Waktu subur senang untuk dijangka bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap iaitu antara hari ke-10 hingga hari ke-17 dan terdapat lendir likat yang keluar dari faraj.

Sekiranya haid tidak teratur, biasanya sangat jarang atau tiada ovum (telur) yang dikeluarkan oleh kilang telur dan ini menjadikan wanita itu kurang subur. Wanita tersebut juga susah untuk mengagak waktu subur apabila haid tidak teratur.

IKLAN

Bagi wanita yang mempunyai haid yang berpanjangan, hubungan kelamin menjadi tidak kerap kerana masa haid kering sangat pendek dan pada masa itu juga bukan waktu subur. Masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai fibroid atau polip.

Endometriosis dan PID menyumbang kepada kurang subur kerana kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan keradangan di sekeliling rahim dan tiub fallopio menyebabkan parut dan lekatan (adhesion) sekitar rahim dan tiub fallopio yang menyebabkan rahim terbalik dan tiub tidak normal atau tersumbat.

Keradangan juga menyediakan satu persekitaran tidak sihat untuk pengeluaran telur atau ovum, persenyawaan dan implantasi bagi embrio.

Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal, membuat ujian darah untuk melihat tahap hormon dan membuat scan (selalunya scan dari vagina untuk wanita yang sudah berkahwin untuk melihat dengan jelas kilang telur) sebelum menentukan rawatan yang sesuai.

Rawatan bergantung kepada masalah atau penyakit yang menyebabkan masalah menstruasi. Contohnya sekiranya disahkan menghidap PCOS, perkara pertama yang dinasihatkan ialah menurunkan berat badan untuk wanita yang obes.

Penurunan berat badan dengan kadar minimum sebanyak 15 peratus daripada berat terkini, terbukti secara saintifik boleh memperbetulkan kitaran haid dan meningkatkan kesuburan.

Ubat hormon atau ubat metformin juga selalunya diberi untuk membetulkan kitaran haid dan meningkatkan kesuburan. Bagi wanita yang mempunyai masalah kesuburan, rawatan kesuburan akan dimulakan contohnya memberi ubat subur seperti Clomid.

Kejap-Kejap Panjang, Kejap-Kejap Pendek! Benarkah Masalah HAID TAK TERATUR Boleh Sebabkan Kanser?

Kaitan haid tidak teratur dengan kanser?

IKLAN

Haid tidak teratur boleh menyebabkan kanser rahim terutama bagi wanita yang mempunyai masalah PCOS apabila haid sudah lama tidak datang, dinding rahim menjadi sangat tebal dan ini boleh menyebabkan perubahan sel dinding rahim kepada sel kanser.

Selain itu rawatan kesuburan terutama yang memerlukan rawatan lebih dari setahun untuk wanita yang mempunyai PCOS juga boleh meningkatkan risiko mendapat kanser ovari.

PCOS juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit metabolik (walaupun wanita tersebut tidak obes) iaitu gabungan 3 penyakit kronik kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Obesiti yang merupakan satu komplikasi kepada masalah gangguan hormon terutama PCOS dan masalah Tiroid kurang aktif akan meningkatkan risiko untuk wanita mendapat beberapa jenis kanser seperti kanser buah dada, kanser pangkal rahim, kanser rahim dan kanser ovari.

IKLAN

Wanita yang obes juga terdedah kepada risiko mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Masalah PID yang juga boleh disebabkan oleh kuman penyakit kelamin (Human Papilloma Virus atau HPV) boleh menyebabkan kanser pangkal rahim.

Langkah pencegahan haid tidak teratur?

  • Mengelakkan berlaku obesiti dengan pemakanan yang seimbang dan senaman.
  • Mengurangkan berat badan kepada berat badan yang ideal terutama untuk wanita obes.
  • Mengurangkan stres dengan mengikut program-program relaksasi, keagamaan atau berjumpa pakar psikologi untuk nasihat dan rawatan.
  • Memastikan mendapat rawatan pakar untuk penyakit-penyakit kronik contohnya kencing manis, jantung atau darah tinggi.
  • Menjauhi hubungan seks bebas, bertukar-tukar pasangan seks dan seks di luar tabii.

Xtra!

Masalah senggugut boleh disebabkan oleh endometriosis atau radang pelvik (Pelvic Inflammatory Disease atau PID). Endometriosis adalah satu keadaan yang boleh memberi masalah kepada rahim dan ovari.

Ia boleh menyebabkan sista ovari, rahim bengkak, rahim terbalik, tiub fallopio tidak normal atau tersumbat. Antara simptom endometriosis selain menstruasi tidak teratur, banyak atau berpanjangan, sakit perut yang kronik, sakit semasa hubungan kelamin dan kurang subur.

Masalah PID boleh mengganggu menstruasi kerana radang kepada rahim atau sekitar rahim dan perlekatan (adhesions) pada organ peranakan. PID boleh disebabkan oleh hubungan seks rambang atau diluar tabii. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI