Pelakon terkenal, Nabila Huda menitipkan rasa cintanya kepada suami tersayang, Mohd Izwan Johar sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke tujuh tahun. 

IKLAN

“Kesabaran Awak Terlalu Hebat Melayan Saya”- Rai Usia Tujuh Tahun Perkahwinan, NABILA HUDA Kongsi Rasa Syukur

Menerusi laman Instagramnya. Nabila, 38, memuat naik sebuah gambar perkahwinannya bersama ucapan khas buat suaminya itu. Dalam hantaran tersebut, pelakon yang pernah membintangi filem Munafik ini meluahkan rasa syukurnya kerana mendapat kekasih hati yang benar-benar memahami dirinya. Akui Nabila, dia yang menyifatkan dirinya seorang yang dramatik, berasa kagum terhadap suaminya kerana bersabar melayan karenahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“Kesabaran Awak Terlalu Hebat Melayan Saya”- Rai Usia Tujuh Tahun Perkahwinan, NABILA HUDA Kongsi Rasa Syukur

Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan karenah isterimu yang dramatik ini. Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan. Terlalu hebat awak ‘handle’ seorang wanita bernama Nabila Huda.

“Kesabaran Awak Terlalu Hebat Melayan Saya”- Rai Usia Tujuh Tahun Perkahwinan, NABILA HUDA Kongsi Rasa Syukur “Kesabaran Awak Terlalu Hebat Melayan Saya”- Rai Usia Tujuh Tahun Perkahwinan, NABILA HUDA Kongsi Rasa Syukur

Tambahnya lagi, disebabkan kesabaran suaminya itu, mahligai cinta yang dibina terus kekal mekar dan kukuh mencecah usia tujuh tahun. 

Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah sembilan tahun kita bersama, tujuh tahun kita sebagai suami isteri. 

“Kesabaran Awak Terlalu Hebat Melayan Saya”- Rai Usia Tujuh Tahun Perkahwinan, NABILA HUDA Kongsi Rasa Syukur

Bagi diri ibu kepada Keisha Laila ini, tiada apa yang lebih bermakna apabila mendapat rasa kasih dan sayang yang secukupnya dari suaminya itu. 

IKLAN

Tiada apa yang saya minta dari awak, cukuplah kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan Keisha macam tuan puteri setiap hari.

Kongsinya lagi, suaminya itu sudah menyempurnakan hidupnya serta anaknya dan menitipkan rasa gundah sekiranya kehilangan suami tercintanya itu.

“Kesabaran Awak Terlalu Hebat Melayan Saya”- Rai Usia Tujuh Tahun Perkahwinan, NABILA HUDA Kongsi Rasa Syukur

IKLAN

Tolong jaga kesihatan awak. Saya risau kehilangan awak dan tidak boleh bayangkan hidup tanpa awak. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya.

Perkongsian yang begitu menyentuh hati itu mendapat lebih 54 ribu tanda suka serta ramai yang mendoakan perkara yang baik-baik kepada pasangan sejoli ini. Antara rakan artis yang turut menghiasi ruangan komen termasuklah Fasha Sandha, Nadia Brian, Fazura, Tomok dan Elly Mazlein.

Terdahulu, pelakon drama Terlerai Nokhtah ini pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, namun mereka bercerai pada tahun 2011 selepas tiga tahun bersama. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila.

Sumber gambar: Instagram Nabila Huda

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI