Semalam berlangsungnya majlis anugerah gilang gemilang, Anugerah Industri Muzik (AIM-23) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Acara ini yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashari dan juga Azad Jasmin, ternyata cukup meriah dengan kehadiran ramai selebriti terkemuka.
Selain dari pemenang yang diraikan, penampilan para artis yang hadir memeriahkan acara turut mencuri perhatian, dan antara yang paling ‘stand-out’ di mata kami, tidak lain tidak bukan Aina Abdul. Yang pasti semua mata tertarik dengan penampilan Aina ketika membuat persembahan pembukaan di anugerah tersebut. Aina tampil membuat persembahan bersama-sama dengan dua lagi penyanyi hebat – Nikki Palikat dan Marsha.
Ads
Kelihatan Aina Abdul menggayakan persalinan berona putih dengan perincian hiasan jemeki kristal dan lengan mega berteman pelepah ostrich mewah hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Ramai yang mengagumi penampilan Aina persis bidadari kayangan yang turun ke muka bumi.
Ads
“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM. Thank you to my glam team yang siapkan Aina malam ni (11/9). I love every bit of this look. And to my sound team yang memudahkan perjalanan nyanyian Aina,” jelas Aina dalam satu hantaran di Instagramnya.
Ads
Rata-rata ramai yang memuji gaya yang dipilih Aina ketika malam AIM tersebut. “Kemas dan elegan” sebut salah seorang peminat beliau. “Inilah gaya Aina Abdul yang kami mahukan”, “macam bidadari” dan “this is unreal”, adalah antara komen dan pujian yang ditinggalkan.
Kredit Foto: Instagram (@ainaabdul)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
28 Mac lepas, genap 51 tahun usia Datin Seri Maria Farida. Meskipun pada pertemuan sesi penggambaran wajah penghias Majalah Nona Mac tahun lalu beliau agak segan untuk berkongsi usia sebenar namun kerana enggan menyembunyikan hakikat tersebut daripada pengetahuan para peminat, aktres jelita ini akhirnya akur. Mengakui mula merasai perubahan diri yang dialaminya saat ini, Datin Seri Maria bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.
Kagum dengan susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan dek usia, persoalan tentang amalan petua sihat dan cantik lantas diajukan kepada beliau. Tenang menjawab pertanyaan berkenaan, isteri Datuk Seri Rahman ini sambil tersenyum membuka bicara.
“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang. Nak kata saya rajin workout pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.
Di samping suami tercinta
https://www.instagram.com/p/B-n7FOYHtt0/
Pelik juga macam mana Datin Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau sudah mencecah umur 51 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi pelakon Anak Mami Nasi Kandaq ini.
“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.
Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan. Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.
Datin Seri Maria Farida bersyukur kerana mewarisi gen cantik dari ibunya
Bersama anak lelaki yang kini belajar di Perth
Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Dalam kesibukkan mengurus perniagaan kosmetik miliknya, Datin Maria Farida berkata, “MF Cosmetique ini all in one. Ada eye shadow, blusher, lipstick, eyeliner, eye brow, highlighter… hanya dalam satu palet. Dunia perniagaan ini memang mencabar. Ada masa kita di atas dan kadang kala di bawah.
Jadi cabaran yang terpaksa saya lalui sekarang adalah untuk mendapatkan lebih ramai agen dan stokis memandangkan produk saya ini masih baru di pasaran. Bukan mudah hendak bahagikan masa di antara kerjaya usahawan dan aktres. Tapi alhamdulillah, ramai yang menyokong dan membantu.”
Salah seorang anak Datin Seri Maria iaitu Mizan Ashley kini melanjutkan pelajaran di Perth, Australia. Walau anak-anak sudah meningkat usia, namun kejelitaan Datin Seri Maria Farida masih cantik seperti zaman anak dara dan tak makan dek usia.
Foto: Instagram Datin Maria Farida
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan yang juga merupakan isteri kepada pelakon Zain Saidin. Baru-baru ini, dia telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 dengan bertemakan rona emas.
Rozita Che Wan atau lebih mesra digelar Che Ta ini sememangnya seorang personaliti yang handal melaram malah sentiasa tampil glamor dari hujung kaki sehingga hujung kepala ini. Walaupun sudah lanjut usia, Rozita Che sentiasa cantik dan bergaya persis anak dara.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Rozita binti Abu Bakar menyambut hari kelahiran pada 9 Mac di mana Che Ta dilahirkan pada 1973 dan kini usianya mencecah 50 tahun ini.
Meskipun telah mencecah usia setengah abad, Che Ta dilihat tampil anggun dan jelita dalam persalinan emas yang dikongsikan. Malah, Che Ta turut menulis kapsyen ‘Old is gold’, merujuk kepada usianya ketika ini.
Ruang komen Che Ta juga turut dipenuhi dengan ucapan selamat ulang tahun dari rakan artis dan juga para peminatnya. Rata-rata komen turut memuji penampilan Che ta yang kelihatan awet muda dan langsung tidak dimamah usia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wajah jelita ini masih menjadi perhatian peminat seni tanah air walaupun kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai yang kurang menyedari kehadirannya. Namun, namanya masih kekal relevan sehingga sekarang walaupun kali terakhir wanita kacukan Melayu-Inggeris ini dapat dilihat melalui filem Chermin pada tahun 2006.
Foto: Instagram @deannayusoff_official
Melihat wajahnya melalui platform media sosial milik peribadinya tidak sangka wanita Deanna Yusoff sudah menginjak ke usia 54 tahun. Namun begitu wanita yang mempunyai ketinggian 170cm ini juga telah berkongsi rahsia kejelitaannya melalui akaun Instagram miliknya. Menurut selebriti cantik ini, sejak berpindah ke Switzerland ketika usianya 12 tahun beliau sudah mula menjaga kecantikan kulit.
Walaupun ketika itu perubahan cuaca yang menyebabkan kulitnya menjadi kering tetapi rutin penjagaan wajah telah sebati dengan dirinya bermula dari detik itu. Apabila usia semakin remaja, Deanna mula menambah rutin penjagaan kulitnya dengan pembersih wajah dan penyegar. Patutlah kulitnya kelihatan sangat berseri walaupun sudah memasuki usia 50an. Tengok semua gambarnya pun tak gunakan filter tau!
Wanita yang masih single ini juga rupanya dalam diam telah memformulasikan produk penjagaan kulit yang digelar Edel Botanica. Sebelum ini Deanna menjalankan perniagaan coklat premiun dari Switzerland, Grandjean.
Deanna Yusoff pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10. Selain itu pelakon filem Selubong ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Deanna juga pernah menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan dua buah album, Divide and Continue dan Fix.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.