Terpegun tengok bilik tidur Areesya Malaykha… anak perempuan comel kepada Azrinaz Mazhar Hakim dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid. Walaupun sekadar melihat dekorasi indah kamar nurseri Areesya melalui Instagram Azrinaz, namun sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja yang menonton video tersebut rasa tenang dan ceria. Pemilihan rona merah jambu yang menata ruang kamar ini cukup jelas mencerminkan identiti seorang bayi perempuan yang sinonim dengan kelembutan.

Dilahirkan pada pertengahan September 2019 pada pukul 10.20 pagi dan seberat 2.75 kilogram, kehadiran Areesya Malaykha nyata menyerikan lagi rumahtangga Azrinaz dan suami tercinta. Berkongsi momen terindah selepas kembali bergelar ibu, bekas pengacara televisyen ini menjelaskan dia dan suami sangat teruja dengan amanah yang dikurniakan Allah SWT ini.

IKLAN

Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM! Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM!

Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM!

Tambah Azrinaz lagi, proses kelahiran kali ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Kali terakhir Azrinaz melahirkan anak adalah pada 11 tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel 13 tahun dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berusia 11 tahun.

Genap seminggu dilahirkan, Azrinaz dan suami sepakat mengumumkan nama anak mereka iaitu Areesya Malaykha selepas bayi perempuan comel tersebut selesai bertahnik. Upacara tahnik disempurnakan Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin dan dibantu Ustaz Mohd Hafeez di kediaman mereka.

Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM!

Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM!

Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM!

Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM!
Wajah terkini Areesya Malaykha

Menurut Azrinaz, nama Areesya dalam Bahasa Arab membawa maksud tinggi dan kuat. Manakala Malaykha pula bermakna bidadari atau malaikat.

IKLAN

Selain leka melihat kecomelan wajah Areesya Malaykha dan perkongsian positif Azrinaz, dekorasi bilik nurseri anak kecil berkenaan turut menarik perhatian ramai. Difahamkan, sebelum Areesya Malaykha lahir lagi, Azrinaz dan Fairos banyak meluangkan masa di dalam bilik tersebut. Patutlah kemas, cantik dan teratur saja… mesti kedua-duanya terlalu asyik menghiasi ruang indah puteri kesayangan mereka ini.

Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM!

IKLAN

Mengintai hiasan bilik nurseri Areesya Malaykha kelihatan dinding kamar dihias dengan wallpaper bertemakan alam semula jadi. Di satu sudut pula menempatkan bingkai gambar Azrinaz ketika hamil di samping suami tercinta. Selain baby cot, ruang bilik ini juga memiliki sudut untuk menyusu, menukar lampin dan terdapat almari perhiasan yang diserikan dengan patung mainan serta aksesori comel. Walau baru lahir namun segala keperluan dan baju Areesya Malaykha sudah siap tersusun kemas!

Harapan Nona, semoga Areesya Malaykha membesar dengan sihat, berjaya menjadi anak solehah dan membanggakan kedua-dua ibu bapa. Buat Azrinaz dan Fairos, moga mampu menjadi contoh terbaik kepada ibu bapa lain dan tidak lelah mendidik serta mengasuh cahaya mata mereka ini ke jalan yang diredai dan diberkati Allah SWT.

Kemas & Mewah Bilik Nurseri AREESYA MALAYKHA, Cahaya Mata AZRINAZ MAZHAR HAKIM!
Di majlis akikah & cukur jambul Areesya Malaykha

 

Kredit foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI