Sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada bapa-bapa di seluruh dunia, jenama fesyen mewah TOCCO TOSCANO melancarkan himpunan istimewa dengan gaya macho sempena ketibaan Hari Bapa pada Ahad, 18 Jun ini.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Jasa ayah seharusnya dibalas dengan kebaikan malah gunakan kesempatan Hari Bapa ini untuk memberikan hadiah-hadiah bermakna sebagai tanda sayang seorang anak.

Ads

Tocco Toscano, jenama fesyen mewah yang terkenal dengan rekaan yang minimalis namun elegan, sangat teruja untuk mengumumkan pelancaran Koleksi Hari Bapa dengan rangkaian yang dipilih secara rapi.

Rangkaian produk yang diperbuat kulit sintetik yang menarik ini, diilhamkan oleh pesona keunikan di Tuscany sebagai lambang mengangkat semangat jitu kebapaan dengan aksesori tambahan yang menggabungkan elemen gaya, sofistikated serta serba boleh.

Koleksi Kulit Untuk Hadiah Bapa Tersayang, Himpunan TOCCO TOSCANO Tawar Pilihan Macho!

 

UNTUK BAPA MODEN & SPORTY: Adlen Casual Waist Pouch with Pattern Printed

Koleksi pouch ini merupakan lambang praktikal dan keunggulan. Hadir dalam warna hijau, biru dan hitam, koleksi ini menggambarkan pesona jitu landskap Tuscany dengan rekaan yang ringkas dalam ton warna yang cukup harmoni. Dua poket berzip di bahagian luar memudahkan si pemakai untuk menyimpan barangan keperluan disamping memenuhi gaya hidup kontemporari.

Rekaan menerusi koleksi ini mengutamakan keselesaan tanpa menjejaskan gaya dan stail. Material nilon yang tahan lasak memastikan kepuasan, dan dilengkapi aksesori logam perak pastinya memberikan sentuhan moden. Aksesori ini bukan sekadar aksesori, ia membawa gambaran ketabahan dan keberanian para bapa.

Koleksi Kulit Untuk Hadiah Bapa Tersayang, Himpunan TOCCO TOSCANO Tawar Pilihan Macho!

 

Koleksi Kulit Untuk Hadiah Bapa Tersayang, Himpunan TOCCO TOSCANO Tawar Pilihan Macho!

 

UNTUK BAPA ON-THE-GO: Marven Phone Pouch With Flap

Bagi pilihan Pouch Phone Marven, koleksi ini pastinya menyerlahkan lagi gaya hebat para bapa. Aksesori berwarna hitam dan diperbuat daripada kulit sintetik, menampilkan motif serta sentuhan rekaan yang cukup sempurna.

Dengan elemen sisi flap atau pelapik dengan empat slot kad, ia pastinya menawarkan penyelesaian kepada keperluan sebenar untuk kegunaan dompet masa kini.

Keistimewaan koleksi ini dipertingkatkan lagi dengan tali yang boleh dilaras sepanjang 52cm, dan menawarkan pilihan untuk disilang di badan mahupun disilang di bahu.

Kehadiran aksesori logam perak menghiasi koleksi ini, disamping mencerminkan keunggulan seni bina Tuscany. Ini direka khas untuk golongan bapa yang menghargai keseimbangan antara gaya dan praktikaliti.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/rona-pink-manis-lembut-ini-deretan-hadiah-paling-bermakna-buat-meraikan-hari-ibu-2023/

Koleksi Kulit Untuk Hadiah Bapa Tersayang, Himpunan TOCCO TOSCANO Tawar Pilihan Macho!

 

UNTUK BAPA PENYAYANG: Marven Clutch Bag

Ads

Beg Clutch Marven adalah bukti komitmen Tocco Toscano terhadap keunggulan, kemodenan dan fungsi. Koleksi ini juga hadir dalam warna hitam, bersama motif timbul, menawarkan pelbagai bahagian untuk susun atur yang lebih teratur. Dengan adanya zip di bahagian atas untuk memastikan keselamatan barang, manakala poket zip di bahagian hadapan menyediakan akses mudah untuk barang keperluan.

Pilihan ini pastinya menyerlahkan elemen estetik menerusi tali pergelangan tangan sebagai aksesori tambahan, selain menawarkan gaya dan praktikaliti. Seperti kehalusan seni bina abadi Tuscany, rekaan ini bukan sekadar trend, malah menjadikannya satu aksesori tambahan yang ideal untuk bapa moden.

 

UNTUK BAPA BERJIWA MUDA: Kris ID Card Holder with Long Strap

Koleksi Kulit Untuk Hadiah Bapa Tersayang, Himpunan TOCCO TOSCANO Tawar Pilihan Macho!

Koleksi ini memberikan kesempurnaan untuk keperluan lelaki moden hari ini. Diperbuat daripada kulit sintetik, yang turut menampilkan motif berstruktur (herringbone) serta penutup zip. Tiga slot kad dan poket di bahagian belakang menawarkan ruang simpanan yang mencukupi selain mengekalkan rekaan yang unggul.

Dihadirkan bersama tali aksesori sepanjang 52cm yang boleh ditanggalkan mengikut cita rasa, ini memberikan kebebasan kepada si pemakai dalam penggayaan. Aksesori berwarna metalik perak sebagai penambah sentuhan elegan, yang mencerminkan pesona indah Tuscany. Koleksi ini pastinya tidak terkecuali memberikan gabungan gaya dan praktikaliti yang sempurna, melengkapi inspirasi para bapa.

 

Ads

UNTUK BAPA RAJIN: Kris Top Fold Wallet

Koleksi Kulit Untuk Hadiah Bapa Tersayang, Himpunan TOCCO TOSCANO Tawar Pilihan Macho!

Menerusi rangkaian ini pula, ia direka khas dengan teliti untuk memenuhi cita rasa para bapa yang mementingkan seiringnya kualiti dan gaya, diperbuat daripada kulit sintetik berwarna hitam. Rekaannya menampilkan motif berstruktur petak (herringbone),dengan sembilan slot kad, dan dua ruang nota, pastinya menawarkan ruang yang cukup untuk barang keperluan.

Dua ruang simpanan tambahan, berserta logo Tocco Toscano memberikan aura tersendiri kepada si pemakai. Aksesori berwarna metalik perak memberikan simbolik keberanian, disamping terus mempamerkan keunggulan Tuscany. Terbukti koleksi ini, ialah bukti ketabahan dan kekuatan seorang bapa.

 

UNTUK BAPA BERGAYA: Kris Tri Fold Wallet

Koleksi Kulit Untuk Hadiah Bapa Tersayang, Himpunan TOCCO TOSCANO Tawar Pilihan Macho!

Bagi seleksi dompet ini pula, hadir bersama aksesori kemas dan diperbuat daripada kulit sintetik berwarna hitam, mempamerkan komitmen Tocco Toscano untuk mencipta sesuatu yang praktikal dan mengekalkan unsur keunggulan.

Motif timbul berpetak (herringbone) pastinya penambah kepada sentuhan yang lebih bergaya, dengan 12 slot kad, 2 ruang nota dan pelapik demi memastikan banyak ruang simpanan untuk barang keperluan lebih tersusun.

Koleksi Hari Bapa Tocco Toscano meraikan semua bapa dimana jua. Koleksi ini menceritakan dan mempamerkan kekuatan, ketabahan dan keunggulan — kualiti yang sangat sinonim dengan karakter para bapa.

Dengan rekaan yang diilhamkan oleh seni Tuscany dan komitmen yang sangat tinggi terhadap gaya, Tocco Toscano terus mempersembahkan sesuatu yang teristimewa untuk meraikan keperibadian seiring dengan fesyen, dan menjadikan setiap hari sebagai hari yang istimewa.

Dapatkan hadiah untuk bapa anda dengan melayari website rasmi Tocco Toscano di sini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI