kebanyakan orang perempuan ni memang selalu simpan hasrat hendak kurus dan cantik tapi bila hendak realisasikan.. ada saja alasan. Sudahnya, semua tinggal angan-angan. Buat apa pun, paling penting kena kuat azam & komited mahu berubah.
“Now bila dah besar, lepas arwah umi dah takda baru Belle rasa betapa pentingnya penjagaan kulit bermula dari awal dan dari dalam selain penggunaan skincare product. Memang susah nak buat tapi tu lah nak cantik kenalah rajin. Time tu Belle tak nampak hasilnya tapi now Belle nampak sebab kalau dulu Belle tak amalkan, mungkin sekarang kulit Belle makin teruk.”
So mana-mana wanita yang dah lama idam kulit sihat cantik macam Belle ni.. kenalah cuba amalkan. Mesti gebu!
Kredit foto: Instagram Belle Alyahya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lambakan produk kosmetik tiruan semakin membimbangkan lebih-lebih lagi apabila terdapat banyak kes yang telah dilaporkan akibat penggunaan kosmetik tiruan ini.
Pakar Perubatan Klinikal dan Aesthetics & Pakar Aesthetics @Callalyn Aesthetics by PrimaNora, Dr. Liyana Dhamirah Aminuddin, telah menghuraikan lebih lanjut tentang penggunaan mekap tiruan ini.
Menurut Dr. Liyana, wanita patut tahu bahawa setiap kosmetik yang dipakai mempunyai kandungan bahan kimia yang telah diproses. Setiap bahan kimia boleh membahayakan diri terutamanya jika pendedahan yang keterlaluan.
“Sehingga kini kandungan keselamatan sesuatu produk kosmetik adalah mustahil untuk dibuktikan kerana masih belum ada lagi organisasi yang benar-benar mengawal dan memeriksa kandungan kosmetik di pasaran berbanding dengan ubat-ubatan. Ini kerana setiap ubat-ubatan perlu mendapat lesen sebelum dipasarkan sebagai contoh di negara kita perlu dilesenkan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum boleh dipasarkan.
Alat solekan tiruan dan asli, ternyata mesti ada bezanya terutama pada harga. Jenama ternama sebagai contoh mempunyai reputasi yang penting untuk dijaga. Ini yang menyebabkan potensi untuk barangan mereka menjadi rosak dan risiko mendatangkan masalah kepada pengguna adalah lebih rendah.
Alat solek tiruan memang ada besar kemungkinan menggunakan teknologi pembuatan yang tidak setanding dengan jenama asli dan ini meninggikan lagi risiko seseorang pengguna mendapat masalah sampingan selepas menggunakannya.
Sekiranya terdapat masalah yang berlaku tiada tindakan yang boleh diambil oleh pengguna terhadap penjual kerana sememangnya risiko itu diambil oleh pembeli itu.
“Manakala jika masalah berlaku dengan memakai alat solek asli pembeli boleh memulangkan semula produk dan boleh membuat pengaduan. Dengan adanya polisi sebegini jenama-jenama ini lebih prihatin dan berhati-hati dengan kualiti produk kosmetik yang dipasarkan,” tegas Dr. Liyana.
Tambahnya lagi, “Terdapat banyak kandungan kosmetik berbahaya dan memudaratkan kesihatan di antaranya adalah, apabila diserap daripada kulit akan mengubah struktur kestabilan sel-sel dalam badan. Apabila perubahan ini berlaku ia mengganggu pelbagai sistem dalam badan seperti sistem endokrin, hormon reproduktif dan saraf.
Perubahan struktur sel juga boleh menyebabkan sel-sel ini mutasi dan seterusnya menjadi sel-sel kanser. Perubahan struktur sel ini juga dinamakan bahan karsinogenik.
Bagi golongan yang ingin memiliki alat solek yang berjenama tetapi kurang berkemampuan, saya sarankan agar membeli alat solek berjenama yang kurang kosnya. Ini kerana anda masih boleh membuat aduan sekiranya kesan sampingan berlaku.
Lebih baik wang yang ada digunakan untuk perbaiki kulit kita dengan ubat-ubatan yang dinasihatkan oleh doktor atau mendapat rawatan kulit dari doktor yang mahir.
Rawatan kulit boleh meningkatkan keyakinan diri dan keluar rumah tanpa sebarang kosmetik. Buat pengetahuan umum, sebenarnya ubat-ubatan adalah murah jika berbanding dengan produk kosmetik.
Bagi mereka yang benar-benar mempunyai masalah kulit seperti masalah jerawat yang teruk daripada cuba menutup masalah kulit dengan solekan lebih elok mendapat rujukan kepada Pakar Kulit di Hospital Kerajaan untuk rawatan sepatutnya dan ini sememangnya meringankan kos.
Bagi golongan yang bergantung kepada kosmetik disebabkan kerjaya atau sudah menjadi kebiasaan saya menasihatkan agar sentiasa menanggalkan solekan secepat mungkin dan jangan sesekali tidur dengan solekan dan kurangkan penggunaan solekan pada masa anda tidak memerlukannya.
Sememangnya penampilan segak itu adalah aset peribadi seseorang dan ia tidak boleh diremehkan oleh itu kepada golongan muda remaja saya amat mengesyorkan penjagaan kulit dari awal supaya tidak perlu terlalu bergantung kepada produk kosmetik di hari depan,” ujar Dr. Liyana.
Dr. Liyana juga bakal muncul dalam sebuah Program Bual Bicara, MyDrs, terbitan Astro yang membincangkan tentang topik yang berkisar tentang perubatan dan penyakit serta tip untuk gaya hidup sihat. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!