Tersohor dengan berlian 88-carat potongan brilliant yang dihasilkan daripada sebutir berlian hitam misteri seberat 200-carat, jenama yang juga dikenali sebagai La Maison Korloff menampilkan pelbagai koleksi mewah yang boleh didapati secara eksklusif di HABIB KLCC.

Tidak hanya menawarkan barangan kemas yang memukau, malah seleksi jam tangan lelaki dan wanita, wangian mewah serta aksesori fesyen seperti pen dan cufflinks turut ditawarkan bagi memenuhi gaya masyarakat moden hari ini.

IKLAN

Keindahan Barangan Kemas Eksklusif KORLOFF PARIS Serlah Jiwa Wanita Moden & Sofistikated

 

Keindahan Barangan Kemas Eksklusif KORLOFF PARIS Serlah Jiwa Wanita Moden & Sofistikated

 

Keindahan Barangan Kemas Eksklusif KORLOFF PARIS Serlah Jiwa Wanita Moden & Sofistikated
KORLOFF Paris kini secara eksklusif di bilik pameran HABIB di KLCC

 

KERJASAMA

Turut hadir pada pelancaran tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib, ditemani Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin, Ketua Pegawai Eksekutif KORLOFF Paris, En Bassam Azakir serta Pengarah Urusan Asia-Pasifik KORLOFF Paris, En Chris Neff. Kehadiran para tetamu VIP, rakan-rakan media dan selebriti turut memeriahkan majlis.

Tetamu-tetamu dihidangkan dengan pengalaman yang berbeza sebaik sahaja melangkah masuk di Galeri HABIB.

Penerapan elemen hitam yang elegan di segenap sudut menggambarkan asal usul misteri, Berlian Hitam KORLOFF. Pertunjukan fesyen yang memukau, menampilkan koleksi KORLOFF yang pelbagai turut menjadi tumpuan pada pelancaran tersebut dan gaya disempurnakan oleh Afiq M, pereka fesyen terkenal di Malaysia.

IKLAN

Keindahan Barangan Kemas Eksklusif KORLOFF PARIS Serlah Jiwa Wanita Moden & Sofistikated

 

Keindahan Barangan Kemas Eksklusif KORLOFF PARIS Serlah Jiwa Wanita Moden & Sofistikated

 

IKLAN

Keindahan Barangan Kemas Eksklusif KORLOFF PARIS Serlah Jiwa Wanita Moden & Sofistikated

 

Sebutir berlian seberat 88-carat yang dipersembahkan merupakan acara kemuncak pada pelancaran ini. KORLOFF Noir yang berwarna hitam dan jarang ditemui, menjadikannya salah satu berlian paling berharga di dunia.

Antara koleksi barangan kemas eksklusif yang dipamerkan merupakan koleksi Divine Nature dan Poetic Garden. Koleksi-koleksi lain seperti Eclat, Saint Petersbourg, Korlove, Let Me Out, Jolie Poupee, Volte Face dan Envolee Poetique juga boleh didapati pada pelancaran tersebut.

Selain itu, koleksi jam tangan eksklusif KORLOFF antaranya Opera, K88, Jardin Des Tuileries, Luna, Versailles dan So French juga menjadi kegemaran.

Koleksi wangian mewah dengan aroma yang mempesonakan turut ditawarkan seperti Rose Oud, Iris Dore, Ecore D’Argent daripada koleksi wangian Mémoire dan koleksi wangian K88 iaitu Korloff In White, Miss Korloff dan Royal Oud, juga terdapat untuk golongan lelaki dan wanita.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI