Rezeki seseorang yang rahsia tiada siapa yang tahu. Tuah anak buah selebriti Hong Kong yang terkenal ini apabila mendapat ibu saudara yang sayangkan dirinya umpama anak sendiri.
Seperti yang diketahui, Carina Lau yang kini berusia 54 tahun bersama suaminya, Tony Leung antara pelakon A-List di Hong Kong tidak mempunyai zuriat sendiri. Carina Lau telah melayan anak saudaranya, Jeff bagaikan menatang minyak yang penuh.
Foto: Instagram @carinalau1208
Wajah anak kepada adik lelaki selebriti ini banyak memenuhi laman media sosial milik peribadinya.
Malah Jeff yang kini berusia 27 tahun dikhabarkan oleh akhbar Hong Kong bakal mewarisi harta Carina Lau yang bernilai HK$800 million (lebih kurang RM449 million). Begitulah tuah anak buah selebriti Carina Lau ini.
Ads
Foto: Instagram @carinalau1208
Suami kesayangan Carina Lau kembali diperkatakan apabila muncul dalam dalam filem adiwira Marvel; Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, melakonkan watak Xu Wenwu.
Walaupun sudah menginjak ke usia 59 tahun namun lelaki ini masih mempunyai aura dalam melakonkan watak yang diberi kepadanya terutamanya filem aksi.
Foto: Instagram @carinalau1208
Pasangan selebriti ini juga menerima jolokan Selebriti Asia Paling Berjaya kerana mempunyai pendapatan yang lumayan. Kisah cinta pasangan yang masih kekal cantik dan bergaya ini memang mencuri tumpuan ramai.
Ads
Khabarnya pelakon terkenal Hong Kong ini berjumpa kali pertama pada tahun 1984 semasa sama-sama berlakon dalam filem The Replica. Lima tahun kemudian mereka mula berpacaran dan mengambil masa 19 tahun untuk mendirikan rumahtangga.
Foto: Instagram @carinalau1208
Perkahwinan pasangan selebriti yang berlangsung pada 21 Julai 2008 telah mencipta sejarah yang tersendiri. Memilih negara yang paling bahagia iaitu Bhutan atau lebih tepat di Uma Paro resort sebagai lokasi perkahwinan. Majlis gilang gemilang ini telah kos melebihi lebih daripada HK$30 Juta dan dihadiri oleh tetamu VIP serta rakan artis pasangan ini.
Tony Leung juga pernah memenangi anugerah Taiwan’s Golden Horse Awards dan the Hong Kong Film Awards. Menariknya pasangan ini jarang memuat-naik gambar bersama di media sosial masing-masing. Mungkin platform media sosial mereka adalah untuk tujuan karier masing-masing.
Gelombang baharu menyaksikan semakin ramai wanita menyerlah di barisan hadapan. Dari pentas kepimpinan, ruang pendidikan hingga gelanggang perniagaan, peranan ibu dan isteri di rumah kini makin berkembang kepada pembangunan negara.
Terus melangkah ke aras lebih tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) komited memperkasakan golongan ini melalui perasmian Forum Agenda Wanita Negara (FAWN) 2025, disamping pelancaran buku 30 Tahun Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Malaysia, di ibu negara.
Tampil anggun dalam persalinan baju kurung moden, kehadiran Menteri KPWKM, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri diiringi Timbalan Menteri dan barisan pemimpin wanita berkaliber ke acara ini mencuit perhatian. Lembut, namun auranya luar biasa!
“Sebenarnya Forum Agenda Wanita Negara (FAWN) dan pelancaran Buku 30 Tahun CEDAW Malaysia ini dianjurkan sebagai usaha menyeluruh kementerian dalam memperkukuh agenda pemerkasaan wanita negara.
Hari ini kita bukan sahaja hadir untuk meraikan satu penerbitan, tetapi juga untuk menegaskan semula komitmen kita sebagai sebuah negara bahawa hak wanita adalah hak asasi manusia dan perjuangan ini tidak boleh dihentikan,” ujar beliau disambut tepukan gemuruh.
Tambahnya, FAWN dianjurkan sebagai sebuah platform penting untuk mengarusperdanakan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2025. Bukti komitmen berterusan!
Dalam suasana forum yang dihadiri kerajaan, akademia, masyarakat sivil dan sektor swasta, medan dialog ini berjaya menyelaraskan tindakan ke arah kesaksamaan gender yang lebih menyeluruh.
Ramai panel-panel berpengalaman daripada pelbagai latar belakang profesional hadir untuk berkongsi ilmu, pandangan, serta pengalaman yang dapat menyumbang ke arah memperkukuh agenda pemerkasaan wanita melalui ‘Bicara Inspirasi CEO: Memartabat Wanita Memperkukuh Negara.’
Tidak ketinggalan, forum ‘Diskusi Pascaperceraian’ telah mengetengahkan pandangan dari sudut agama, undang-undang serta pengalaman langsung wanita yang telah melalui fasa perceraian. Beri kekuatan dan pengisian berguna agar bangkit semula, sesungguhnya sesi forum yang terbuka sebegini cukup penting untuk menaikkan semangat para wanita!
FAWN 2025 dianjurkan KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebagai platform strategik yang menyokong agenda pemerkasaanwanitaselaras Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025-2030.
Demi memastikan keberkesanannya, KPWKM melalui JPW juga telah memperkenalkan Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS), melibatkan tokoh-tokoh negara yang bersama melahirkan generasi baharu pemimpin wanita. Usaha hebat ini berupaya menjadi batu loncatan bagi lebih ramai wanita mengambil tempat dalam barisan kepimpinan negara.
Pelancaran Buku
“Kita juga turut menyaksikan pelancaran buku ’30 Tahun CEDAW Malaysia’ yang merupakan dokumentasi perjalanan tiga dekad Malaysia dalam melaksanakan komitmen di bawah Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) atau Convention on the Elimination of All Forms of Discriminantion Against Women (CEDAW) sejak negara meratifikasi konvensyen ini pada 5 Julai 1995.
Tahun 2025 amat bermakna kerana ia menandakan ulang tahun ke-30 Malaysia dalam memperjuangkan hak wanita dan kesaksamaan gender,” ujar Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri lagi.
Buku ini bukan sekadar catatan 30 tahun perjalanan Malaysia dalam CEDAW tetapi ia adalah cermin kepada perjuangan, pengorbanan dan kejayaan wanita di negara ini.
5 Pencapaian Utama
Setelah tiga dekad Malaysia sebagai negara pihak CEDAW, terdapat 5 pencapaian signifikan berjaya dikecapi iaitu:
Turut hadir ke majlis bersejarah ini adalah Timbalan Menteri, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad serta Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Pengarah JPW, YBrs Puan Hanani Sapit, wakil Kementerian, Agensi Kerajaan, SUHAKAM, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta tokoh akademik.
“Kerajaan menerusi Kerangka Ekonomi MADANI telah menyasarkan 60 peratus kadar penyertaan wanita ke dalam sektor pekerjaan. Apa yang kita raikan hari ini bukanlah noktah. Ia adalah tanda bahawa perjuangan kita masih jauh. Kesaksamaan gender bukan slogan kosong. Ia mesti diterjemahkan ke dalam dasar, undang-undang, peluang pekerjaan dan yang paling penting, kehidupan harian setiap wanita Malaysia,” akhiri Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Halus dan gebu bak kulit bayi, kecantikan kulit wanita Jepun sememangnya layak dipuji. Biarpun usia bertambah namun wajah mereka tetap lembut dan awet muda. Menyingkap amalan wanita dari Negara Matahari Terbit itu, pasti ramai mengenali HADA LABO, jenama penjagaan wajah terkenal di sana. HADA LABO juga menekankan kaedah kecantikan Jepun untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah idaman.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, jadikan perayaan ini lebih bermakna dengan raut wajah yang anggun, manis dan berseri-seri dengan perawatan berasaskan amalan orang Jepun. Bukan dengan air basuhan beras atau minum teh hijau semata, tapi dengan amalan di bawah:
1. Sentiasa lembapkan kulit
Dalam budaya masyarakat Jepun, air melambangkan kehidupan dan kesucian. Tanpa air, tiadalah hidupan. Sama seperti kulit kita, ia mesti sentiasa dilembapkan supaya masalah kusam dan pigmentasi dapat diatasi. Kulit yang kering biasanya pencetus banyak masalah!
2. Penjagaan wajah tidak seharusnya menyusahkan!
Orang Jepun menyenangi gaya hidup yang ringkas dan bersih. HADA LABO juga mengekalkan sifat ini dalam regim penjagaan kulit. Tak perlu bersusah-payah dengan macam-macam langkah, cukup saja Mencuci, Mengoles losyen dan Melembap kulit setiap hari.
3. Pilih ramuan selamat
Demi kesihatan, amalkanlah kehidupan hijau dan bebas bahan toksik. Orang Jepun juga fokus untuk kehidupan yang minimalis dengan mengurangkan pembaziran. Kerana itulah HADA LABO tidak mengandungi bahan perengsa seperti pewarna atau pewangi tiruan, alkohol, minyak mineral, paraben dan MIT.
4. Tetapkan standard dalam penjagaan diri
Masyarakat Jepun mengamalkan budaya mengutamakan kebersihan, rajin bekerja, menepati waktu, berbudi bahasa dan berintegriti dalam kehidupan seharian. Begitu juga soal kecantikan. Mereka memberi perhatian kepada sekecil-kecil details dan menetapkan standard yang tinggi pada setiap peringkat. Itulah sebabnya HADA LABO Premium Whitening hanya diperkaya dengan bahan lembapan dan pencerahan yang bermutu tinggi.
Antara masalah kecantikan wanita Malaysia yang sering menghantui fikiran adalah kulit kusam dan tidak bermaya. Ramai yang terpaksa menempel concealer dan bermekap tebal bagi menyamarkan bintik hitam atau tompok-tompok gelap di permukaan wajah. Sayangnya, ia hanyalah penyelesaian sementara.
Oleh itu sempena musim perayaan akan datang, ayuh mulakan regim penjagaan kulit dengan rangkaian HADA LABO Premium Whitening. Rangkaian ini terbukti efektif untuk mencerahkan, mengatasi kulit kusam, bintik hitam dan rona kulit tak sekata.
Ia mengandungi bahan Asid Hyaluronik berkualiti tinggi (dalam ratio emas) untuk melembap setiap lapisan kulit sementara Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C untuk kesan pencerahan 3 kali ganda. Dengan amalan konsisten, wajah yang diidam-idamkan pasti terserlah menjelang hari raya nanti.
Nak miliki kulit cerah dan segar bermaya bak wanita Jepun, ini langkah-langkahnya…
Langkah 1: HADA LABO Premium Whitening Face Wash
Pencuci wajah ini membantu melembapkan kulit, mengatasi kekusaman dan membersih tanpa rasa mengeringkan. Infusi bahan-bahannya berkesan untuk meresap jauh ke dasar kulit dan menyerlahkan kulit yang ketara lebih lembut berseri-seri.
Langkah 2: HADA LABO Premium Whitening Lotion
Oles losyen HADA LABO sebagai langkah pertama selepas cucian wajah dan sebelum melembapkan kulit setiap hari. Di Jepun, kebanyakan wanita tidak lagi mempraktikkan pemakaian toner sebaliknya bertukar kepada losyen.
Fungsi losyen bukan sahaja mengecilkan pori-pori, malah melembap dan meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit yang seterusnya. Kulit yang mendapat lembapan secukupnya membantu sel-sel menyerap esen atau krim yang dipakai dengan lebih baik.
Formula terbaharu HADA LABO menggabungkan Triple Whitening dengan bahan lembapan untuk melembap secara mendalam dan mengimbangi semula tona kulit agar kompleksi wajah lebih berseri-seri. Ia juga mengimbangi pH kulit, bebas pewangi tiruan, pewarna tiruan, alkohol dan minyak mineral.
Formula Triple Whitening terdiri daripada Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C amat membantu menyerikan kulit kusam dan menyekatakan tona kulit. Sementara bahan lembapan terdiri 2 jenis Asid Hyaluronik yang mampu meresap ke dasar kulit untuk mengukuhkan rintangan lembapan sel.
* 87% mengakui kulit menjadi semakin cerah dan berseri. * 95% mengakui bintik gelap berkurangan dan kesan jerawat semakin cerah dalam tempoh 14 hari. * Berdasarkan penyelidikan ke atas 150 wanita Malaysia (23 November 2021 hingga 9 Januari 2022)
Langkah 3: HADA LABO Premium Whitening Water Gel
Pelembap bertekstur gel ini bukan saja mudah meresap, malah menyegar dan melembutkan kulit tanpa rasa lekit. Ia diperkaya dengan formula Triple Brightening, Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C untuk menyerlahkan semula kulit kusam, mengatasi bintik gelap dan menyekatakan tona kulit.
Kandungan Asid Hyaluronik memberikan lembapan lebih mendalam dan berpanjangan. Ia juga mengandungi ekstrak botani untuk mengawal lebihan sebum serta menghaluskan pori-pori.
Masih belum terlewat untuk memulakan regim penjagaan wajah yang tepat untuk menyerlahkan keserian kulit. Untuk informasi lanjut, layari website HADA LABO (klik sini) atau Facebook MY Hada Labo (klik sini).
#HLRayaGlow #Samasamaseri #HadaLaboMalaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melirik kepada susuk tubuhnya yang tinggi lampai, ramping serta memiliki senyuman menawan saling tak tumpah seperti ibunya, Puan Sri Normala Samsudin. Dr Ruhila Roslan memiliki pakej lengkap bukan sekadar cantik dan bijak, malah gadis berusia 28 tahun ini punya kerjaya hebat iaitu sebagai seorang doktor gigi.
Seperti mana gadis lain, Dr Ruhila turut mempunyai impian perkahwinannya yang tersendiri. Bergelar anak kepada figura terkenal sudah tentu ramai yang beranggapan majlis perkahwinannya itu nanti akan kelihatan hebat dan mewah.
Namun apa yang dikongsi oleh Dr Ruhila ini membuatkan kita akan lebih terpegun dengan sikapnya yang suka merendah diri sekaligus menyangkal tanggapan awal tadi.
“Semestinya saya mengimpikan rumahtangga dan keluarga yang bahagia. Perancangan awal saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun. Namun segalanya berbalik kepada jodoh dan rezeki.
Diharapkan ‘si dia’ yang bakal menjadi suami saya kelak seorang yang setia, memahami, menyayangi keluarga, bertanggungjawab dan mempunyai matlamat untuk berjaya bersama-sama.
Walaupun nanti apabila sudah berkahwin saya mempunyai kehidupan sendiri namun saya tetap mahu berada dekat dengan keluarga. Mereka sentiasa menjadi keutamaan saya.
Bercakap tentang majlis perkahwinan impian, saya sukakan yang ringkas. Saya meminati tema garden wedding yang menyerlahkan elemen nature. Majlis pula tidak perlu terlalu gah kerana yang penting buat mana yang perlu sahaja.
Saya bukannya mahu mengejar gelaran ‘Wedding of The Year’ kerana yang penting perkahwinan itu diberkati dan tak membazir.
IBU SUMBER KEKUATAN
Mama seorang wanita yang kuat. Saya banyak belajar daripada pengalaman Mama termasuk mengambil semangat dan kekuatan yang ada dalam dirinya. Kadangkala terdetik juga di hati saya, adakah saya sekuat Mama?
Banyak nasihat diberikan oleh Mama agar saya menjadi seorang yang kuat terutama apabila menjadi seorang isteri dan ibu kelak.
Susah nak lihat Mama marah atau sedih kerana beliau sentiasa nampak gembira dan bahagia. Saya percaya itu juga salah satu rahsia awet muda Mama selain gemar aktiviti-aktiviti lasak seperti hiking dan traveling. Mama juga gemar bersenam dan berkebun.
Saya dan Mama memang rapat. Kalau duduk berdua tu selalunya kami suka berkongsi cerita dan masalah antaranya perihal kerja saya. Alhamdulillah Mama seorang pendengar yang baik. Mama juga sangat menitikberatkan soal agama. Mama sering berpesan kepada anak-anaknya sentiasa menjaga diri, maruah dan pertuturan.
Selain itu, Mama sering mengingatkan saya agar menjaga kesihatan contohnya mengambil vitamin C dan minum air putih secukupnya. Untuk menjadi seorang yang berjaya pentingnya mempunyai tahap kesihatan yang baik.
RAHSIA LANGSING
“Saya tidaklah terlau terikat dengan amalan diet sebab saya jenis yang suka makan. Berat badan pun mudah turun dan naik. Apa yang saya lakukan ialah apabila mula terasa berat badan bertambah saya akan mula kawal makan termasuk bersenam secara teratur dan berjoging.
Kalau berat badan naik selalunya saya akan mudah rasa letih terutama ketika bekerja. Apa yang penting jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. Saya juga penggemar sayur-sayuran dan buah-buahan yang dapat membantu mengurangkan rasa lapar.
IMPIAN
Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi iaitu menjadi pakar dalam bidang pergigian.
Mudah mudahan impian saya ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. Bukan hanya untuk memenuhi impian diri sendiri malah untuk membuatkan Mama bangga dengan saya,” akhirinya.
Kredit Foto: IG @ruhilaroslan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.