Ramai yang tak boleh hidup tanpa secawan kopi setiap hari. Bila berada di rumah dalam tempoh PKP ni, ramai pula yang muncul dengan idea-idea best dalam menu hidangan harian. Baru-baru ini, kopi Dalgona menjadi bualan seluruh dunia! Kenapa kopi?
Setiap pagi, secawan kopi boleh memberi kesegaran kepada sesetengah orang. Aromanya yang memukau dan rasa pahit di hujung deria rasa membangkitkan mood untuk melangsaikan kerja yang bertingkat di pejabat. Namun, kopi juga menjadi bahan terbaik untuk kulit.
Kopi telah lama menjadi salah satu kandungan dalam produk regim penjagaan kulit wajah. Ia sangat efektif untuk membantu mengurangkan selulit. Kandungan pada biji kopi terdiri daripada kafein, trigonelline, protein dan asid amino, karbohidrat, mineral dan banyak lagi.
Kesegaran kulit
Kopi mengandungi anti-oksidan untuk pengelupasan kulit dan eksfoliasi yang disebabkan oleh radikal bebas. Ini menjadikan kulit wajah lebih cerah.
Bagaimana?
Sediakan secawan kopi dan isi di dalam bekas ais untuk dibekukan. Setelah beku, pecahkan ketulan ais kopi dan sapu pada wajah seperti anda menyapu losen atau pelembap. Akhir sekali, bersihkan dengan air bersih. Anda boleh rasa kesegarannya!
Menghilangkan mata sembab
Kesibukan di tempat kerja, tanggungjawab kepada keluarga dan pelbagai lagi urusan yang perlu diselesaikan sesungguhnya memberikan stres sehingga menyebabkan anda kurang tidur. Mulalah mata menjadi sembam dan lingkaran gelap bawah mata jelas kelihatan.
Setiap pagi, ambil sebuk kopi yang telah digunakan dan sapu pada bahagian bawah mata. Biarkan seketika selama 20 minit dan bilas.
Ads
Skrub wajah
Jangan bazirkan serbuk kopi yang telah digunakan. Campurkan serbuk kopi bersama minyak kelapa, buah pala, serbuk kayu manis dan gula. Jadikan campuran ini sebagai skrub untuk rutin harian baru anda.
Di samping itu, anda juga boleh mencuba satu sudu besar kopi di campur yogurt perisa asli. Sapukan pada wajah dan bilas dengan air suam. Skrub ini sangat sesuai untuk kulit berminyak.
Menyingkirkan noda hitam dan cela
Ambil beberapa titisan minyak bayi dan campurkan bersama serbuk kopi. Kacau sehingga adunan menjadi pes likat. Sapu pada permukaan wajah dan lakukan urutan lembut. Biarkan beberapa minit dan bilas. Anda boleh lakukan dua minggu sekali.
Tegangkan kulit wajah
Ads
Bersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudian, gosok dengan lembut permukaan wajah dengan serbuk kopi yang telah digunakan. Anda juga boleh menggunakan kapas yang dicelup air kopi. Cara ini membantu kulit menjadi tegang dan menjadi losyen untuk menyingkirkan kulit mati.
Topeng muka
Kopi juga boleh digunakan sebagai face mask. Tambahan bahan lain seperti coklat cair, susu dan madu boleh menanggalkan kulit mati dan menegangkan kulit yang kendur. Wajah anda juga akan kelihatan bersih kerana kopi mengandungi anti-microbial. Jika anda berkulit kering, campurkan sedikit minyak zaitun dan serbuk kopi agar kulit mendapat kelembapan yang seimbang.
Eksfoliasi
Tidak dinafikan lagi kopi sangat sempurna sebagai agen pengelupasan terbaik. Biji kopi memgandungi asid caffeic yang boleh menggalakkan pengeluaran kolagen.
Ads
Meningkatkan peredaran darah
Ketulan kopi ais bukan sahaja menyejukkan malah ia juga memberi kesegaran baru saat di sapu pada wajah. ia meningkatkan peredaran darah untuk menghasilkan wajah yang lebih cerah dan sihat.
Hanya sapuan satu kiub setiap hari pada keliling mata boleh membantu menghilangkan kesembapan mata.
Menyingkirkan bintik hitam
Minyak berlebihan pada bahagian hidung khususnya adalah punca timbulnya bintik hitam. Gunakan mask serbuk kopi selalu agar minyak berlebihan ini berkurangan dan meninggalkan kulit wajah yang lebih bersih dan cerah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak pernah menonton filem The Princess Diaries lakonan Anne Hatheway yang ditayangkan pada tahun 2001, dan kesinambungannya The Princess Diaries: Royal Engagement pada tahun 2004. Filem rom-com yang mengisahkan bagaimana seorang remaja perempuan biasa, Mia Thermopolis yang tidak mengetahui bahawa dirinya berdarah raja, terpaksa menyesuaikan diri pelbagai cabaran menjadi seorang puteri raja.
Mujurlah Mia mendapat sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dari neneknya, Clarisse, permaisuri dari Kerajaan Genovia, yang dilakonkan penuh magis oleh pelakon veteran dan berbakat besar, Julie Andrews. Julie Andrews atau nama sebenanrnya Julia Elizabeth Wells yang lahir pada 1 Oktober 1935) ialah seorang pelakon, penyanyi, dan pengarang yang lahir di Walton-on-Thames, England. Beliau terkenal dengan lakonannya dalam filem-filam lagenda seperti Mary Poppins(1964) dan The Sound of Music (1955).
Lakonannnya juga turut mendapat pengiktirafan pihak Academy apabila menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik selama 3 kali pada tahun 1965, 1983 dan 1966. Julie juga tampil sebagai penyumbang suara untuk filem Minions: Rise of The Guru baru-baru ini.
Bersempena dengan ulang tahun filem The Princess Diaries yang ke-21 tahun ini, NONA tertarik dengan penampilan serta personaliti Julie Andrews yang sehingga kini masih kelihatan anggun, aktif dan sihat walaupun usianya sudah mencecah 87 tahun. Apa agaknya rahsianya?
(Kredit foto oleh Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic)
Walaupun Julie Andrews sering menegaskan bahawa dia mewarisi kecantikan daripada ibunya, namun Julie cukup memegang erat nasihat ibunya. Menerusi temubualnya bersama majalah Elle baru-baru ini Julie berkata “Demi tuhan, sentiasa bersihkan kulit wajah anda dengan betul”. Ibunya juga pernah menasihatinya untuk membersihkan wajahnya setiap hari bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan krim selain mencuci dengan pencuci muka.
Julie terus berkongsi selain rutin penjagaan wajahnya, Julie turut menegaskan rahsianya adalah banyakkan meminum air masak agar wajah kekal hidrat dan segar. “Pastikan anda minum air masak, walau di mana saja anda berada”, jelas Julie.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki bulan pertama 2021, tentu sekali ramai wanita berlumba-lumba memasang azam baru bukan? Selain melangsingkan badan dan mahu lebih berjaya tahun ini, pasti ada yang mahu kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
Dalam pelbagai himpunan produk anti-penuaan di pasaran, dua jenama ini sentiasa menjadi sebutan kerana kajian dan penyelidikan intensif terhadap sains kecantikan. Produk L’Occitane dan Melvita masing-masing melancarkan produk baharu sempena tahun 2021 ini.
KEREMAJAAN WAJAH
Kulit wajah kita didiami oleh microbiota, sejenis organisma mikro yang menjadikan kulit sebagai ekosistem semula jadinya sekaligus membuatkan kulit jadi sihat. Dengan memastikan kadar bakteria baik terkawal, penuaan dapat diperlahankan dan kulit kekal anjal semula jadi.
Nona tertarik dengan produk terbaharu Melvita, Argan Bio-Active yang mampu mengembalikan kontur wajah lebih tegang dan muda remaja. Ia diperkaya dengan mikrobiotik minyak argan untuk merangsang kolagen dan menjadikannya lebih anjal.
Intensive Contouring SerumIntensive Lifting Cream
TUBUH BADAN ANJAL
Selain wajah, kulit tubuh juga menjadi penanda usia seseorang. Mereka yang berkulit tegang, leher masih jinjang dan lembut kala disentuh pasti kelihatan lebih muda berbanding kulit mereka yang menggeleber atau kasar.
Produk baru Shea Butter L’Occitane dirumus dengan formula untuk kulit kering hingga sangat kering serta melindunginya daripada kekeringan dengan menguatkan lapisan hidro lipid kulit. Ia memberikan lembapan berpanjangan sehingga 72 jam tanpa kesan lekit.
Happy Shea Shower CreamHappy Shea Hand Cream
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berseri-seri muka Tasha Shilla sejak bergelar ibu dua anak! Jelas terserlah wajah bahagia pelakon jelita ini di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang. Sejak berkahwin dan ada anak, agak jarang nampak lakonan Tasha di kaca TV. Barangkali tumpuannya kini lebih terarah kepada keluarga.
Menerusi perkongsian Tasha di media sosial, kebanyakan posting berkisar mengenai rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.
Walau dah ada anak, tetap aktif hiking bersama suami dan dua anak kecil. Tak hairanlah Tasha boleh mengekalkan badan sihat dan ramping.
Selain sibuk urus keluarga, finalis Dewi Remaja 2005/2006 ini juga menguruskan bisnes sendiri iaitu Nyla by Tasha Shilla.
Jenama ini mempunyai rangkaian produk penjagaan rambut seperti Hair Tonic dan Hair Serum yang mula dilancarkan pada Ogos 2023.
Tasha Shilla ibu dua anak ini meniti usia 37 tahun merupakan wanita keturunan Melayu-Jawa dan pernah menggondol kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.
Tasha Shilla mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raees Zander kini berusia tiga tahun dan Nyla Kaadira.
Terdahulu, Tasha Shilla memulakan karier lakonan pada 1999 iaitu sejak usianya 12 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Living legend! Siapa masih ingat lagi penyanyi bersuara germersik ini?
Inilah penampilan terkini Krisya yang popular dengan lagu ‘Gemersik’ pada era 90-an.Setelah tujuh tahun menetap...