Kehadiran 31 Ogos setiap tahun dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia kerana menyambut ulang tahun kemerdekaan. Rupanya 31 Ogos juga memberi seribu makna buat isteri kepada Ratu Jordan ini kerana menyambut ulang tahun kelahirannya. Berkongsi tarikh istimewa dengan rakyat Malaysia rupanya.
Kejelitaan Queen Rania Al Abdullah bukan sahaja dikagumi oleh rakyat Jordan sahaja. Malah bila sebut sahaja nama isteri King Abdullah II ini sudah terbayang penampilan yang anggun dan sedap mata memandang. Mempunyai keperibadian yang tinggi, kejelitaan Queen Rania telah mencuri perhatian seluruh pelusuk dunia.
Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51, kerabat diraja Jordan telah berkongsi potret terbaharunya yang begitu cantik dan glamor serta dijadikan sebagai gambar profile semua akaun media sosial Ratu Jordan ini. Ini termasuk akaun Facebook, Instagram dan Twitter milik peribadinya. Cantik bukan?
Ratu Rania memperoleh ijazah perniagaan dari American University of Cairo ini merupakan isteri kesayangan Raja Abdullah II. Setelah 27 tahun hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri, Raja dan Ratu Jordan ini telah dikurniakan 4 orang cahayamata. Bahagia dengan kehadiran 2 orang putera dan 2 orang puteri iaitu Putera Mahkota Hussein, Puteri Salma, Puteri Iman dan Putera Hashem.
Setiap kali muncul di majlis pasti penampilan Ratu Jordan ini menjadi bahan bualan. Namun, sifat lemah-lembut yang dipamerkan lantas sering bermesra dengan rakyat jelata ini menjadikannya wanita ini inspirasi dunia.
Tidak hairan bila Ratu Rania pernah dikurniakan Anugerah Personaliti Berpengaruh di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Selepas menjadi Ratu Jordan, Rania aktif menjadi duta untuk banyak pusat kebajikan dan menjadikan perkara ini sebagai salah satu agenda utamanya sebagai seorang permaisuri.
Ratu Rania sentiasa tampil cantik dan anggun mengenakan pilihan busananya. Citarasa fesyennya yang tinggi dan menarik menjadikan beliau kerap dipaparkan di dalam majalah fesyen Amerika.