Masa bergerak pantas. Kelajuannya kadang-kadang menjarakkan kita, membuat kasih sayang bagai tidak terasa. Tanpa sedar, mulut lebih selalu terkunci bila hubungan insan dikuasai teknologi.
Percaya pada kesinambungan dan pentingnya ekosistem produk, gergasi telekomunikasi HUAWEI melahirkan formula 1+8+N untuk mendekatkan manusia. Teknologi HUAWEI Share dibangunkan menerusi siri HUAWEI P40, demi membantu kita saling berhubung antara satu peranti dengan peranti yang lain, semudah satu tap.
Bagaikan magis, sentuh saja dunia bersatu!
FORMULA AJAIB
1 Telefon Pintar
8 Peranti (Laptop, tablet, TV pintar, kaca mata, jam tangan, kereta, earphone (freebuds), speaker)
N Percutian mudah, bekerja secara mobil, rumah pintar, kesihatan dan kecergasan, hiburan
Kehebatan HUAWEI P40 Pro+ Dengan Satu Sentuhan
(1) HUAWEI Laptop
Fungsi One Tap Share di antara laptop dan telefon pintar anda boleh dilakukan dengan semudah menyentuhkan telefon anda ke label HUAWEI Share di pemuka laptop. Telefon pintar HUAWEI boleh disambungkan dengan laptop HUAWEI untuk perkongsian data, selain skrin telefon boleh dipancarkan melalui skrin laptop. Ia memudahkan anda untuk ‘drag and drop’ fail di antara dua peranti ini dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus.
Bagi pengguna HUAWEI Matebook X Pro, anda cuma guna jari je pada skrin sesentuh untuk fungsi ‘drag and drop’. Mudahnya teknologi ni, tak perlu pakai kabel penyambung pun!
Ads
(2) HUAWEI Smart TV*
Untuk menyambungkan dua peranti ini, hidupkan NFC pada telefon pintar anda dan sentuhkan pada label HUAWEI Share di alat kawalan jauh TV pintar anda. Secara automatik, skrin telefon akan dipancarkan melalui skrin TV seperti sebuah projektor!
*Belum terdapat di Malaysia.
(3) HUAWEI MatePad Pro
Ads
Sama seperti laptop HUAWEI, HUAWEI MatePad Pro juga dilengkapi fungsi multi-screen collaboration. Telefon pintar anda boleh digunakan pada MatePad Pro untuk proses dua-hala ‘drag and drop’ gambar-gambar, video dan fail secara efisyen. Untuk menggunakan multi-screen collaboration, hidupkan NFC pada telefon pintar dan sentuhkan pada kekunci ‘Shift’ keyboard.
(4) HUAWEI Sound X
Merupakan speaker pintar pertama yang menyokong Hi-Res ciptaan HUAWEI dan Devialet. Di sebalik fungsi asas speaker HUAWEI AI yang lain, speaker ini dilengkapi teknologi One Tap Share, dimana anda dapat memainkan muzik dari telefon pintar melalui HUAWEI Sound X dengan hanya menyentuh sensor NFC pada speaker.
Speaker ini juga lebih mudah dikawal. Tanpa perlu menekan telefon pintar pun, anda boleh ‘pause’ muzik yang berkumandang dengan menekup bahagian atas speaker.
Ads
(5) HUAWEI AX3 Router
Terlupa kata laluan Wi-Fi? Dengan HUAWEI AX3 Router, anda hanya perlu menyentuh telefon pintar pada sensor NFC di router untuk akses Wi-Fi secara terus.
(6) Kereta*
Tak perlu pening tentang kunci kereta lagi! Dengan telefon pintar HUAWEI, anda hanya dekatkan NFC telefon pada pemegang pintu kereta untuk membuka kuncinya. Begitu juga untuk menguncinya semula, tutup pintu dan dekatkan NFC berhampiran pintu kereta. So keyless!
*Untuk model tertentu sahaja.
Selain daripada fungsi satu sentuhan antara ‘1’ dan ‘8’ ini, HUAWEI akan terus mencipta kesinambungan di antara ‘8’ tersebut, umpamanya One Tap Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan Laptop, Freebuds dan Watch GT2 serta banyak lagi.
Semua ciri-ciri canggih HUAWEI SHARE ini dibangunkan dengan inspirasi satu sentuhan. Ya, satu tap untuk semua!
Pintar dan hebat melalui kesinambungan hubungan dengan HUAWEI Share! Dapatkan maklumat tentang 1+8+N dengan klik (di sini) atau layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepul-kepul asap dari hembusan rokok, sekalipun tak kelihatan di mata kasar namun yang melekat pada rambut serta baju tetap memudaratkan. Inilah yang terpaksa ‘ditelan’ oleh wanita moden berkerjaya dalam persekitaran tempat yang dikelilingi perokok. Dalam bahaya, tidak mustahil kesihatan juga terancam gara-gara asap rokok pasif atau dikenali second-hand smoker.
Menurut kajian, perokok pasif adalah mereka yang secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok.
Walaupun seseorang wanita itu tidak merokok tetapi beliau terdedah kepada asap yang dihembus keluar daripada mulut rakan perokok di pejabat dan tempat-tempat awam yang dikunjungi.
Tak adil, bayangkanlah kelompok perokok pasif sebenarnya terdedah kepada ancaman asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif. Ketika bekerja dan dikelilingi perokok aktif, kesihatan kita masih boleh terancam kerana rokok yang dinyalakan akan melepaskan asap rokok yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia, dan kira-kira 250 daripadanya dikenal pasti berbahaya termasuk mengandungi hydrogen cyanide, karbon monoksida dan ammonia.
TAR seringkali disalah erti sebagai bahan yang digunakan dalam pembuatan jalan raya tetapi TAR yang dibincangkan sebenarnya adalah sisa-sisa zarah yang terkandung dalam asap rokok.
Apabila nikotin dan wap air dikeluarkan dari asap rokok, yang tertinggal adalah TAR dan TAR ini boleh melekat kepada perabot, beg, baju mahupun kulit kita. Walaupun rokok telah dipadam, bahan kimia toksiknya tetap boleh menjejaskan kesihatan orang yang berhampiran.
Berdasarkan penyelidikan, sebanyak 4 daripada 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi yang turut akan memberi kesan negatif terhadap perokok pasif.
PENYELESAIAN BEBAS ASAP
Bagaimana boleh majikan serta para perokok menangani masalah merokok ini di tempat kerjaya? Pada mereka yang merokok, berhenti merokok merupakan cara yang terbaik untuk masalah ini, namun bukan kesemua orang boleh berhenti ataupun mahu berhenti.
Oleh itu, majikan boleh mengambil dan mempertimbangkan langkah untuk memelihara kesihatan para pekerja terutamanya golongan wanita dan mereka yang tidak merokok.
(1) Majikan menganjurkan ceramah kesihatan berkaitan dengan pengurangan bahaya tembakau (Tobacco Harm Reduction)
Kempen Tobacco Harm Awareness merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rokok dan kesan buruknya terhadap kesihatan.
Tujuannya adalah untuk memberikan informasi kepada masyarakat tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok dan mendorong perubahan perilaku untuk mengurangkan atau menghentikan penggunaan tembakau.
Antara yang boleh dilakukan adalah memberi pendidikan kesihatan, umpamanya menyediakan maklumat yang jelas dan mudah difahami tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok. Majikan juga boleh menawarkan program bantuan untuk berhenti merokok seperti sesi kaunseling, aplikasi berhenti merokok atau kelompok sokongan.
(2) Mengadakan minggu bebas asap rokok dan menggalakkan gaya hidup aktif
Dengan mewujudkan persekitaran bebas asap rokok di tempat kerja, majikan dapat mengurangkan bahaya terhadap dedahan bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Apabila udara persekitaran bersih dan segar, barulah kesihatan terjamin serta mengurangkan risiko berkaitan asap rokok.
Dengan menggalakkan perokok untuk berubah kepada penggunaan produk alternatif bebas asap seperti Heated Tobacco Product (HTP) yang mampu mengurangkan kemudaratan kesihatan sebanyak 95% berbanding menghisap rokok tradisional.
HTP merupakan produk yang hanya memanaskan tembakau dan tidak membakar, oleh itu ia tidak melepaskan asap rokok yang merupakan punca utama penyakit berkaitan rokok.
Menyedari ruang persekitaran bekerja mengambil 1/3 masa kehidupan kita, penting untuk memastikan ia selesa serta selamat untuk semua pekerja termasuklah golongan bukan perokok, tidak kira lelaki mahupun wanita.
Bertukarlah kepada gaya hidup yang lebih sihat demi kebaikan semua pihak. Dunia tanpa asap rokok bukan saja menyegarkan, malah tanda prihatin kita terhadap kesihatan diri serta orang tersayang!
Rezeki seseorang yang rahsia tiada siapa yang tahu. Tuah anak buah selebriti Hong Kong yang terkenal ini apabila mendapat ibu saudara yang sayangkan dirinya umpama anak sendiri.
Seperti yang diketahui, Carina Lau yang kini berusia 54 tahun bersama suaminya, Tony Leung antara pelakon A-List di Hong Kong tidak mempunyai zuriat sendiri. Carina Lau telah melayan anak saudaranya, Jeff bagaikan menatang minyak yang penuh.
Wajah anak kepada adik lelaki selebriti ini banyak memenuhi laman media sosial milik peribadinya.
Malah Jeff yang kini berusia 27 tahun dikhabarkan oleh akhbar Hong Kong bakal mewarisi harta Carina Lau yang bernilai HK$800 million (lebih kurang RM449 million). Begitulah tuah anak buah selebriti Carina Lau ini.
Suami kesayangan Carina Lau kembali diperkatakan apabila muncul dalam dalam filem adiwira Marvel; Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, melakonkan watak Xu Wenwu.
Walaupun sudah menginjak ke usia 59 tahun namun lelaki ini masih mempunyai aura dalam melakonkan watak yang diberi kepadanya terutamanya filem aksi.
Pasangan selebriti ini juga menerima jolokan Selebriti Asia Paling Berjaya kerana mempunyai pendapatan yang lumayan. Kisah cinta pasangan yang masih kekal cantik dan bergaya ini memang mencuri tumpuan ramai.
Khabarnya pelakon terkenal Hong Kong ini berjumpa kali pertama pada tahun 1984 semasa sama-sama berlakon dalam filem The Replica. Lima tahun kemudian mereka mula berpacaran dan mengambil masa 19 tahun untuk mendirikan rumahtangga.
Perkahwinan pasangan selebriti yang berlangsung pada 21 Julai 2008 telah mencipta sejarah yang tersendiri. Memilih negara yang paling bahagia iaitu Bhutan atau lebih tepat di Uma Paro resort sebagai lokasi perkahwinan. Majlis gilang gemilang ini telah kos melebihi lebih daripada HK$30 Juta dan dihadiri oleh tetamu VIP serta rakan artis pasangan ini.
Tony Leung juga pernah memenangi anugerah Taiwan’s Golden Horse Awards dan the Hong Kong Film Awards. Menariknya pasangan ini jarang memuat-naik gambar bersama di media sosial masing-masing. Mungkin platform media sosial mereka adalah untuk tujuan karier masing-masing.
Ogos lalu, ikon Youtuber, Asyalliee Ahmad pernah mengumumkan di media sosial kisah dukanya keguguran namun keajaiban dari Allah, kandungan Asya kini sedang membesar dengan baik. Rezeki Asya Semakin luas apabila produk supplemen Hello Peach Please mendapat pengiktirafan daripada majalah kecantikan Singapura.
Semakin menjadi-jadi perniagaan ikon Youtuber ni. Kejayaan dan rezeki diterimanya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi dikongsikan bersama ibu dan bapa mentuanya. Rasa sebak menonton video yang dikongsikan Asya di laman instagramnya tidak lama dahulu.
https://www.instagram.com/p/CBXpnavlbX8/
Peredaran zaman kadang-kala membuatkan generasi ‘lama’ seakan terkebelakang. Dari segi teknologi sudah tentulah jauh berbeza dan kini idealogi anak-anak muda juga sangat dilakar jauh dari pemikiran kita dahulu. Mereka lebih berdikari, lebih bijak mengatur kehidupan dalam mencari rezeki bukan hanya untuk diri, tetapi keluarga yang dibina.
Mengenali ikon Youtuber yang merangkul salah satu anugerah ASEAN Outstanding Business Award 2019, Asyalliee Ahmad atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba membuka luas minda penulis mengenai anak-anak muda kini.
Dikenali melalui video-video tutorial solekan serta berjaya menarik 400,000 subscribers di Youtube sehingga dia digelar Beauty & Make Up Guru, Asyalliee kini hidup selesa bersama keluarga.
Walaupun masih lagi aktif berkongsi tips-tips solekan dan penjagaan wajah, dia kini sudahpun bergelar usahawan melalui perniagaan kecantikan dan kesihatan Loveliee. Meminjam Love dan gabungan Lliee dari namanya sendiri, Asya kini sudah boleh menarik nafas lega kerana impiannya untuk menjadikan setiap wanita cantik dan lebih berkeyakinan tinggi sudah terlaksana.
“Saya memang cintakan bidang solekan. Saya sudah terbiasa bersiap cantik untuk menghadiri majlis atau untuk sekadar content di dalam Instagram. Bila dah bersolek, tentulah kita rasa diri kita cantik dan ketika itulah keyakinan kini makin melonjak.
Nak buat apa pun kita yakin, waima hanya untuk berada di rumah. Disebabkan itu, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjalankan perniagaan ini. Bukan hanya untuk saya, tetapi setiap wanita di dunia,” katanya penuh semangat.
HIDUP MISKIN
Perjalanan yang dilaluinya bukanlah semuanya indah. Wanita kacukan Thailand-Melayu ini pernah terjah ke dunia modelling namun itu bukan ‘jiwanya’.
“Saya mula dengan perkongsian video solekan di Youtube. Kemudian saya masuk ke dunia modelling dan baru mulakan perniagaan. Saya pernah ditipu, dijadikan kambing hitam, difitnah dan tidak dibayar dulu. Mungkin kami suami isteri tidak ada pengalaman dalam bisnis ini tambahan pula saya masih muda, mungkin itu yang menyebabkan orang mengambil kesempatan.
Waktu kecil dulu pun saya digelar budak miskin. Arwah ibu hanyalah seorang tukang masak yang sering berpindah-randah. Kalau nak tahu, saya pernah menetap di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kedah kerana mengikut ibu. Jadi saya tak ramai kawan. Sewaktu di Kedah, arwah ibu dapat menjadi tukang masak di kedai dan diberikan sebuah hostel kecil untuk kami tiga beranak.
Di situlah kami tidur dan makan. Kawan-kawan di sekolah gelarkan saya budak miskin, budak kotor, tak mandi malah mereka jauhkan diri dari kami. Hendak ke sekolah pun terpaksa berjalan kaki sejauh 2km. Lepas ibu meninggal dunia, saya dan adik terpaksa berpisah kerana kami tinggal berasingan bersama kakak-kakak yang sudah berkahwin,” ceritanya.
PERKAHWINAN
Masih kekal cantik dan bertubuh langsing, surihati kepada Eboy Arbaain dan ibu kepada dua cahaya mata, Haider Mikhael dan Siti Helena Adrianna ini terus diuji dalam kehidupan. tidak pernah berputus asa, Asya dan suami terus bangkit mencari rezeki halal.
“Sebelum berkahwin, saya memang hidup hasil daripada review yang dibuat di Instagram. Itulah perbelanjaan untuk makan, membeli keperluan seperti barang solekan, baju dan mungkin beg tangan. Selepas berkahwin, saya masih mencari pendapatan dengan hasil review tetapi di bawah satu pengurusan. Saya menjadi duta produk dan aktiviti modelling juga. Namun, upah yang diterima sangat sedikit berbanding percentage yang diambil pihak pemgurusan.
Baru beberapa minggu usia kandungan pertama, saya difitnah meniru rekaan fesyen seorang pereka. Tidak ada sesiapa yang menegakkan kebenaran dan saya menjadi mangsa kambing hitam! Duit dalam bank hanya tinggal tak sampai RM500 untuk kami hidup. Saya terlalu stress dan emosi saya sangat terganggu ketika itu. Saya jual baju K-Pop yang saya gemari, beg-beg tangan walaupun tak berjenama hanya untuk beli makanan.
Mujur kakak-kakak dan kawan-kawan sedia membantu. Di rumah merekalah tempat kami menumpang makan. Saya sentiasa berdoa agar Allah mengubah hidup kami menjadi lebih baik dan menunjukkan kepada kami kebenaran. Kami rasa sungguh teraniaya!”ujarnya.
CABARAN DAN MATLAMAT
Di sebalik setiap kesukaran, tentunya terbit hikmah di hujung jalan. Ujian dari Allah tak pernah surut. Dalam perniagaan juga ada kalanya kuat juga dugaan dihadapi.
“Menjadi seorang influencer, susah juga untuk sentiasa nampak ‘sempurna’ di mata orang. Sedangkan saya juga sama seperti orang lain yang melakukan kesilapan. Saya sendiri masih mencari ruang untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan tetapi terpaksa hadam setiap kecaman. Jujurnya ia memang menambahkan tekanan tetapi itulah cabaran seorang influencer.
Setiap kali saya jatuh, saya anggap diri saya kalah. Untuk bangkit semula, saya letakkan dua BIG WHY iaitu untuk memberikan anak-anak saya hidup senang. Saya tak mahu mereka hidup susah seperti kami dulu. Dan, saya juga ingin memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Kesusahan dalam hidup dulu memang banyak mengajar saya mengenai hidup. Betullah kata orang, kalau asyik memandang ke langit, sesekali perlu juga menjenguk rumput di tanah.
Memilih posting yang sesuai untuk tatapan viewer setiap hari juga mencabar. Saya pentingkan feed yang bermakna serta aesthetically pleasing to the eyes kerana dalam industri ‘influencer’ ini, kita perlu berikan value dalam setiap posting untuk kekal relevan. Kalau setakat tayang gambar cantik sahaja tidak mampu untuk membuatkan kerjaya anda tahan lama,” katanya.
Pada usia 23 tahun, Asyalliee sudah memiliki beberapa buah kereta mewah dan koleksi beg berjenama. Segala kepayahan yang dihadapi sudahpun dibayar dengan kesenangan masa kini. Apakah perasaan anda?
“Ini semua pinjaman dari Allah. Saya tak boleh rasa terlalu happy atau bangga dengan kurniaan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Saya kira, ini adalah rezeki anak-anak dan perlu digunakan sebaik mungkin. bila Allah dah berikan ilmu serta pengalaman, saya mahu kongsikan bersama orang lain. Niat saya, untuk membantu orang.
Saya kuat berangan. Macam-macam saya mahu tetapi Allah itu lebih mengetahui. Dia memberi apa yang saya perlu, bukan apa yang saya mahu. Matlamat saya adalah untuk naikkan perniagaan orang Islam dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum wanita.
InsyaAllah, tak lama lagi saya akan mengeluarkan single sulung. Dari seorang ahli perniagaan, saya juga akan mula menceburi bidang nyanyian. Doakan ini menjadi salah satu peluang untuk saya kembangkan lagi bakat dan kurniaan Allah kepada saya.” Katanya mengakhiri perbualan.
Kredit foto dan video: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.