Nampak Macam ‘Bestie’ Bila Dengan Anak-Anak, DATIN ANNE NGASRI Buat Ramai Keliru Nampak Macam Kakak-Adik!

Sejak dulu sampai kini suka tengok raut wajah Datin Anne Ngasri yang sentiasa nampak baby face walaupun dah berusia 39 tahun.

Kalau kata belasan tahun pun orang akan percaya, lebih-lebih lagi kalau Datin Anne bergambar bersama anak-anaknya.

Macam kakak-adik!

Baru-baru ini Datin Anne berkongsi gambar dengan anak sulungnya, Suffian Hakiem Sumali yang kini berusia 18 tahun di Instagramnya.

“Syukur Alhamdulillah, Today is my eldest son 18th Birthday, @suffianhakiem Time flies.

“May Allah ease your way, shower you with love and protect u always, Aminnn.

“Good luck in life and make us proud! We love u so much! Suffian Hakiem Sumali,” tulis isteri kepada Datuk Mohd Sumali Reduan ini di ruangan kapsyen.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Nasriah Ngasri ini turut memuat naik video bersama anak daranya, Nazharah Afroza Abdul Wafi yang bakal melangkah ke sekolah menengah.

“Alhamdulillah anakandaku Zara kini bakal menginjak kaki ke alam sekolah menengah.

“Anak paling istimewa dalam perjalanan dari lahir hingga kini. Sentiasa dihati dan doaku.

“Hanya Allah Mengetahui. Cukup ku simpan dalam lipatan ingatan.

Semoga anakandaku membesar menjadi hambaMu yang taat, anak solehah serta insan yang berguna.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut meluahkan rasa teruja dan terpegun dengan aura natural beauty serta awet muda Datin Anne.

Datin Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri sangat bertuah kerana dalam usia 39 tahun sudah pun memiliki kehidupan yang sempurna dan bahagia di samping suami serta anak-anak.

Untuk info, tiga anak hasil perkahwinan pertama Datin Anne ialah Abdul Warits Abdul Wafi, Abdul Wafri Abdul Wafi dan Nazharah Afroza Abdul Wafi.

Setelah bercerai pada tahun 2010, Datin Anne kemudiannya bertemu jodoh buat kali kedua dengan Datuk Sumali yang ketika itu duda anak satu. Mereka berkahwin pada 22 Disember 2012.

 

Ketika itu, Datin Anne berusia 28 tahun manakala suaminya 40 tahun. Walaupun beza usia 12 tahun tetapi mereka berjaya buktikan ia bukanlah halangan untuk bahagia.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sufi Harraz Mohd Sumali dan Nefa Naura Mohd Sumali.

TIP JAGA ANAK RAMAI OLEH DATIN ANNE NGASRI
“Saya amalkan berzikir dan beristighfar setiap kali melakukan kerja-kerja rumah. InshaAllah akan berkurang stres.

“Jiwa pun akan rasa lebih tenang. Anggap apa jua yang kita buat adalah ibadah. Atas pertolongan Allah SWT jugalah segala urusan kita dipermudahkan.”

Selain aktif dalam bidang politik bersama suami, Datin Anne turut bergelar penerbit dan menerbitkan AN Universal Sdn Bhd demi kelangsungan minatnya terhadap bidang seni.

Kongsi Foto: Instagram Datin Anne Ngasri

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

BACA JUGA:

Usia Perkahwinan Cecah 10 Tahun DATIN ANNE NGASRI Bahagia Bersama Suami & 6 Anak

Nampak Macam Remaja, Ini Rahsia Cantik Sebenar DATIN ANNE NGASRI Dalam Usia 37 Tahun

Uruskan Keluarga Tanpa Pembantu, DATIN ANNE NGASRI Amalkan Zikir & Istighfar Sebagai Terapi Jiwa

IKLAN
Share