Khabar angin tentang penyakit yang dihidapi oleh pelakon cantik dan kecil molek, Ardell Aryana terus menjadi tanda tanya apabila beliau masih lagi mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakitnya. Beliau menjadi perhatian pihak netizen sejak mula mengambil keputusan untuk berhijab dan ramai yang suka dengan imej terbarunya itu. Sehingga ada netizen yang cakap “pakai tudung style makcik-makcik pun cantik”.

Kesihatan Semakin Merosot, ARDELL ARYANA Kini Berkerusi Roda & Masih Sembunyi Penyakit

IKLAN

Kemudian, Ardell sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila beliau dikatakan sedang melawan penyakit kanser. Status yang dimuat naik oleh Ardell di laman Instagram juga seolah-olah menggambarkan keadaan dirinya yang sedang berperang melawan keperitan sebuah kenyataan menguatkan lagi spekulasi itu. Siapa sangka, wajah yang sentiasa mengukir senyuman sebenarnya menyimpan seribu kisah duka.

 Kesihatan Semakin Merosot, ARDELL ARYANA Kini Berkerusi Roda & Masih Sembunyi Penyakit

Sekitar bulan lalu heboh di media sosial Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, yang dikatakan menghidap penyakit kanser tahap. Berita ini mula menjadi buah mulut netizen apabila rakan baik Ardell sendiri yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Nadzmi Adhwa memaklumkan perkara tersebut melalui satu status khas di laman Instagram miliknya.

Keakraban Ardell dan Nadzmi dapat dilihat apabila Nadzmi kerap upload gambar dan video tentang aktiviti yang mereka lakukan bersama-sama dan sering memberi kata-kata semangat untuk temannya itu. Dikala saat diuji macam ini lah kehadiran seorang kawan yang ikhlas memberi semangat tanpa rasa jemu diperlukan disisi.

Kesihatan Semakin Merosot, ARDELL ARYANA Kini Berkerusi Roda & Masih Sembunyi Penyakit

Kesihatan Semakin Merosot, ARDELL ARYANA Kini Berkerusi Roda & Masih Sembunyi Penyakit

 

Ketika masih ramai berteka-teki dan tertanya-tanya apakah penyakit sebenar Ardell, baru-baru ini, dia sempat memuat naik satu video yang dituju khas kepada ibunya sempena hari lahir insan tersayangnya itu. Apa yang menarik perhatian Nona, video tersebut menunjukkan dia berkerusi roda sambil disorong oleh ibunya telah menyentuh hati banyak pihak berserta kapsyen ucapan khas kepada ibunya itu,

IKLAN

“Hari ini hari jadi mama saya, terima kasih kerana sabar, untuk doa dan usaha, semoga Allah merahmati mama. Selamat ulang tahun i love you.

“Mama bukan sahaja ibu,tetapi juga kawan baik, hadiah istimewa dari Allah untuk saya sebagai anak. Saya nak mama tahu nama mama sentiasa ada dalam doa saya,” luah Ardell di laman instagramnya.

Kesihatan Semakin Merosot, ARDELL ARYANA Kini Berkerusi Roda & Masih Sembunyi Penyakit

IKLAN

Rata-rata netizen juga masih lagi tertanya-tanya apakah yang sedang dilalui oleh Ardell dan tidak putus-putus mendoakan kesihatan Ardell supaya diberi kesembuhan dengan segera.

Kesihatan Semakin Merosot, ARDELL ARYANA Kini Berkerusi Roda & Masih Sembunyi Penyakit

Kesihatan Semakin Merosot, ARDELL ARYANA Kini Berkerusi Roda & Masih Sembunyi Penyakit

Semoga Ardell terus kuat menghadapi dugaan ini. Tak apa untuk menyerah Ardell, asal kan tidak mengaku kalah.

Sumber: instagram @ardellaryana

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI