Berita penularan pandemik COVID-19 ini sudah semakin dekat. Dalam kawasan kejiranan kita sendiri ada beberapa kes yang telah dilaporkan begitu juga rakan-rakan di pejabat. Apatah lagi rakan sekelas anak-anak juga ada berlaku. Ada yang terpaksa dipindahkan ke pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di MAEPS dan tak kurang juga yang melakukan proses kuarantin di rumah sahaja.

IKLAN
Kiri Kanan Ada Kes Positif COVID-19, Lawan Pandemik Ini Dengan Kuatkan Imun Badan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @tiz.zaqyah

Sebagai langkah untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini, kita perlu duduk rumah dan hanya keluar rumah jika perlu sahaja. Itupun perlu mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka dan mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer. Norma baharu ini perlu dijadikan amalan sehingga kita mendapat vaksinasi yang lengkap.

Namun begitu, sebagai salah satu usaha untuk melindungi diri daripada jangkitan pandemik COVID-19 ini dengan menguatkan imun badan. Imun atau sistem kekebalan tubuh adalah jaringan kompleks yang terdiri daripada sel, protein, organ dan zat lainnya yang bertugas untuk melindungi tubuh daripada berbagai penyakit, yang disebabkan oleh virus, bakteria, dan parasit.

Kiri Kanan Ada Kes Positif COVID-19, Lawan Pandemik Ini Dengan Kuatkan Imun Badan 
Gambar hiasan. Foto: Instagram @noradanish

Meningkatkan imun tubuh boleh dilakukan dengan pengambilan nutrisi penting seperti zinc dan vitamin C. Memang tiada bukti saintifik yang mengatakan dua sumber ini dapat mencegah atau marawat COVID-19 tapi boleh dijadikan salah satu ikhtiar untuk mencegah daripada dijangkiti.

Kiri Kanan Ada Kes Positif COVID-19, Lawan Pandemik Ini Dengan Kuatkan Imun Badan 

Minum Air Lemon Panas
Lemon sebenarnya dianggap sebagai superfood dan mengandungi banyak manfaat kesihatan dan juga penggunaan topikal. Bagi mendapatkan manfaat yang optimun lemon perlu diambil dengan menggunakan air panas. Suhu air yang plaing sesuai untuk merendam lemon adalah 60-70 darjah Celsius.

IKLAN

Kiri Kanan Ada Kes Positif COVID-19, Lawan Pandemik Ini Dengan Kuatkan Imun Badan 

Bawang Putih
Bawang putih merupakan salah satu sumber makanan zinc yang terbaik. Kandungan zinc pada bawang putih kira-kira 1.16 mg zink sertiap 50gm. Khasiat yang terkandung dalam bawang putih ini juga mampu membantu melancarkan sistem peredaran darah dalam tubuh. Selain itu kandungan poli sulfida yang terdapat dalam bawang putih membantu melebarkan dan membuka saluran darah supaya tidak mendapat tekanan yang terlalu besar.

IKLAN

Habbatus Sauda
Habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa atau black cumin. Ia merupakan makanan sunnah yang diibaratkan superfood dalam supleman. Habbatus sauda termasuk dalam kelompok makanan yang mampu meningkatkan imun tubuh. Salah satu kandungannya yang sangat berkhasiat adalah thymoquinone.

Kiri Kanan Ada Kes Positif COVID-19, Lawan Pandemik Ini Dengan Kuatkan Imun Badan 

Teh Hijau
Kandungan antioksidan yang tinggi dalam teh hijau dapat membantu tubuh untuk mengeluarkan racun. Polifenol yang ada dalam teh hijau juga mempunyai fungsi dapat membunuh virus dengan baik. Teh hijau juga merupakan pilihan terbaik membantu mengurangkan berat badan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI