Sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-30, Melly Goeslaw dan suami Kembali mengenang detik keramat mereka itu dengan satu majlis istimewa.
Detik nostalgia itu berlangsung di Bandung baru-baru ini.
Tak ada apa yang lebih menggembirakan seorang wanita apabila solekan pada wajah tak perlu di touch-up berkali-kali. Apa yang perlu anda lakukan?
Cukupkan vitamin untuk kulit wajah
Sebelum mula bersolek, lihat terlebih dahulu kondisi kulit anda. Wajah yang berseri bukan hanya terletak pada warna solekan tetapi kesegaran kulit sebelum di solek. Gunakan produk penjagaan kulit yang benar-benar sesuai dengan kulit anda.
Jangan lupa untuk mengamalkan rejimen kecantikan lengkap seperti skrub, eksfoliasi, penyegar dan pelembap supaya permukaan wajah bersedia untuk ‘diwarnakan’ umpama sekeping kanvas! Paling penting, solekan juga tahan lebih lama.
Guna primer
Jangan lupa untuk menggunakan primer sebelum menyolek wajah. Primer digunakan untuk mengunci kelembapan dan menjadikan kulit lebih halus. Selepas menggunakan krim pelembap, sapukan primer untuk mengelakkan solekan diserap ke dalam kulit, membiarkannya tahan lebih lama.
Jika anda bimbang solekan mata menjadi comot, pilih primer mata yang sesuai agar sapuan pembayang mata lebih sekata dan kekal lama.
Bedak asas
Sentiasa memilih bedak asas bebas minyak dengan formulasi tahan lebih lama supaya kompleksi wajah anda kekal sepanjang hari. Dengan menggunakan beauty blender, sapu lapisan bedak asas nipis pada wajah. Sedikit concealer pula boleh menyembunyikan cela.
Pastikan anda memilih bedak asas dengan pilihan warna yang sesuai dengan kulit wajah. Anda tentu tidak mahu dilihat umpama memakai topeng ketika bertemu rakan-rakan!
Solekan nipis
2019 bukan lagi mengenai solekan dengan warna bold dan terlalu menonjol. Solekan no-makeup-look adalah pilihan terbaik supaya anda nampak lebih natural dan berseri. Ada juga juru solek terkenal mencadangkan agar menggunakan concealer sahaja.
Maskara dan penggaris mata
Untuk memastikan solekan mata tidak comot, gunakan maskara dan penggaris mata kalis air agar ia tahan lebih lama.
Translucent powder
Jangan lupa menggunakan translucent powder atau setting powder untuk mendapatkan efek matte, menyerap lebihan minyak yang tertinggal pada wajah dan memastikan seolak anda tahan lebih lama. Selepas selesai bersolek, gunakan berus bedak debu secara ringan pada wajah.
Malah, anda juga boleh tab sedikit translucent powder pada bibir di antara gincu untuk menampakkan bibir lebih mungil.
Jangan sentuh solekan akhir
Proses terakhir untuk memastikan solekan anda kekal lama adalah dengan translucentpowder. Selepas itu, pastikan anda tidak menyentuh wajah kecuali atas sebab-sebab tertentu agar solekan tidak comot dan menghalang sentuhan bakteria pada kulit.
Sekiranya berpeluh, hanya tab tisu kering secara perlahan, cukup sekadar untuk menyerap air peluh sahaja.
Dah lama simpan angan-angan menjadi makeup artist? Jemput datang ke ujibakat program realiti digital pertama Fabulous MUA Nona x FCC pada 14 & 15 September ini. Jumpa di sana!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita yang tersenyum meleret di penghujung Ramadan ini kerana rata-rata berat badan dah menyusut. Beli baju time hujung-hujung puasa ni seronok jer sebab dah KURUS. Tapi masuk raya ketiga, baju dah mula sendat dan mula lah salah fabrik baju atau salah kan diri sendiri sebab salah pilih saiz. Mana tak nya sebab macam-macam dah masuk ke dalam perut, rendang, ketupat, lemang, lodeh, nasi tomato dan sebagainya. Makan macam balas dendam sebulan berpuasa.
Jadi, untuk mengelakkan masalah baju raya sendat, ketat dan tetas setiap wanita perlu menjaga makan walaupun tergoda dengan juadah hari raya yang begitu istimewa. Berdiet bererti mengehadkan jumlah pengambilan sesuatu jenis makanan tertentu mengikut keperluan tubuh tanpa menjejaskan kesihatan diri. Ia memang berkesan membantu mengurangkan berat badan tetapi jika tidak dilakukan dengan betul, ia hanya akan membawa kemudaratan kepada tubuh.
Diet yang salah apabila anda mengambil makanan lebih sedikit kalori daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Wanita dewasa memerlukan 1600 – 2000kcal kalori sehari manakala bagi lelaki pula, mereka memerlukan lebih kurang 2000 – 2500kcal kalori sehari. Semakin aktif diri anda bermakna semakin banyak kalori yang diperlukan oleh tubuh. Tetapi, setiap 8000kcal lebihan kalori yang terkumpul dalam badan anda sebenarnya akan menaikkan berat badan sebanyak 1 kilogram.
Apabila berdiet anda langsung tidak mengambil makanan berlemak? Kecur liur melihat makanan yang berasaskan santan yang dijamu ketika berkunjung di pagi raya? Anda sebenarnya salah jika langsung tidak menjamah makanan yang berlemak. Makanan berlemak ini sebenarnya salah satu elemen penting dalam kalori yang diperlukan oleh tubuh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghindarkan lemak yang jahat. Lemak perlu dalam pengambilan makanan tetapi biar rendah lemak.
Tubuh kita memerlukan 50 gram lemak setiap hari. Tidak semua lemak itu jahat kerana terdapat juga lemak yang baik serta diperlukan oleh tubuh untuk meningkatkan tenaga. Lemak akan menjaga otot-otot di dalam tubuh kita agar tetap licin. Anda seharusnya memilih lemak baik yang banyak diperoleh daripada sumber kekacang dan minyak zaitun.
Pernah kah anda mendengar teman menyatakan dia sedang berdiet protein atau berdiet karbohidrat? Amalan menghindar kelompok makanan tertentu membuatkan anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Amalan makan buah-buahan atau sayur-sayuran semata-mata membuatkan tubuh kekurangan vitamin atau mineral diperoleh daripada komponen makanan yang diperlukan oleh tubuh.
Hakikat sebenarnya sewaktu menjalankan program diet, tubuh kita memerlukan keseimbangan antara makanan yang masuk ke dalam tubuh dengan nutrisi untuk menjaga agar tubuh tetap sihat dan cergas. Tubuh memerlukan air yang banyak, beberapa vitamin penting, karbohidrat, sedikit lemak, mineral, serat dan oksigen. Apa yang penting, anda perlu memastikan agar program diet banyak menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ini akan membantu tubuh anda membangunkan sistem imun.
Jika anda sudah membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan berdiet maka sebak-baiknya dapatkan nasihat doktor yang bertauliah serta pakar tentang pemakanan dan penurunan berat. Jika anda mempunyai sebarang penyakit berterus-terang dengan mereka. Pakar ini dapat menjelaskan tentang kandungan nutrisi yang sebenar yang perlu diambil.
Kita boleh mengehadkan makanan yang masuk ke dalam tubuh tetapi, lagi disekat makanan lebih pula cepat terasa lapar. Jadi, apabila berbuka puasa makan dalam jumlah yang sedikit dahulu. Jangan pula makan semua yang ada di atas meja. Kemudian baru mengambil makanan yang berat sedikit. Biar jumlahnya sedikit tetapi kerap. Jika terasa lapar semula baru tambah pemakanan anda. Makan mengikut perlu bukan nafsu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kerajaan telah mengumumkan untuk tangguh perakuan MS SIRIM pada pelitup muka yang dijadual berkuat kuasa pada 4 Julai.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan bermula 1 Januari tahun depan.
Walaupun kerajaan sudah mengumumkan penangguhan tangguh perakuan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan ini namun kita semua mahu menjalani kehidupan normal kembali. Oleh itu usah leka dan pastikan SOP sentiasa dipatuhi bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Pemakaian pelitup muka kadang-kadang boleh membuat kulit muka berjerawat. Jadi jika jerawat sudah mula terjadi rawat kulit dengan sempurna.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah hentikan penggunaan ‘makeup’.
Jika menggunakan pelitup muka pakai buang (disposable mask), sesuai namanya hanya untuk digunakan dalam jangka waktu yang singkat dan ditukar dengan kerap.
Berikan waktu rehat untuk kulit anda dari pelitup wajah selama paling kurang 15 minit setiap 4 jam penggunaan pelitup wajah, ini berdasarkan perkongsian daripada American Acedemy of Dermatology (AAD).
Pelitup wajah seharusnya ditukar jika sudah lembap atau kotor.
Jika anda merupakan tenaga kesihatan yang menggunakan pelitup wajah jenis N95, pastikan anda menggunakan strip silikon gel pada kawasan kulit yang bersentuhan rapat dengan pelitup wajah untuk mengurangkan gesekan dan iritasi.
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.