Bakal berusia 95 tahun dan berpengalaman sebagai doktor wanita terawal di Malaysia, video hantaran Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali baru sebentar tadi, benar-benar meruntun perasaan rakyat yang mendengar.

Suara yang menyenangkan, tiba-tiba hari ini bertukar sedikit ‘keras’ dan penuh kebimbangan. Begitulah tafsiran penulis yang pernah beberapa kali menemui beliau sendiri untuk temu bual.

IKLAN

“Kita sekarang berada di tahap kritikal…” kata Tun Dr Siti Hasmah melalui video di bawah.

 

Bergetar suara Tun Hasmah, membayangkan betapa pentingnya mesej yang ingin disampaikan kali ini. Dalam nada perlahan, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengambil suntikan vaksin dan menganggap COVID-19 sebagai wabak yang serius.

Dalam satu rakaman video berdurasi 5:09 yang dikongsi melalui Facebook Kelab Che Det, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga berkongsi mesej ini sehari selepas video ‘Mak Teh yang menolak vaksin’ oleh suaminya.

“Saya ingin beri cadangan agar pengambilan vaksin ini diwajibkan oleh pihak kerajaan supaya semua orang dapat divaksin dan kadar imuniti kelompok dapat dicapai dengan pantas sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan jumlah kematian.

Mungkin program vaksinasi ini boleh ditambah baik dengan menyediakan perkhidmatan vaksin dari kampung ke kampung.

Kalau ada yang tidak dapat hadir untuk ambil vaksin, maklumkan segera kepada pusat vaksin supaya vaksin itu tadi tidak dibazirkan dan boleh diberi kepada mereka yang sedang menunggu,” jelas Dr Siti Hasmah lagi.

“Kita Sekarang Berada Di Tahap Kritikal” Bimbangnya Dengar Suara Tun Hasmah, Bergetar!
Foto kenangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah bersama Majalah Nona

 

IKLAN

“Saya dapati sehingga hari ini ramai yang telah divaksin, alhamdulillah tahniah saya ucapkan. Ini satu kebanggaan.

Namun terdapat juga daripada mereka yang telah daftar, tetapi tidak hadir ke pusat vaksin, ini sangat mengecewakan. Ada laporan mengatakan sehingga 10,000 orang tidak hadir ke temu janji vaksin. Kenapa ini berlaku?

Ada pula sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab menyampaikan dakyah palsu berkenaan vaksin. Ini semua tidak benar, kita perlu percaya kepada sains,” tegas Dr Siti Hasmah, 95, yang memperoleh suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech bersama suaminya pada 7 Mac lalu.

IKLAN
“Kita Sekarang Berada Di Tahap Kritikal” Bimbangnya Dengar Suara Tun Hasmah, Bergetar!
Foto kenangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah bersama Majalah Nona

 

Tun Hasmah turut menasihatkan orang ramai supaya jangan takut untuk menerima suntikan dan memberi jaminan bahawa ia adalah selamat.

“Jangan takut divaksin, saya bersama suami saya sudah ambil vaksin sebanyak dua dos. Alhamdulillah, sehingga hari ini tidak ada apa-apa perkara pelik berlaku.

Oleh itu, sekali lagi saya nasihatkan patuthilah SOP (prosedur operasi standard) dan sedarlah bahawa COVID-19 ini amat bahaya,” nasihat wanita hebat yang dinobatkan sebagai Nona Superwoman 2020 itu.

Untuk rekod, jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI