Ingat bagaimana anda pertama kali jatuh cinta? Ya, saya percaya peringkat pertama melibatkan sesi perkenalan di antara satu sama lain. Apabila masing-masing merasakan keserasian sudah bertakhta di hati, maka perhubungan itu menjadi semakin indah dan seterusnya berjaya.

Ads

Begitulah juga halnya dengan alam pekerjaan. Saling tidak tumpah dengan alam percintaan.

Peringkat pertama melibatkan keseronokan di mana satu jam pertama boleh berpanjangan menjadi bertahun lamanya jika anda sudah jatuh cinta pada kerja.

Tanya pada hati, “Mungkin kerjaya sekarang menjanjikan bayaran berganda berbanding kerja terdahulu ditambah pula pelanggan yang mudah diurus.”

Keseronokan bekerja di organisasi baru membuatkan anda mempunyai semangat tinggi jika anda sudah serasi dengan pengurusan dan budaya kerjanya.

Seterusnya, peringkat kedua melibatkan kenyataan yang mungkin anda sukar untuk diterima.

Anda masih menyukai skop kerja yang diberikan, namun anda sudah mula mengenalpasti sedikit sebanyak kesukaran dalam melaksanakannya. Antaranya:

  • Deadlines mula mengerikan hidup anda!
  • Kesukaran untuk tiba ke tempat kerja awal.
  • Bebanan kerja bertambah.

Masalah yang mula timbul seterusnya membawa anda ke peringkat ketiga iaitu kekecewaan!

Ads

Kesulitan sudah mula menjadi realiti, minat dan fokus mula menjadi terpesong. Perasaan bercelaru terhadap masalah yang sedang dihadapi membuatkan persoalan ‘mungkin’ tiba-tiba menjengah fikiran anda.“Mungkin saya akan mendapat gaji lebih di organisasi X dan bebanan kerja tidak berat?”

  1. “Mungkin saya gembira dengan tanggungjawab yang diberikan di organisasi Y?”
  2. “Mungkin organisasi Z membenarkan saya datang lewat kerja dan balik kerja awal,”
  3. Dalam karier yang sedang anda bina, amat penting untuk mencari jalan keluar agar kerjaya senantiasa meningkat dan bukannya terpaksa bermula dengan pekerjaan baru sahaja.

Anda perlu bekerja keras untuk membangkitkan kegembiraan yang merupakan kepentingan dalam memuaskan semangat bekerja. Semarakkan perasaan seronok pada saat anda mula-mula melangkah ke organisasi sekarang.

Tetapi harus diingat bahawa anda perlu ada senarai semak mengapa hendak melakukan perubahan terhadap bidang kerja. Pastikan perubahan yang bakal dihadapi mampu menjadikan anda seronok bekerja dan boleh diguna pakai untuk rutin harian anda.

Ads
  • Sarapan yang berkhasiat memberi and lebih tenaga untuk mengharungi beban kerja seharian.
  • Berpakaian cantik dan menarik seperti mana anda masuk kerja pada hari pertama.
  • Mulakan hari-hari anda dengan berbicara mengenai perkara positif dengan rakan kerja mempunyai niat yang sama. Sekali sekala bangun pagi awal, jemput rakan sekerja untuk bersarapan bersama-sama nescaya hubungan sesama pejabat semakin rapat.
  • Datang ke pejabat awal sebelum rakan sepejabat lain menyusul tiba. Manjakan diri anda dengan secawan kopi bagi pembuka selera di pagi hari sebelum menyemak peti e-mel.

Jika ada masa terluang selepas waktu pejabat, senaraikan apa yang telah anda pelajari, perkara yang menyeronokkan semasa bekerja dan teman sekerja yang sporting.

Jangan hanya bekerja ala kadar sahaja semata-mata untuk mendapatkan gaji bulanan. Berniat sedemikian menyebabkan anda akan bergelar sebagai pekerja untuk jangka masa pendek!

Belajarlah mencintai kerjaya anda sekarang. Semai minat dan komitmen dalam melaksanakan tugasan yang telah digariskan semasa hari pertama anda melapor sebagai pekerja baru.

Percayalah tugas yang disertakan ‘cinta’ yang mendalam pasti membuahkan pulangan untuk pencapaian serta kedudukan anda di dalam organisasi. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI