Nama Deepika Padukone sememangnya tersohor dalam industri Bollywood bukan hanya kerana kejelitaannya bahkan sebagai antara artis termahal dan terkaya di India. Wanita kelahiran Kopenhagen, Denmark ini bukan sahaja sukses sebagai pelakon bahkan bergelar penerbit dan ‘ratu’ iklan tersohor.
Wajahya sering menghiasi produk-produk terkenal dunia seperti Levis, Chapord dan banyak lagi.
Deepika Padukone juga terkenal dengan sikapnya yang dermawan. Ternyata, Deepika Padukone tidak hanya mempertaruhkan rupa paras dan bakat semata-mata namun lebih dari itu. Bintang filem Om Shanti Om dan Chhapaak ini turut mempunyai label fesyennya sendiri.
Menurut South China Morning Post, Deepika Padukone terkenal dengan kehidupan mewah dan glamour. Dia dikatakan memiliki beberapa koleksi kereta mewah seperti BMW, Mercedes Benz, Mini Cooper, Audi Q7 dan A8. Bukan itu saja, dia juga memiliki koleksi tas tangan berjenama mewah antaranya Gucci Dionysus, Hermes Kelly, Channel Deauville, Celine Phantom dan banyak lagi.
Ads
Dengan melihat kepada gaya hidupnya itu, semestinya Deepika Padukone mendiami kediaman yang mewah juga. Menetap di daerah elit iaitu Mumbai, Deepika Padukone memilih kondominium berharga jutaan ringgit sebagai huniannya. Bukan itu saja, dia turut memiliki aset lain yang disewakan. Ternyata, dalam usia 35 tahun Deepika Padukone bijak menguruskan dan melaburkan aset-aset yang dimiliki dengan cara menguntungkan. Cantik, bijak, sukses dan kaya!
RAHSIA CANTIK & SIHAT Selain bijak menguruskan kariernya, aktres jelita ini juga bijak mengatur pola pemakanannya setiap hari agar kekal sihat dan cantik. Pastinya ramai juga ingin tahu bagaimana dia menjaga bentuk badan yang langsing serta memiliki perut yang kempis. Deepika Padukone memulakan harinya dengan meneguk segelas air suam diikuti dengan susu rendah lemak dan sajian khas India seperti dosa, idli, upma dan putih telur.
Ads
Sementara untuk tengahari dan malam, Deepika Padukone memilih chapattis, sayur-sayuran dan ikan bakar sebagai hidangan utamanya. Sementara untuk kudapan dia memilih buah-buahan, jus, salad dan kekacang. Sesekali Deepika Padukone akan memilih coklat sebagai kudapan tetapi dalam kuantiti yang sedikit saja.
Ads
BAHAGIA BERSAMA SUAMI Deepika Padukone dan suaminya, Ranveer Singh yang juga bintang ternama Bollywood antara pasangan yang sering menjadi perhatian ramai. Sepanjang perkahwinan, pasangan ini tidak pernah terpalit dengan kontorversi mahupun gosip. Mereka juga jarang mempamerkan kebahagiaan di media sosial.
Pasangan ini berkahwin pada 14 November 2018 di Lake Como, Itali. Perkahwinan mereka menjadi salah satu sejarah hiburan Bollywood kerana dilangsungkan secara tertutup dan ekslusif hanya untuk keluarga serta teman rapat. Sepanjang majlis tetamu tidak dibenarkan mengambil sebarang foto sehinggalah pasangan ini sendiri yang mengkhabarkan berita gembira itu kepada umum.
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi popular, Rihanna. Mungkin ada sesetengah gaya fesyennya tidak digemari ramai kerana terlalu seksi. Namun jangan pernah menilai seseorang berdasarkan luarannya. Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyii, wanita berusia 29 tahun ini tidak pernah lupa kepada mereka yang memerlukan. Mengambil inisiatif positif dengan percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk keluar dari kemiskinan, Rihanna telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Clara Lionel Foundation (CLF) pada tahun 2012.
Ceria bersama-sama kanak-kanak di Malawi
CLF merupakan sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan dan dana dari yayasan ini sejak itu telah digunakan untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan dari segi pendidikan dan juga kesihatan. Program terbaru CLF menyaksikan mereka berkerjasama dengan syarikat perkongsian basikal, Ofo untuk membantu menaja program biasiswa global yayasan tersebut. Basikal akan didermakan kepada penerima biasiswa di Malawi bagi membantu mereka ke sekolah.
Dalam satu kenyataan akhbar, Rihanna berkata, “Saya sangat gembira dengan usahasama CLF dan Ofo kerana ini akan memberikan banyak manfaat kepada anak-anak muda mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Ini juga sekaligus membantu kanak-kanak perempuan untuk pergi ke sekolah dengan selamat berbanding sebelum ini yang mana mereka terpaksa berjalan berbelas kilometer setiap hari untuk pergi dan pulang dari sekolah.”
Memang murni sungguh hari penyanyi kelahiran Barbados ini. Membuktikan dia tidak main-main dengan usaha murninya, minggu lepas dia bertemu dengan presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya untuk berbincang mengenai isu pendidikan global.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi.
Terdahulu, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, Hijabista doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Kuasa seorang wanita kini tidak perlu dipertikaikan lagi dan sudah diiktiraf di peringkat kepimpinan sebuah negara. Begitu juga dengan kepimpinan pemimpin muda dilihat mula terserlah membantu perjalanan politik sesebuah negara.
Foto: Instagram @shammaFoto: Instagram @shamma
Jika dahulu pemimpin muda kurang diberi ruang untuk ‘berdamping’ dalam pentadbiran negara, kini pemikiran itu sudah jauh ketinggalan. Malah, sudah banyak negara yang membariskan pemimpin muda untuk menerajui tampuk kepimpinan negara.
Foto: Instagram @shammaFoto: Instagram @shamma
Begitu juga dengan wanita cantik yang bernama Shamma Al Mazrui, 27 tahun ini. Shamma Al Mazrui telah mencipta sejarah dan memahat namanya sebagai menteri termuda di dunia.
Pengiktirafan sebagai menteri termuda ini telah tercatat di Guinness of World Records 2018. Wanita yang tampil cantik berhijab ini memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Belia bagi negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada usia 22 tahun lagi.
Foto: Instagram @shammaFoto: Instagram @shamma
Shamma Al Mazrui merupakan satu di antara lapan orang wanita yang menganggotai ahli kabinet UAE yang jumlah keseluruhannya 29 orang. Wanita yang mempunyai akaun Instagram dengan nama @shamma dengan 345 ribu pengikut bukan calang-calang wanita. Shamma Al Mazrui telah dilahirkan dan membesar di Abu Dhabi.
Foto: Instagram @shammaFoto: Instagram @shamma
Shamma Al Mazrui memegang Bachelor of Arts in Economics dari New York University Abu Dhabi. Kemudian beliau meraih Ijazah Sarjana Public Policy from the University of Oxford in 2015. Wanita hebat ini merupakan pelajar pintar di University of Oxford dan merupakan satu-satunya warga UAE dan satu-satunya wanita yang mendapat biasiswa Rhodes yang sangat terkenal itu.
Wanita ini juga telah mendapat banyak pengiktirafan di mata dunia dengan meraih penghargaan Distinction Award Mansour bin Zaid Al Nahyan, meraih penghargaan Coutss Future Leader Award pada tahun 2015, malah saluran berita CNBC telah memasukkan namanya di antara tujuh wanita muda yang dapat mengubah dunia. Shamma Al Mazrui juga aktif di PBB sehingga menjadi perwakilan UAE di PBB.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.