Ads

Nadia Annuar Minat Workout, Ini Rahsia Fit Macam Anak Dara Usia 40-an

Nadia Annuar

Kagum dengan gaya hidup selebriti Nadia Annuar yang cukup minat workout, rupanya inilah rahsia fit beliau macam anak dara yang boleh anda amalkan menjelang usia 40-an.

Ramai wanita hilang minat untuk menjaga badan sebaik mendekati usia 40-an. Antara faktornya terlalu sibuk dengan kerjaya, fokus membesarkan anak-anak dan selesa dengan kehidupan yang dijalani.

Namun bagi Nadia Annuar yang merupakan anak sulung kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton, usia ini bukanlah halangan untuk mengabaikan kesihatan.

Nadia Annuar Minat Workout, Ini Rahsia Fit Macam Anak Dara Usia 40-an
Instagram @nadiaannuar

Sebaliknya ia perlu dimanfaatkan untuk masa depan, khususnya buat Nadia Annuar sendiri yang berhasrat untuk berkahwin semula dan mahu mempersiapkan dirinya untuk bakal suami kelak.

Khusus untuk wanita seusia atau yang bakal memasuki era 40-an, amalan sihat anak Kak Ton ini boleh dicuba.

Nadia Annuar Mula Workout Sejak Perceraian Pertama

Sejak perkahwinan pertamanya berakhir pada tahun 2010, Nadia Annuar mula memberi tumpuan kepada kecergasan tubuh badan secara serius.

“Saya kahwin pada usia muda iaitu 21 tahun. Dalam erti kata lain, saya tak berpeluang merasai kehidupan sendiri pada usia muda kerana perlu fokus pada rumah tangga.

Justeru selepas berpisah, saya mula ‘berjinak-jinak’ dengan aktiviti kecergasan yang rupanya menjadi minat saya sampai ke hari ini,” kongsi Nadia tanpa berselindung.

Seronok dengar perkongsian Nadia Annuar minat workout dalam Inspirasi Nona, saksikan video penuh ini…

Ads

Hasil perkahwinan Nadia dengan bekas suami, Mohd Helmi Mohd Ilyasdi, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Aaron Erwin.

Pasangan ini berpisah pada Oktober 2010 sebelum Nadia berkahwin semula dengan Hafiz pada November 2015. Walau bagaimanapun jodoh tersebut berakhir juga dengan perceraian. Nadia dan bekas suami keduanya dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Dya Naylaa.

Rahsia Nadia Annuar Kekal Fit Macam Anak Dara

Nadia Annuar Minat Workout, Ini Rahsia Fit Macam Anak Dara Usia 40-an
Instagram @nadiaannuar

Pertemuan terkini Majalah Nona dengan si jelita ini ketika sesi podcast Inspirasi Nona di Bangsar, menyingkap gaya hidup sihatnya yang kini mencecah 42 tahun.

Aktif dan rajin sertai perlumbaan larian dan HYROX, stamina ibu kepada sepasang zuriat ini cukup menginspirasikan.

Rajin Bersenam Di Gym

Bertubuh langsing dengan kulit gebu putih kemerahan, kecantikan Nadia Annuar sentiasa jadi pujian peminat. Antara amalannya ialah bersenam di gym setiap hari.

“Saya mula berlatih di gym setiap pagi. Antara rutin saya selain kardio ialah latihan angkat berat untuk membina otot. Pada usia lewat 30-an, latihan ini penting bagi kekuatan dan mengencangkan kulit yang semakin kendur,” kongsinya.

Ads

Selain membantu mendapatkan tubuh lebih sihat, rutin workout juga memberi tenaga positif dalam kehidupan harian. Nadia Annuar percaya wanita perlu meluangkan masa untuk diri sendiri walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

Sertai Larian Maraton

 

Nadia Annuar Minat Workout, Ini Rahsia Fit Macam Anak Dara Usia 40-an
Instagram @nadiaannuar

Tidak puas bersenam di gym, Nadia Annuar juga kerap menyertai acara larian maraton yang dianjurkan di sekitar ibu kota. Antara yang terkini adalah FILA Fun Run 2026 di IOI City Mall, Putrajaya.

“Acara larian 10KM ini bukan saja mencabar kemampuan fizikal, tapi menjadi terapi fikiran apabila dapat berkumpul dengan kawan-kawan pelari yang lain,” jelas Nadia Annuar.

Menurutnya lagi, aktiviti larian membantu meningkatkan stamina selain menjadikan tubuh lebih cergas dan bertenaga. Ia juga menjadi salah satu cara terbaik untuk mengurangkan tekanan selepas penat bekerja.

Nadia Annuar Sertai Pertandingan HYROX

Nadia Annuar Minat Workout, Ini Rahsia Fit Macam Anak Dara Usia 40-an
Instagram @nadiaannuar

Minat terhadap workout turut mendorong Nadia Annuar menyertai pertandingan kecergasan dalam dewan yang kini tular di seluruh dunia iaitu HYROX.

Ads

Baru saja kembali dari Singapura pada awal Mei lepas, kemampuan fizikal beliau teruji apabila perlu bersaing secara sengit dengan peserta HYROX daripada negara lain. Namun berkat latihan berterusan dan konsisten, beliau berjaya mencatatkan masa cemerlang dan membanggakan negara.

Pencapaian ini jelas menunjukkan wanita 40-an masih mampu memberikan persaingan hebat kepada wanita yang lebih muda dari sudut kecergasan.

Nadia Annuar Awet Muda Dan Positif

Selain baik untuk kesihatan tubuh badan, amalan Nadia Annuar ini juga menjadikan dirinya kembali fit macam anak dara. Rajin dan sentiasa positif menjalani kehidupan juga menjadi antara rahsia beliau mengekalkan kewarasan fikiran, salah satu petua awet muda terbaik yang diamalkan.

Bagi Nadia Annuar, usia bukan alasan untuk berhenti menjaga diri. Sebaliknya wanita perlu terus aktif, menjaga pemakanan dan mempunyai gaya hidup sihat supaya dapat menikmati kehidupan dengan lebih berkualiti.

Semangat dan disiplin yang ditunjukkan Nadia Annuar menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana untuk kembali menjaga kesihatan serta lebih yakin dengan diri sendiri walaupun sudah memasuki usia 40-an.

Mahu lebih sihat? Baca lagi artikel inspirasi Nona:

Halle Berry Menopaus, Ini Tip ‘Powerful’ Hadapi Perubahan Badan Dalam Fasa Putus Haid

Tenang Meniti 50-an, Atilia Haron Kongsi Fasa Menopaus & Cara Tidur Awal Tanpa Gangguan

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Hipertensi

Bahaya Hipertensi, Silent Killer Yang Rosakkan Jantung Tanpa Sedar

Hipertensi digelar silent killer kerana boleh merosakkan jantung, salur darah dan buah pinggang tanpa simptom jelas. Ketahui bahaya, punca dan cara mencegah tekanan darah tinggi sempena Hari Hipertensi Sedunia 2026.