
Mana mungkin penggemar hidangan piza mampu menolak keenakan Motorino yang didatangkan khas ke Resorts World Genting ini. Kepingan piza rangup dengan taburan aneka jenis keju dan adunan sos lazat serta ramuan berkualiti di dalamnya menyerlahkan cita rasa sebenar piza Itali. Bahkan, piza yang berasal dari Brooklyn dan East Village ini pernah diiktiraf sebagai restoran piza Itali Neapolitan terbaik di New York.
Mula beroperasi di pusat beli-belah SkyAvenue pada Disember tahun lalu, Motorino menjadi tarikan terbaru di Resorts World Genting kerana merupakan satu-satunya restoran piza ikonik pertama di Malaysia selepas berjaya menembusi pasaran New York, membuka dua cawangan di Hong Kong dan Manila serta satu di Singapura.

Uniknya, rangkaian restoran yang dimiliki dan dikendalikan lelaki kelahiran Belgium-Itali iaitu Cef Mathieu Palombino ini adalah penghasilan piza Neapolitan yang dimasak dalam ketuhar kayu yang diimport dari Itali.
Melangkah masuk ke Motorino di SkyAvenue, ruang makan seluas 4, 000 kaki persegi dengan bahagian hadapan bangunan memaparkan rekaan tingkap gaya Itali berbingkai emas membuatkan para pengunjung seolah-olah berada di restoran Itali sebenar.
Malah, restoran francais di Malaysiajuga merupakan yang terbesar setakat ini jika dibandingkan dengan beberapa cawangan lain seperti di Hong Kong dan Singapura!
Paling mencuri tumpuan tatkala menjamu selera di sini adalah kewujudan dua ketuhar piza yang dibawa masuk dari Naples, Itali semata-mata demi menerbitkan esensi The Motorino. Begitu juga penyodok piza berbentuk dayung yang diperbuat daripada sekeping kayu dan ditempah khas untuk menghasilkan piza ala Itali.

Di Motorino SkyAvenue, pelanggan tidak sekadar berpeluang menikmati hidangan piza terkenal ini malah disajikan dengan keseluruhan proses pembuatan piza Motorino. Terdapat lebih daripada 20 pilihan inti yang boleh ditambah ke dalam piza. Ini termasuk ramuan kubis Brussel, dua jenis ikan bilis, arugula segar, keju mozarela, keju fior de latte iaitu mozarela segar yang diperbuat dengan susu lembu, ayam belanda, pepperoni dan kepah.
Harga piza yang ditawarkan bermula dengan harga RM45 hingga RM67 sekeping. Selain itu, terdapat sajian pencuci mulut seperti tiramisu, kek coklat dan gelato.
Jika anda ke Genting Highlands usah lepaskan peluang ke Motorino yang terletak di aras 1, SkyAvenue yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari Ahad hingga Khamis dan 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!






Restoran Casa De Madani yang terletak di Malakat Mall Cyberjaya merupakan restoran fine dining pertama yang diiktiraf halal di Malaysia yang menyajikan sajian bertaraf dunia yang unik dan membawakan konsep Eropah moden dengan citarasa Asia! Selaras dengan konsep Eropah moden yang cuba ditampilkan, segala aspek diberi perhatian khusus antaranya termasuklah membawa sepasukan chef hebat sebagai sebahagian daripada jenama Casa De Madani.Salah seorang chef yang menjadi ‘tulang belakang’ Casa De Madani ialah Chef Mohd Azizan Shukri yang berperanan sebagai Master Chef Casa De Madani yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia masakan.
Chef Mohd Azizan merupakan seorang pakar dalam bidang masakan Eropah moden dan telah mendapat pengiktirafan dari beberapa negara antaranya termasuklah Turki, Cyprus, Jerman dan Bulgaria. Chef Mohd Azizan juga bertindak sebagai Pengarah Kulinari di Malakat Mall. Beliau sememangnya mempunyai reputasi terbaik dalam bidang kulinari di mana beliau merupakan antara 500 ranking chef terbaik di dunia! Selain itu, beliau dibantu oleh Chef Mohd Shahrul Nizam selaku Eksekutif Chef Kumpulan Malakat Mall.
Casa De Madani tampil dengan konsep Eropah moden menyediakan sajian yang berkualiti tinggi, halal dan menepati konsep syariah compliance tanpa penggunaan alkohol di dalam setiap hidangannya. Casa De Madani telah membuka pintu restoran secara rasmi pada 15 Ogos lalu di mana para tetamu jemputan berpeluang mencuba set menu yang istimewa antaranya termasuklah Melon and Crumble Feta Cheese Charcoal Tuiles and Mint Mill untuk pembuka selera, Roasted Thyme of Pumpkin Soup, Crouton Burn, Emulsion Foam Cappucino untuk hidangan sup. Manakala dua pilihan hidangan utama disediakan untuk dipilih oleh para jemputan iaitu Lobster Thermido with Spaghetti Aglio Olio Extra Virgin Olive Oil and Crispy Garlic atau Rack of Lamb with Mint Capers Finishing Cream and Herb Overnight Egg Plant.

Lebih istimewa, setiap makanan yang dihidangkan di Casa De Madani menggunakan barangan segar dari seluruh dunia antaranya termasuklah daging Wagyu A5 (gred tertinggi dalam keluarga daging Wagyu) dan udang kara dari tiga buah negara pengeluar udang kara terkenal di dunia. Penulis amat tertarik dengan konsep hidangan tailor made di mana para pelanggan boleh minta apa sahaja yang tiada di dalam menu! Hebat bukan! Mungkin ada di antara para pelanggan yang mempunyai citarasa berbeza boleh menguji kreativiti chef menghasilkan hidangan gastronomi yang hebat dan menyelerakan.
Kebiasaannya, menikmati hidangan di restoran fine dining sememangnya terikat dengan protokol pemakaian formal bersesuaian dengan peraturan yang telah ditetapkan. Etika berpakaian di Casa De Madani setaraf dengan restoran dan hotel mewah bertaraf lima bintang. Malah, kakitangan Casa De Madani juga bukan calang-calang pengalaman dalam bidang F&B apatah lagi kebanyakannya merupakan bekas kakitangan syarikat penerbangan yang sememangnya pakar dalam bidang hospitaliti.








