“Kenapa nak pakai macam ‘New Yorker’ sedangkan kita patut bangga dengan pakaian tradisional kita (kebaya). Kita patut berbangga dengan budaya dan batik Malaysia.

IKLAN

“Jadi saya memilih kebaya untuk travelog saya kali ini. Mesti cantik bila jalan terkedek-kedek dekat Times Square nanti,” itu antara ungkapan Abil atau Nabila Huda menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

“Kenapa Nak Pakai Macam ‘New Yorker’ Sedangkan Kita Patut Bangga Dengan Pakaian Tradisional. NABILA HUDA Bawa 30 Pasang Kebaya Ke New York!

Nabila Huda atau mesra disapa Abil turut memuat naik foto dirinya mengenakan kebaya nyonya  bergambar di New York City, United States Of America. Abil mengenakan sepasang kebaya nyonya lengkap dengan aksesori rona jingga yang menawan!

Nampaknya pelakon yang juga anak kepada penyanyi Rock Amy Search ini ingin memartabatkan budaya Malaysia ke mata dunia. Malah Abil  sanggup membawa sehingga 30 pasang kebaya pelbagai warna untuk digayakan sepanjang dua bulan berada di New York, Amerika Syarikat.

Nabila atau mesra disapa Abil, 39, berhasrat untuk menggayakan pakaian tradisional itu sepanjang berada di AS kerana bangga dapat mempromosikan budaya tanah air ke luar negara. Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Abil berkongsi baju-baju kebaya yang dibawanya dari Malaysia mendapat tajaan Royal Kebaya.

“Kenapa Nak Pakai Macam ‘New Yorker’ Sedangkan Kita Patut Bangga Dengan Pakaian Tradisional. NABILA HUDA Bawa 30 Pasang Kebaya Ke New York!

Kenapa nak pakai macam new yorker sedangkan kite patut bangga dengan pakaian traditional kite!! We should proud of our culture,our batik..So abil pilih kebaya untuk my travelouge kali ni..Comfirmed stunning nanti bila terkedek-kedek kat time square tu nanti kan!- NABILA HUDA.

Selain kebaya, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) itu juga membawa bersama aksesori dan kasut untuk dipadankan dengan busana tradisional itu nanti.

“30 hari, 30 kebaya. Saya siap bawa sebakul aksesori untuk dipadankan dengan kebaya. Terima kasih untuk penaja. Saya akan jaga elok-elok. Janji,” katanya melalui hantaran di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Kenapa Nak Pakai Macam ‘New Yorker’ Sedangkan Kita Patut Bangga Dengan Pakaian Tradisional. NABILA HUDA Bawa 30 Pasang Kebaya Ke New York!

Difahamkan Abil akan berada selama dua bulan di New York, Amerika Syarikat kerana terbabit dalam sebuah penggambaran program masakan. Abil turut memuat naik tanda pagar #masaksanasininewyork.

“Kenapa Nak Pakai Macam ‘New Yorker’ Sedangkan Kita Patut Bangga Dengan Pakaian Tradisional. NABILA HUDA Bawa 30 Pasang Kebaya Ke New York!

IKLAN

 

Terbang ke New York dalam suasana musim perayaan, Abil turut berkesempatan
memasak hidangan kuah lodeh ketika dijemput ke kediaman diplomat Malaysia yang berada di New York bersempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kenapa Nak Pakai Macam ‘New Yorker’ Sedangkan Kita Patut Bangga Dengan Pakaian Tradisional. NABILA HUDA Bawa 30 Pasang Kebaya Ke New York!

Tahun ini, Abil dan keluarga meraikan kedatangan Ramadan di Singapura bersama keluarga mentuanya sebelum meraikan Aidilfitri bersama keluarga bapanya di Kuala Lumpur. Tak sabar admin nak lihat aksi Abil mengenakan kebaya dan berjalan-jalan di lokasi tumpuan pelancong seperti Times Square, New York!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI