Macam tak berubah wajah Kartina Ayoob. Awet muda! Sejak berpisah dengan bekas suami yang juga aktor Riezman Khuzaimi, figura yang pernah mewarnai bidang lakonan dan membintangi beberapa drama popular tanah air era 90an ini dilihat semakin ‘sepi’ daripada industri seni.
Pasti ramai yang menanti-nantikan khabar wanita cantik ini. Apatah lagi, Kartina kini kian bahagia menetap di Perth, Australia di samping tiga cahaya mata tersayang. Meniti usia 56 tahun, penampilan ibu penyayang ini kekal menawan dan awet muda.
Mengamati wajah terkini dan rutin harian Kartina Ayoob di media sosial, rupa paras pelakon drama Cinderella yang pernah popular sekitar tahun 1998 berkenaan ibarat tidak menua. Walau hanya dengan solekan nipis pun tetap terserlah cantik orangnya!
Wajah Awet Muda Kartina Ayoob
Ads
Biarpun merantau di bumi Australia namun Aidilfitri tetap disambut meriah Kartina dan kenalan rapatnya di sana. Menerusi perkongsian terbaharu, kelihatan dia ceria dan anggun mengenakan persalinan rona hitam.
Dedahnya, “This year was extra special, it was our first Raya and birthday celebration together, and it made it all the more meaningful. Life gets busy, work, family, everything, but every time we come together, there’s always laughter, heartfelt conversations, and a deep sense of connection.
And this year, without my daughter Tatiana here with us, mama misses you so much. Being far from home is never easy, but moments like these remind me how blessed I am to have such amazing people around me. You’ve filled my heart with joy and made me feel at home, and I feel so lucky to have you all in my life.”
Ads
Tambah Kartina lagi, “For those of you who are far from us, I miss you all dearly. I hope this Eid brings you the love and happiness you deserve. Know that I will always pray for you and miss you so much. InsyaAllah, we’ll meet when I’m back in KL and Singapore.”
Tumpang gembira dengan kehidupan bahagia yang dikecapi Kartina Ayoob dan anak-anak sekarang.
Ads
Tidak lagi aktif dalam industri seni namun dia kekal berhubungan baik dengan beberapa rakan artis tanah air. Bahkan selebriti seperti Ezlynn, Deja Moss dan Nita Hamzah pernah melawatnya di Australia.
Kartina pernah berkahwin dengan Riezman pada tahun 2001 namun berpisah pada 13 Januari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Afiq Kiraman yang kini berusia 21 tahun dan Ruzain Nars, 17 tahun.
Kartina Ayoob juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Tatiana Batrisya menerusi perkahwinan pertamanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tertawan dengan keayuan Nelissa Senrose. Bukan hanya mempunyai raut wajah manis dan sedap mata memandang bahkan wanita ini juga anggun dalam kelas tersendiri. Penampilannya yang cantik berhijab dan tidak keterlaluan dalam berfesyen membuatkan sesiapa sahaja rasa senang dengan peribadi kakak kepada adik-beradik selebriti popular berkenaan.
Bersandarkan statusnya sebagai kakak sulung kepada Datin Nelydia, Uqasha Senrose dan Raysha Rizrose, tidak hairanlah Nelissa tidak terkecuali daripada tempias dunia glamor adik-adik kesayangan.
Nelissa Senrose Tak Tumpang Populariti Adik-Beradik
Pun begitu, dia enggan menumpang populariti adik-beradik. Jauh sekali menceburi industri seni dan hiburan tanah air.
Sebaliknya Nelissa Senrose selesa berdikari dan menjalani kehidupan biasa.
Menerusi perkongsian di media sosial, pemilik nama Nik Zaris Nelissa ini memuat naik rutin dan momen di samping keluarga tersayang.
Difahamkan Nelissa berkhidmat sebagai pramugari di Amal by Malaysia Airlines. Sebuah anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation (MAG) yang menawarkan perkhidmatan penerbangan khusus untuk ibadah haji dan umrah.
Anak perempuan kepada ahli politik terkenal tanah air, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini sememangnya memiliki aura luar biasa. Selain petah berbicara, Nurul Izzah juga merupakan antara muslimah yang menjadi inspirasi dan ikutan ramai kerana keperibadian yang menarik serta dikurniakan rupa paras yang cantik.
Sejak awal pembabitannya dalam arena politik hingga ke hari ini, Nurul Izzah dilihat selesa dengan gaya sederhana dan tidak keterlaluan. Walau ringkas tapi penampilannya tetap memukau pandangan.
Aktif turun padang mendalami nasib masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga menjadi inspirasi golongan wanita bukan hanya kerana kejayaannya bahkan penampilan Nurul Izzah yang sopan dan sejuk mata memandang.
Dari awal pembabitan hingga sekarang, dia tetap setia menggayakan tudung jenis bawal atau square.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut gemar memakai tudung polos berbanding yang bercorak. Mengintai laman media sosial milik Nurul Izzah, kebanyakan koleksi hijab bawal miliknya adalah dari rona lembut dan pastel. Antaranya warna nude, ungu, peach, pink dan kelabu.
Tengok lilitan tudung Nurul Izzah pun sangat mudah dan senang. Tak perlu pakai banyak jarum dan kerongsang. Dalam masa kurang lima minit pun dah siap. Paling penting, Nurul Izzah akan memastikan tudung yang dipakai labuh menutupi dada dan kemas.
Ketika menjadi penghias Majalah Nona bersama adik-beradik perempuannya, Nurul Izzah mengakui kebanyakan gaya hijabnya ditata rias oleh adik perempuan sendiri, Nurul Nuha Anwar.
Pun begitu, dia disifatkan seorang kakak yang penyayang dan menjadi tempat mengadu serta rujukan adik-beradik. Lebih menarik, dalam kalangan adik-beradik dia juga antara yang paling aktif dalam media sosial.
Tahun ini, Nurul Izzah bakal berusia 42 tahun. Meskipun aktif mengembangkan kerjaya politik namun dia tetap memberi sepenuh perhatian dan mengutamakan dua permata hatinya iaitu Raja Nur Safiyah dan Raja Harith.
Nurul Izzah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Kredit foto: Instagram Nurul Izzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki susuk tubuh langsing dan berketinggian enam kaki, rambut hitam panjang mengurai, hidung mancung serta bibir mungil… tidak hairanlah atlet bola tampar Kazakhstan ini menjadi perhatian ramai peminat sukan. Bukan hanya dipuja kebanyakan kaum lelaki bahkan golongan wanita juga mengagumi kecantikan Sabina Altynbekova ini. Memang cantik dan tinggi lampai orangnya!
Kecantikan Sabina mula disedari ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya, Kazakhstan. Dia meraih perhatian luar biasa ketika menyertai Asian Junior Women’s Volleyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun. Disebabkan bakat dan wajah cantik Sabina dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat julukan ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player’.
Namun, terdapat segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar. Sampai wajah cantik Sabina sentiasa menjadi bualan berbanding bakatnya dalam arena sukan berkenaan.
Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 24 tahun ini. Disebabkan ‘tumpuan’ itu, jurulatih Sabina kurang senang dengan limelight yang diberikan kepada atlet cantik ini kerana ia memberi kesan dan mengganggu perhatian pemain yang lain.
Sudahnya, Sabina jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam beberapa perlawanan dan tidak mampu mengembangkan bakatnya. Malah, dia juga menerima kritikan kerana dikatakan terlalu cantik untuk bermain bola tampar. Sebagai atlet, pastinya perkara itu menjejaskan reputasi Sabina kerana jiwanya sudah cukup sebati dengan sukan sejak kecil.
Mengulas apabila wajah cantiknya sering menjadi perhatian, Sabina menerusi temubual bersama The Daily Mail berkata, “Pada mulanya saya rasa terharu namun ia semakin keterlaluan. Saya hanya mahu fokus dalam perlawanan bola tampar dan dikenali kerana bakat tersebut bukan disebabkan perkara lain.”
Sabina Altynbekova merupakan anak kepada pasangan Abay Altynbekov dan Nuripa Altynbekova yang juga berkecimpung dalam arena sukan. Bapanya ialah seorang atlet ski manakala ibunya pula bergelar atlet olahraga. Tidak hairanlah Sabina sangat meminati bidang sukan! Meskipun berbakat dalam sukan, Sabina turut cemerlang dalam bidang akademik. Ibu Sabina sebelum ini mahu anak perempuannya memasuki sekolah undang-undang namun Sabina enggan dan memilih untuk menjadi pemain bola tampar.
Bersama lagenda bola sepak, Luis Figo
Pada tahun 2015, Sabina menerima tawaran agensi sukan Jepun, Dentsu. Dia kemudian bermain untuk pasukan GSS Sunbeams menerusi Japan Challenge League ll selama beberapa bulan. Sebelum kembali ke Kazakhstan, Sabina mengembangkan karier profesionalnya dengan sebuah kelab bola tampar di Dubai dikenali sebagai Al-Wasl.
Dengan tercetusnya fenomena kerana wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar sehingga dikenali di serata dunia, jelitawan ini berjaya meraih lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati. Khabarnya, Sabina sudah melancarkan jenama pakaian sukan miliknya sendiri iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.