Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria satu ketika dahulu.
Rahsia Qas Sentiasa Cantik Dan Bertenaga!
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan Nonarians yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ads
Ketika ditemubual team NONA, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
Kecantikan Satu Investment Besar!
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Ads
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
Ads
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
BLACKPINK mencipta rekod konsert dengan kutipan tertinggi oleh sebuah kumpulan muzik dalam sejarah, apabila memperoleh hampir AS$10 juta bagi satu malam konsert di Mexico.
Jelajah Dunia Born Pink BLACKPINK bermula di Seoul pada Oktober 2022 dan telah singgah ke Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Menurut Touringdata dan Pop Base, konsert BLACKPINK di Mexico telah mengutip AS$9.9 juta (RM30 juta) untuk satu malam (AS$19.9 juta atau RM60.3 juta untuk dua malam), secara rasmi menjadi konsert dengan kutipan tertinggi bagi kumpulan muzik dalam sejarah. Tiket konsert dua malam itu juga habis dijual.
Konsert jelajah Born Pink juga merupakan konsert jelajah dengan kutipan tertinggi oleh kumpulan wanita.
Ia telah mengutip lebih AS$78.5 juta (RM237.8 juta), mengatasi rekod AS$78.2 juta (RM236.9 juta) yang sebelum ini dipegang oleh Spice Girls.
Persembahan kumpulan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini juga mencatatkan antara jualan tiket tertinggi untuk jelajah dunia Born Pink, dengan lebih 62,000 tiket terjual.
Ia juga membantu meletakkan BLACKPINK sebagai kumpulan muzik dengan kutipan konsert tertinggi di Asia dengan memperoleh AS$9.1 juta (RM27.5 juta) untuk satu malam konsert.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya Ning Baizura dikurniakan sosok seorang ibu berjiwa penyayang dan sanggup melakukan apa saja demi anak tersayang. Penyanyi bersuara soprano ini menceburi industri seni muzik sejak berusia 17 tahun dan dari detik itu ibu kesayangan sentiasa setia berada di sisi Ning.
Bersempena ulang tahun Satilah Abdullah yang ke-81 baru-baru ini, anak seni berusia 49 tahun berkenaan menzahirkan rasa terharu dan syukur atas pengorbanan ratu hatinya itu sepanjang kariernya sebagai penyanyi.
Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah yang kini menyertai program hiburan Gegar Vaganza Musim 11 mendedahkan peribadi ibu yang dikagumi dan insan hebat berkenaan hadir memberi sokongan kepadanya ketika konsert Gegar Vaganza pada 1 Disember lepas.
Meskipun sudah berusia 81 tahun namun ibu ini tetap bersemangat dan tidak henti-henti memberikan sokongan padu kepada pelantun lagu popular ‘Pasti’ tersebut.
“Ibu mengambil keputusan bersara lebih awal pada 1993 semata-mata mahu sentiasa berada di samping saya sewaktu saya mula-mula bergelar penyanyi.
Itu adalah pengorbanan terbesar ibu sebab dia memang berjiwa seorang pendidik tapi sanggup meninggalkan apa dicintainya demi saya.”
Semua itu dilakukan Satilah demi memastikan urusan karier seni Ning Baizura berjalan lancar.
Ning kini bahagia melayari alam rumah tangga bersama suami tercinta, Omar Sharif Christopher Layton Dalton. Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 31 Januari 2008.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Ryan Sky Dalton yang kini berusia 11 tahun.
Semoga Ning Baizura terus menghargai jasa dan pengorbanan Satilah Abdullah yang telah banyak membantu meningkatkan kerjaya seni dan popularitinya. Selain kekal bahagia di samping suami tercinta dan anak tersayang.
Sekalung tahniah buat anak kepada selebriti, Mustapha Kamal dan Susan Manen atas kejayaan menggenggam Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Pastinya sebagai ibu bapa, pelakon yang sinonim dengan watak bangsawan ‘Megah Holding’ berkenaan antara individu paling bahagia menyaksikan anak tersayang tamat pengajian di menara gading.
Berkongsi kegembiraan di media sosial, Mustapha Kamal meluahkan rasa syukur dengan pencapaian Sabella Qawiema.
“Assalamualaikum Graduasi Universiti Malaya semua. Anda adalah aset negara, anda adalah cita-cita negara, anda adalah harapan negara, anda adalah masa depan negara.
Tahniah Sabella, first class honours. Tahniah. Your family loves you.”
Selain aktor kacak itu, isteri tercinta turut tidak ketinggalan menzahirkan rasa bangga terhadap puteri sulung. Sambil berseloroh, Susan berkata, “Congratulations Sabell. We love you. Ni baru anak sulung pewaris Megah Holding.”
Tambahnya lagi, “It was always my dream to study in UM but my baby girl is living it. Allah had other plans for me. I am grateful and enjoying the moment.”
Sementara itu, Sabella turut berterima kasih atas sokongan daripada keluarga tersayang terhadapnya selama ini.
“To mummy and papa, thank you for always believing in me and supporting me in every decision that I make. To Qayyiem, Salsabil and Qaddiem (even though you didn’t come but I still love you), I love you three very much and I thank Allah every day for giving me 3 wonderful siblings and I will continue to look out for you and treat you every time I make more money.”
Sabella tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Itali dan Linguistik kelas pertama, UM.
Selain Sabella, Mustapha Kamal dan Susan Manen turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Aulia Qayyiem, Naqli Qaddiem dan Salsabil Qur’ani.
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.