Meraikan kempen Fall 2017, jenama perhiasan kemas Tiffany & Co menerusi Ketua Pegawai Artistik, Reed Krakoff memperkenalkan rekaan ‘There’s Only One’, iaitu himpunan yang mengangkat kuasa individual setiap manusia.
Menariknya, enam personaliti dari disiplin yang berbeza dipilih untuk merealisasikan visi ini iaitu Elle Fanning, David Hallberg, Zoe Kravitz, Janelle Monae, Cameron Russell serta Annie Clark.
Lihatlah sendiri foto kempen yang dirakam oleh jurufoto terkemuka Inez & Vinoodh ini, tiap satunya dalam stail tersendiri bersama perhiasan ikonik Tiffany. Memang unik! #theresonlyone
Ads
Ads
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut sememangnya menjadi rahsia yang hanya diketahui olehNya. Hari ini, personaliti media sosial, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli kehilangan ibunya apabila wanita itu menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari pada jam 6.45 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dan Shila, menerusi akaun Instagram masing-masing.
Sebelum ini, media melaporkan baik Shila mahupun Ubai memasang impian agar ibu Ubai, Rohani Jamal dapat menyaksikan majlis pernikahan personaliti media sosial tersebut dengan penyanyi, Shila Amzah.
“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ini untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesanan mak. Ubai tak pernah lupa.
“Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-adik semua,” coretnya.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan kini sedang dalam persiapan akhir untuk majlis penyatuan mereka sebagai suami isteri yang sah. Malah kedua-duanya memberi bayangan majlis bakal berlangsung dalam tempoh seminggu dua ini berdasarkan bayangan yang diberikan oleh penyanyi berusia 32 tahun itu.
Terdahulu Ubai memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal terpaksa ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Isnin lalu. Ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi. Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan malam ini di Petaling Jaya. Al Fatihah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia usia 69 tahun. Takziah diucapkan kepada pelakon popular tersebut atas perkhabaran ibunda tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 4 Disember 2024. Berita sedih tersebut dikongsikan Zarina di media sosial.
Menerusi perkongsian selebriti berkenaan, kali terakhir dia berhubung dengan ibu tersayang sekitar jam dua pagi melalui aplikasi Whatsapp. Ujar Zarina, waktu itu dia baru selesai menjalani penggambaran.
Difahamkan ibu Zarina Zainuddin iaitu Zahura Abdul Mutalib ketika itu baru bangun dari tidur dan mahu makan nasi dengan sambal ikan bilis. Ternyata, ia adalah juadah terakhir ibu Zarina Zainuddin.
Jenazah diurus dan dikebumikan di Ipoh, Perak. Zarina turut akui terkesan dengan pemergian ibu tersayang memandangkan dia sudah lama tidak berhubung dengan arwah.
Dedah Zarina, “Lama juga saya tak bercakap dengan mak saya gara-gara kecil hati dengan dia. Baru-baru ini sewaktu saya tidur saya dengar suara suami saya bercakap. Saya ingat saya mimpi tapi bila saya pusing saya tengok dia tengah bercakap dengan saya. Suami saya kata jangan keraskan hati dengan mak.
Macam mana sekalipun itu mak Ina, abang dah tak ada mak. Terus saya mesej mak saya minta maaf. Saya sempat jumpa arwah minggu lepas masa saya pergi Taiping. Balik dari Taiping saya singgah rumah mak, dia masakkan sambal telur.
Saya cakap jomlah pergi Kuala Lumpur dia cakap dia tak nak sebab papa pun tak berapa sihat. Senang mak saya pergi. Ya Allah ampunkan dosa-dosa mak aku rahmatilah dia tempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kali terakhir mak mesej saya malam tadi masa saya balik shooting.”
Allahyarham Zahura Abdul Mutalib dilahirkan pada 28 Mei 1955 dan meninggal dunia pada 4 Disember 2024.
Nona mendoakan agar Zarina reda dan tabah dengan berita pemergian ibu tersayang serta terus kuat mendepani hari-hari mendatang.
Semoga roh Allahyarham Zahura dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Sejak mendirikan rumah tangga, tak dinafikan populariti Datin Atikah Suhaime kian melonjak naik dan meraih perhatian khususnya di media sosial. Apatah lagi apabila dia sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan bergelar Datuk.
Walau berstatus VIP namun keperibadian wanita cantik ini dipuji kerana mesra melayan peminat dan merendah diri.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Datin Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime berkata dia rasa agak janggal membawa gelaran Datin dan mengagumi sikap keluarga mentua yang ‘humble’ meskipun berpangkat dan berjaya mengusahakan empayar jenama Zaitun.
Lapan bulan melayari alam rumah tangga bersama anak pengasas produk Zaitun, kehidupan bintang filem Pencuri Hati Mr Cinderella ini pastinya lebih bermakna apabila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung.
Ini selepas perkongsian Datin Atikah yang sedang bercuti di Phuket, Thailand ketika ini menampakkan perubahan fizikal dirinya. Sebelum ini, mula timbul desas-desus mengenai berita kehamilan figura ini.
Lebih menguatkan dakwaan tersebut apabila suami kesayangan mengucup perut isteri tercinta dalam video berkenaan.
Pun begitu, sampai sekarang tiada pengumuman rasmi dibuat empunya badan mahupun Datuk Lokman. Namun ruangan komen di media sosial selebriti ini dibanjiri dengan ucapan tahniah.
Ogos lalu, personaliti ini memuat naik gambar di samping suami tercinta dan sempat berseloroh tentang perubahan diri. “Guys, nak check. Betul ke lama-lama muka kita akan sama macam muka suami? Makin lama kita tengok muka kita makin bulat-bulat macam suami kita. Ke ini petanda I kena start diet?”
Datin Atikah genap meniti usia 33 tahun pada 15 Mac lepas. Sejak berkahwin, selain aktif mempromosikan produk Zaitun, dia juga gemar berkongsi video masakan dengan followers kesayangan.
Sekaligus menyerlahkan sisi peribadi aktres cantik ini yang suka memasak dan berjiwa sederhana.
Selebriti kelahiran Singapura ini melangsungkan pernikahan dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari 2024.
Semoga rumah tangga pasangan romantis ini kekal bahagia dan selamat melahirkan cahaya mata kesayangan sebagai penyeri kehidupan.
Rita Rudaini & Fazura cetus semangat kepada ramai wanita apabila muncul bersama dalam Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 di MITEC, simbol ketabahan dan inspirasi wanita Malaysia.