Avokado pastinya merupakan sejenis buah yang tidak asing lagi bagi kita. Berkulit hijau pekat dengan isi yang masak ranum cukup mengujakan. Tahukah anda bahawa avokado merupakan sejenis buah yang cukup unik?

IKLAN

Salah satu keunikan yang dimiliki oleh avokado ialah mempunyai pelbagai nama mengikut panggilan sesebuah tempat contohnya di Indonesia yang digelar sebagai alpukat.

Kini, avokado tumbuh melata di seluruh dunia. Namun di Malaysia, manfaat avokado masih lagi tidak digunakan secara meluas. Mungkin kerana ramai yang tidak begitu mengetahui tentang khasiatnya berbanding buah-buahan import yang lain.

Tinggi Kandungan Serat

Di sebalik bentuk fizikalnya yang menggerutu itu, sebenarnya tersembunyi seribu satu khasiat untuk kesihatan. Walau pun rasanya mungkin agak sukar untuk diterima ramai di sini kerana jarang digunakan dalam menu seharian, namun avokado cukup kaya dengan zat-zat yang berguna. Avokado mempunyai banyak khasiat tertentu yang sangat diperlukan oleh tubuh.

Avokado mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niasin dan riboflavin), C dan E di samping kandungan zat galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink. Avokado tidak mengandungi kolesterol serta sodium.

Di samping itu juga, avokado turut mengandungi serat yang tinggi serta menjadi sumber utama bagi asid folik. Asid folik dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung serta barah.

Kehebatan AVOKADO, Sejenis Super Fruit Kaya Vitamin & Bebas Kolesterol Untuk Pencinta Kesihatan. BOLEH KURUS!

Menurunkan Berat Badan

IKLAN

Selain itu, avokado turut memiliki kandungan gula dan garam yang rendah serta kaya dengan kandungan lemak tidak tepu sama seperti buah zaitun dan kacang tanah yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Lemak tidak tepu ini juga dapat membantu mengekalkan berat badan seimbang. Tambahan lagi, avokado juga mengandungi glutathione iaitu bahan antioksidan yang menghalang pelbagai jenis karsinogen di dalam tubuh serta mempunyai potasium yang bermanfaat untuk rawatan artritis serta haemorrhoids.

Kajian yang dilakukan di Pusat Perubatan Wesley Brisbane menunjukkan bahawa pengambilan setengah daripada avokado pada setiap hari dalam tempoh sebulan boleh membantu menurunkan berat badan serta mencapai tahap kolesterol yang rendah.

IKLAN

Sebenarnya, pelbagai resipi boleh dimanfaatkan daripada avokado. Anda harus bijak dan rajin untuk mencuba resipi sihat daripada avokado yang boleh diolah dengan pelbagai cara sama ada secara mentah mahu pun dimasak.

Avokado boleh dijadikan sebagai jus atau salad. Cara penyediaan ini lebih bagus kerana khasiatnya dapat dikekalkan yang baik untuk kesihatan.

Selain dijadikan sebagai jus dan salad, avokado juga enak dijadikan sebagai sandwic atau dimakan bersama sushi lantaran rasanya yang lemak-lemak serta bersari. Salah satu khasiat avokado ialah sesuai dijadikan sebagai makanan bayi kerana isinya yang lembut serta dapat membantu tumbesaran si kecil.

Info Ekstra

  • Sebiji avokado bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 300 kalori dan 88% lemak.
  • Turut mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potassium, niasin dan Vitamin C.
  • Menjadi bahan pelincir untuk bahagian tubuh seperti leher, siku, paha, kaki serta pergelangan tangan.
  • Membantu mencegah risiko serangan jantung.
  • Turut kaya dengan protein dan asid amino yang menggalakkan pertumbuhan tisu baru dalam tubuh.
  • Antara sumber serat yang terbaik.
  • Membantu melindungi tubuh daripada selesema, demam, batuk dan sakit tekak. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI