Kerap diserang sakit kepala, keletihan, kulit kering dan bermasalah, perut kembung serta sakit sendi adalah signal awal yang dikirimkan oleh tubuh untuk menyatakan kandungan toksik di dalam badan sudah mencapai tahap berlebihan dan memerlukan pembersihan segera atau detoksifikasi.

Ads

Mungkin ramai yang tidak sedar, udara yang dihirup setiap hari juga boleh memberi kesan kepada tubuh. Sekaligus membuktikan bahawa kita tidak selamanya dapat menghindari toksik memasuki ke dalam tubuh. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai tabiat tidak sihat seperti merokok atau mengambil minuman beralkohol.

Proses penyingkiran bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh terjadi melalui sistem detoks manusia iaitu hati, usus dan ginjal. Berpuasa merupakan antara salah satu proses detoks semulajadi.

Signifikan kepada detoks ini adalah untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan lancar selain menjadikan kulit dan tubuh tampak segar bermaya. Antara cara terbaik untuk melakukan detoks boleh dilakukan dengan menikmati air detoks atau infused water.

Kenapa Perlu Beli AIR BUAH-BUAHAN Kalau Boleh Buat Saja DI RUMAH? Menyihatkan & Ada Manfaat Detoks Juga

Cara Penyediaan

Antara sayur-sayuran yang paling penting untuk proses detoks adalah seleri, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan yang baik untuk menghasilkan air detoks adalah buah-buahan sitrus seperti limau nipis, lemon, nenas, epal hijau, oren dan pear.

Anda juga boleh menggunakan apa sahaja jenis buah-buahan yang digemari termasuk tembikai, timun atau strawberi. Tambahkan daun pudina di dalam minuman untuk rasa yang lebih segar dan nyaman.

(a) Langkah 1

Ads

Hiris nipis buah-buahan pilihan anda. Ambil sekurang-kurangnya dua jenis buah. Kemudian, masukkan hirisan buah tersebut ke dalam botol atau balang mason.

(b) Langkah 2

Tuangkan air putih atau air sejuk sebanyak 1 liter atau memenuhi bekas minuman. Jika perlu, masukkan beberapa ketulan ais di dalamnya.

Ads

(c) Langkah 3

Apabila semua bahan sudah dimasukkan ke dalam bekas, tutup dan simpan di dalam peti ais semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam sebelum ia diminum. Biarkan khasiat buah meresap dalam minuman tersebut.

Pelbagaikan rasa dan khasiat air detoks dengan menggunakan ramuan buah-buahan, sayuran, herba mahupun rempah ratus seperti halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Lazimnya, air detoks mampu bertahan selama seminggu tetapi untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digynakan adalah lebih baik ia diminum dalam masa 3 hari. Ia bagi mengelak buah-buahan, sayuran atau herba yang direndam menjadi terlalu lembik dan berubah warna.

Nikmati minuman detoks pada awal pagi sebelum menjamah makanan. Air berkhasiat yang memasuki tubuh pada awal hari ini berupaya menyekat dan melindungi sistem badan daripada kotoran dan bahan toksik. Jadi, pastikan anda bersedia untuk kerap ke tandas kerana air detoks melancarkan sistem perkumuhan untuk menyingkirkan bahan buangan dengan cepat dan berkesan. Suziana Abu Daud

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI