Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk sudah beberapa kali menyerang. Mula-mula makan pil tahan sakit hilang sekejap rasa sakit. Tapi lama-kelamaan rasa sakit sudah tidak dapat dibendung lagi.

Sakit bahagian belakang datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit. Adakah ini tanda-tanda awal penyakit batu karang?

IKLAN

Lelaki dikatakan lebih berisiko mempunyai masalah batu karang kerana jumlah otot yang lebih besar berbanding wanita. Saluran urin lelaki yang kompleks juga dikatakan punca batu karang lebih senang menyerang lelaki.

Masalah batu karang ini kerap menyerang lelaki kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat. Gaya hidup yang diamalkan tanpa disedari mengganggu sistem buah pinggang mereka.

Pemakanan yang tidak seimbang sehingga berat badan berlebihan menjadi punca utama penyakit ini. Sikap sukar minum air kosong bagi lelaki sehingga menyebabkan penghidratan pada tubuh. Ditambah pula kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat memburukkan lagi keadaan.

Kenapa Lelaki Paling Senang Hidap PENYAKIT BATU KARANG? Ini Jawapannya

Apakah sakit buah pinggang?

Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat dan berlebihan akan menjadi keras umpama batu. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendapan mineral dalam air kencing. Batu ini boleh membesar dan menyekat pengaliran air kencing sehingga menyebabkan jangkitan.

Tanda-tanda

  • Air kencing mengeluarkan darah.
  • Air kencing akan menjadi keruh dan berbau busuk.
  • Sering berasa mual dan muntah.
  • Sentiasa terasa hendak kencing.
  • Demam dan menggigil jika berlaku sebarang jangkitan.

Jenis Batu Karang

(a) Batu kalsium

Jenis paling lazim. Batu kalsium membabitkan dua bahan iaitu kalsium dan oksalat.

(b) Batu struvite

Disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

(c) Batu asid urik

Batu ini terbentuk daripada asid urik iaitu hasil sampingan daripada metabolisme protein.

(d) Batu sistein

IKLAN

Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Kenapa Lelaki Paling Senang Hidap PENYAKIT BATU KARANG? Ini Jawapannya

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jika anda sering mengalami sakit di bawah abdomen adalah disarankan untuk menjalani ujian bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Malah jika terdapat ahli keluarga yang mengidap penyakit ini lebih baik melakukan pemeriksaan awal. Melalui ujian tersebut, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan. Pengesanan di peringkat awal boleh diselamatkan dengan rawatan segera.

Jika individu mengalami gejala yang disebutkan di atas, penyakit ini disahkan dengan menggunakan kaedah berikut:

Ujian darah

IKLAN

Ujian darah seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.

X-ray perut

10 peratus batu hempedu adalah radiolegap yang boleh dilihat di sinaran x. Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.

Ultrabunyi

Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.

Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan

Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.

Endoskopi songsang cholangio-pancreatography atau ERCP

Ini adalah satu prosedur endoskopik dengan penggunaan tambahan fluoroscopy atau media kontras disuntik melalui duktus hempedu dan imej adalah digambarkan oleh X-Ray. Peranannya sebagai alat diagnostik telah berkurangan dengan adanya bukan invasif teknik pengimejan. Usa semasa ERCP adalah terutamanya terapeutik untuk membuang batu di duktus hempedu. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI