Bagi peminat drama Korea, sudah pastinya mengenali pelakon jelita Han So Hee yang membintangi drama-drama popular seperti The World of the Married, Nevertheless dan My Name. Berbekalkan paras rupa menawan, tubuh menggiurkan sudah pastinya ramai wanita di luar sana yang mencemburui kejelitaan dan personalitinya.

Padanlah Cantik, Badan Ramping! Ini Rutin Kecantikan HAN SO HEE “Tidur 4 Jam Sehari dan Makan Perlahan”

Baru-baru ini menerusi video di Tiktok menyaksikan Han So Hee tiba di lapangan terbang membuatkan ramai yang mengagumi tubuh serta aura Han So Hee sehinggakan ramai yang tertanya, bagaimana dia boleh menjadi secantik begitu.

@leomoonade HAN SOHEE #한소희 #HanSohee #EndlessJourney #4tones4dance #fyp ♬ original sound – ᶜ ʰ ˡ ˡ ˣ ᵉ ᵈ ⁱ ᵗ ˢ

Jadi apakah agaknya rahsia pelakon berusia 27 tahun ini kekal anggun, jelita dan sentiasa menjadi rujukan para wanita di luar sana. Ini dia antara beberapa rutin kecantikanna yang dapat kami simpulkan hasil pencarian kami.

Makan Perlahan

Sebelum ini, Han So Hee ada membuat video live-streaming dengan peminat di Instagram. Di situ, dia berborak dengan peminat sambil menikmati makanan. Menerusi siaran tersebut, kelihatan dia mengunyah sehingga 50 kali setiap suapan. Malah, dia juga mengambil masa sehingga lima minit untuk suapan. Pakar pemakanan menyarankan mengunyah perlahan untuk penghadaman yang lebih baik dan ia juga membantu dalam mengurangkan rasa lapar.

Tidur 4 Jam Sehari

Tidur sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya kulit. Kurang tidur boleh membuatkan kulit kelihatan tidak segar dan mudah bermasalah. Oleh itu, tidur adalah salah satu kunci utama Han So Hee untuk sentiasa mengekalkan kulit yang sihat.

“Saya sentiasa cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 4 jam,” kata Han So Hee dalam temu bual bersama Showbiz Korea Arirang. Han So-hee juga sentiasa mengutamakan rehat dan tidur antara waktu penggambaran, supaya kulit dan badannya kekal segar.

Tak Minum Kopi

Han So Hee juga berkata pengambilan jumlah air yang betul supaya tubuh dan kulit kekal sihat juga merupakan tabiat yang baik. Dia juga mengakui tidak mengambil kopi demi mengekalkan pengambilan cecair dalam tubuhnya. Air minuman dipercayai untuk membantu badan anda membuang semua toksin dengan lebih cekap dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri. Selain itu, air dapat memberikan nutrisi yang baik kepada sel kulit untuk membantu melembapkan kulit secara semulajadi.

Padanlah Cantik, Badan Ramping! Ini Rutin Kecantikan HAN SO HEE “Tidur 4 Jam Sehari dan Makan Perlahan”

Say “NO” Kepada Mekap Tebal

Demi menjaga kesihatan kulit wajahnya, Han So Hee mengakui tidak gemar bersolek tebal. Dia memilih wajah solekan yang ringan dan polos menjadikan kulitnya kelihatan lebih segar. Kebiasaannya, dia hanya memakai solekan asas ringan atau gincu supaya wajahnya tidak kelihatan pucat.

Minum Kologen

Ya, Han So-hee adalah salah seorang artis yang mendapat tajaan bekalan kolagen dari syarikat minuman kolagen, Gyeol Collagen dari Kyung Nam Pharm. Minuman kolagen sememangnya boleh meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda. Oleh itu, keanjalan dan tekstur kulit boleh kekal tegang tanpa kedutan dan garis halus. Bukan sahaja mengandungi 500mg kolagen, Gyeol Collagen juga mengandungi 120mg Vitamin C setiap pek. Nah, jika anda ingin memiliki kulit yang tegang tanpa garis halus sepertinya, anda boleh mula mencuba ambil Gyeol Collagen.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI