Malam jumaat lepas, berlangsungnya majlis resepsi pelawak dan juruhebah radio Shuib bersama pilihan hati Watiey Hanafiah yang berlangsung dengan cukup ‘happening’ sekali.
Selain kemeriahan majlis persandingan kedua-dua mempelai, ia turut digamatkan dengan kehadiran ramai para rakan selebriti yang dijemput khas berkongsi kegembiraan hari bahagia pasangan pengantin.
Turut mencuri tumpuan ialah kehadian bintang ternama seperti Fasha Sandha dan juga Nora Danish di mana rata-rata warga maya kagum dengan jalinan kemesraan kedua-dua bintang hebat tanahair itu yang dilihat cukup mesra sekali.
Ads
Berkongsi video kemesraan oleh Fasha di akaun Instagramnya, netizan mengagumi sikap dua selebriti itu apatah lagi mengetahui sejarah perhubungan kedua-dua mereka yang mengahwini lelaki yang sama iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Tambah mengujakan, Jejai juga sempat meninggalkan komen tanda sokongan kepada kedua-dua wanita tersebut yang juga bekas isterinya.
Ads
Selain itu, kejelitaan Fasha dan Nora juga turut diperkatakan apabila ramai warga maya mengagumi bagaimana kedua-dua figura ini kekal anggun seakan anak dara.
Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016 dan memiliki 2 orang cahaya mata, manakala Nora dan Jejai pula mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008 dan memiliki seorang anak.
Bukan mudah untuk memastikan akar budaya terus tersemai indah di hati dan sanubari setiap warganya. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti jemu.
Penyanyi popular, Noraniza Idris mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka hujung minggu lalu.
Melalui hantarannya di Instagram, persembahan Noraniza yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia disertai 565 penari terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Noraniza, 54, berkata, dia lega dan usahanya itu diharapkan dapat menjadi panduan buat generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional.
“Syukur, saya sangat teruja dan terkesima, seronok sangat. Ia tak sama kita menang anugerah, kita dapat pengiktirafan MBOR seolah-olah kita melahirkan sesuatu yang baharu buat generasi pelapis. Jadi, bila mereka hadir untuk mengikuti program ini kita berjaya dan satu kepuasan buat saya.
“Acara ini menjadi hari bersejarah juga buat saya terutama bila dapat membawakan lagu Irama Malaysia dalam sebuah persembahan tradisional asas yang terdiri daripada peserta yang ‘zero’, tak tahu apa-apa dalam seni dan budaya.
“Kita ajar dalam tempoh lapan hari. Kalau nak ikutkan, memang tak menjadi tapi saat akhir dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) dan sekolah antarabangsa memberi kerjasama tinggi untuk menjayakan program ini,” katanya.
Tambah Noraniza lagi, dia hampir putus asa apabila berdepan pelbagai cabaran menjelang hari acara diadakan.
“Memang kalau ikutkan hampir nak gugur jantung, sedih, macam-macam cabaran dan dugaan. Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran kita berjaya selesaikan pengiktirafan kali ini,” katanya.
Pada acara itu, peserta menari asas tradisional mengiringi persembahan Noraniza menerusi lagu baharunya Ala Ewa-Ewa duet bersama Hazama serta dua lagu lain iaitu Intan Payung dan Dikir Puteri selama tujuh minit.
Acara itu dianjurkan bersama Malaysia International Tourism Development Associasion (MiTDA) dan Persatuan Tatihseni Malaysia bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.
Semoga usaha yang berterusan oleh selebriti yang amat mengagumi budaya ini dapat diteruskan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Kredit: Hmetro.com.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seiring memenuhi gaya hidup aktif, sihat dan moden BeauSiti dan WonderLab kini hadir dengan dua produk terbaru, Beautéssence dan BeauNest. Bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga kesihatan. Beautéssence merupakan produk minuman botani manakala Beaunest merupakan minuman kesihatan sarang burung dengan kandungan madu, delima dan kurma.
BeauSiti dilancarkan pada September 2019 dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita iaitu Beautéssence. BeauSiti diinspirasikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mahu berkongsi rahsia kecantikan luaran dan dalamannya dengan seluruh wanita. BeauSiti adalah pemakanan yang ideal untuk pengurusan kesihatan dan kecantikan.
Beautéssence kini tampil dengan pek baru iaitu berbentuk sachet dan kotak bersaiz kecil. Mudah dibawa ke mana sahaja dan ditambah baik dari segi formulasi. Bahan utama Beautéssence ialah Cerepron-F dari Jepun yang membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah dalam tempoh 60 hari sahaja.
BeauNest pula rangkaian produk terbaru kedua iaitu minuman kesihatan berasaskan sarang burung asli tanpa gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan. Telah digandakan khasiatnya dengan makanan sunnah seperti madu, buah delima dan kurma.
Kedua-dua produk menggunakan teknologi terkini dan mempunyai rasa lebih segar. BeauSiti x WonderLab Beautéssence berharga RM125.00 sekotak, manakala BeauSiti x WonderLab Beaunest berharga RM75.00 sekotak.
Produk minuman Botani BeauSiti x WonderLab Beautéssence dan Beaunest kini boleh dibeli dengan 2 cara iaitu SitiZen (ejen BeauSiti) dan Wonder Star (ejen WonderLab).
KOLABORASI BEAUSITI x WONDERLAB
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International), Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, kolaborasi bersama BeauSiti selaras dengan misi WonderLab.
CUCKOO International memberi tumpuan kepada gabungan kesihatan dan kesejahteraan rutin penjagaan kecantikan harian demi mengubah gaya hidup seseorang untuk menjadi lebih baik. Kerjasama dengan BeauSiti juga merupakan lanjutan kerjasama bersama DS Siti Nurhaliza sebagai duta CUCKOO.
Lebih RM1 juta dilaburkan dalam media seterusnya bakal memberi impak positif kepada lebih 30 juta orang melalui papan iklan, KOL media sosial dan platform sosial hiburan. Kesedaran jenama juga akan dipertingkatkan dengan bantuan duta baru yang juga pelakon dan penyanyi, Nabila Razali.
“Kolaborasi dan pelancaran produk ini amat bermakna. Ini hanyalah permulaan bagi kami untuk membolehkan lebih ramai mendapat gaya hidup yang lebih sihat. Kami akan terus berkerjasama dengan WonderLab bagi melancarkan lebih banyak lagi produk kesihatan dan kecantikan kelak,” kongsi DS Siti Nurhaliza.
Selaras dengan usaha bagi meluaskan lagi jenama dan pasukan, BeauSiti mengalu-alukan individu berbakat untuk menyertai pasukan sebagai Sitizen dengan BeauSiti, atau Wonder Star dengan WonderLab untuk berkongsi rahsia kecantikan luaran dan dalaman.
Kredit Foto: BeauSiti
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Norma baharu kehidupan kini turut mengubah banyak perkara termasuk majlis penganugerahan. Teruja tengok Susan Lankester unboxing anugerah yang telah dimenanginya baru-baru ini.
Momen manis dalah hidup pelakon ini tercipta pada tanggal 3 Disember lalu apabila dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021(AACA 2021) di Singapura yang dianjurkan secara virtual.
Rupa-rupanya trofi miliknya baharu sahaja sampai ke tangannya dan dihantar melalui sistem perkhidmatan pos. Tengok sendiri bagaimana terujanya Susan Lankester membuka anugerah miliknya itu. Kita turut teruja tengok Susan Lankester membuka bungkusan tersebut.
Tahniah! Susan Lankester atas penganugerahan tersebut dan telah berjaya menewaskan calon lain di rantau Asia Pasifik seperti Australia, New Zealand, Kemboja, China, Hong Kong, India, Jepun, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Kejayaan Susan adalah menerusi persembahan komedi cemerlangnya di dalam siri Keluarga Baha Don musim ke-2 yang ditayangkan di platform penstriman Viu.
Susan Lankester juga pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 (1994) menerusi filem Femina. Walaupun jarang muncul di media massa namun Susan Lankaster masih aktif meneruskan kegiatan seninya.
Sehingga kini dialog “Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan? menerusi filem pertamanya, Mekanik begitu benar-benar melekat dengan wanita berdarah kacukan Inggeris-Cina ini.
Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan oleh Othman Hafsham pada tahun 1983 ini telah mempopularkannya.
Selain aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater wanita yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album yang bertajuk Takdir dan popular dengan lagu Antara Dua Zaman. Susan Lankester juga pernah berduet Allahyarham Tan Sri SM Salim menerusi lagu Dilema.
Terdahulu, pereka fesyen Melinda Looi telah memilih Susan Lankester untuk menggayakan rekaannya untuk koleksi Cruise 2021. Susan Lankester nampak menonjol walaupun digandingkan dengan wanita lain yang jauh lebih muda darinya. Agaknya apa lah rahsia kecantikan yang diamalkan oleh wanita yang arif dalam hiasan dalaman dan lanskap ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!