Kita mungkin pernah menonton cereka fiksyen sains, kota raya urban lengkap kereta terbang atau kemudahan robotik di depan mata. Seperti di dunia nyata, mudahnya shopping di butik ternama, menonton konsert atau berjumpa sahabat yang berlainan tempat tanpa meninggalkan rumah. Pelik, tapi tak mustahil bukan?

Ruang masa depan secara virtual bukan lagi satu cerita dongeng dan kewujudan metaverse ternyata memberi satu dimensi baharu khususnya kepada pengguna media sosial secara keseluruhan.

IKLAN

Syarikat gergasi media sosial, Facebook yang kini dijenamakan semula sebagai Meta Platforms tampil menyahut cabaran metaverse bagi membolehkan penggunanya terus kekal berhubung, mengembangkan perniagaan serta membina komuniti baharu.

“Kita Bakal Hidup Di Alam Metaverse” Macam Cerita Sci-Fi, Jasad Di Rumah Tapi Fikiran Jauh Di Dunia Maya!
Nicole Tan

 

Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, pemilihan nama Meta dilihat memiliki hubungan yang jelas dengan metaverse sekali gus menggambarkan komitmen untuk membina teknologi sosial menerusi apa yang ditampilkan oleh keterhubungan digital pada hari ini.

“Kami mempunyai nama syarikat yang baharu, namun misi kami tidak berubah. Fokus Meta adalah untuk membantu membina metaverse dan membolehkan orang ramai saling berhubung, mencari komuniti dan mengembangkan perniagaan.

Apabila kita merujuk kepada metaverse, kita sedang bercakap mengenai masa depan bahawa individu merupakan tumpuan utama teknologi. Untuk aplikasi Facebook, fokus kita kekal sama, kita mahu menjadikan aplikasi tersebut sebagai sesuatu yang memberi pengalaman terbaik untuk orang ramai berinteraksi.” Nicole Tan

“Kita Bakal Hidup Di Alam Metaverse” Macam Cerita Sci-Fi, Jasad Di Rumah Tapi Fikiran Jauh Di Dunia Maya!

 

Sebagai rekod, metaverse membawa maksud rangkuman dunia maya dan fizikal yang membolehkan pengguna meneroka ke pelbagai tempat tanpa perlu memikirkan soal jarak serta lokasi.

Seseorang individu boleh bertemu dengan pengguna Internet yang lain meskipun tidak berada di dalam ruang fizikal yang sama.

Metaverse disokong oleh beberapa subset iaitu virtual reality (realiti maya), augmented reality (realiti perantara) dan juga Internet.

“Kumpulan dan komuniti dalam Facebook memainkan peranan penting dalam misi metaverse untuk merasai pengalaman yang menarik.

IKLAN

Apabila kita tidak dapat bersama secara fizikal, metaverse akan membawa kita dengan lebih dekat sekaligus memberikan impak sosial yang positif.”

Dalam pada itu, dari segi perniagaan, menurut Nicole, metaverse bukan sesuatu yang dibangunkan secara segera, namun ia bakal memberi impak ekonomi yang saksama kepada perniagaan tidak kira besar atau kecil.

Katanya, metaverse dari segi Meta akan menjadi peluang terbesar untuk perniagaan moden sejak wujudnya capaian internet.

“Kita Bakal Hidup Di Alam Metaverse” Macam Cerita Sci-Fi, Jasad Di Rumah Tapi Fikiran Jauh Di Dunia Maya!

 

IKLAN

Ia akan membantu mengembangkan perniagaan sama ada di Facebook, Instagram atau Whatsapp.

“Jadi peniaga boleh menggunakan metaverse dengan membina saluran perniagaan baharu melalui Facebook shop atau Instagram shop kerana aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp dan Messenger akan kekal relevan di metaverse pada masa depan.

Sebagai contoh, bayangkan kedai anda di Instagram di dalam ruangan metaverse, peniaga boleh memperlihatkan perniagaan mereka menerusi realiti pengantara dan realiti maya.” Nicole Tan kepada Astro Awani

Menurut Nicole, Meta meletakkan sasaran agar pada masa akan datang, metaverse akan mencecah bilangan satu bilion pengguna selain menjadi platform perdagangan digital dengan transaksi bernilai ratusan bilion dollar.

“Negara juga perlu mengembangkan inovasi teknologi agar ia dapat diketengahkan secara profesional dan terakhir sekali mempertingkatkan kemahiran teknologi.”

Meneruskan kelangsungan hidup dalam norma baharu sejak dunia dilanda pandemik COVID-19 secara tidak langsung memperlihatkan betapa pentingnya peranan teknologi pada hari ini.

Peranan digital semakin penting untuk kelangsungan perniagaan, jadi tidak hairan jika permintaan pekerjaan berkaitan digital meningkat hampir tiga kali ganda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI