Orangnya memang mesra dan sarat dengan kelembutan. Tak dinafikan, Datin Sri Sasha yang juga isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof ini memiliki budi pekerti yang baik. Bukan hanya cantik dari segi paras rupa, bahkan dia seorang wanita yang cukup disenangi.

Meskipun baru mengenali Datin Sri Natasha Rosa namun perwatakan dirinya cukup menyenangkan.

12 Disember 2024 usia perkahwinan pasangan romantis ini menjangkau lima tahun. Sepanjang mendirikan rumah tangga, suri hati pelakon kacak ini bijak menjaga sisi peribadi dan menjaga baik nama suami.

Artikel https://www.nona.my/bekas-pramugari-pernah-jadi-guru-keanggunan-isteri-tyt-sarawak-toh-puan-datuk-patinggi-fauziah-jadi-bualan/

Perkahwinan Bahagia Datin Sri Sasha

Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan! Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan! Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan!

‘Kaya’ dengan senyuman, Datin Sri Sasha yang juga berketurunan Serani ini meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang baik.

Ads

Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, isteri Dato’ Sri Eizlan Yusof berkenaan mendedahkan sisi suami tercinta.

“Abang ni sebenarnya sangat-sangat kelakar. Dekat luar orang tengok dia very friendly, itu memang betul. Tapi yang orang tak tahu, dia punya kelakar tu… kelakar tak ingat dunia.”

Sementara itu ditanya sejak bila mengenali Dato’ Sri Eizlan dan keistimewaan suami di matanya, ini pengakuan Datin Sri Sasha.

Ads

Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan! Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan! Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan!

Sikap Dato’ Sri Eizlan Pikat Hati Datin Sri Sasha

“Kami kenal sejak 2015, kenal sebagai kawan dulu. Saya tertarik sebab abang kelakar, seorang yang baik hati dan senang bercakap dengan dia sebenarnya. Dia seorang listener yang bagus.

Ads

Pastinya kita sebagai pasangan, nak suami yang sanggup mendengar (luahan) baik buruk kita dan dapat share apa yang betul dan tak,” jelasnya.

Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan! Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan! Keturunan Serani & Selesa Tampil Sederhana, Datin Sri Sasha Bahagia Jadi Suri Hati Dato’ Sri Eizlan!

Datin Sri Sasha bergelar isteri kepada Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019.

Sebelum ini, dia pernah bekerja sebagai kakitangan pengurusan hotel bertaraf lima bintang di ibu negara dan dilamar Dato’ Sri Eizlan pada September 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa yang lahir pada 13 April 2020.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads