Sejak dulu sampai kini suka tengok raut wajah Datin Anne Ngasri yang sentiasa nampak baby face walaupun dah berusia 36 tahun. Kalau kata belasan tahun pun orang akan percaya, lebih-lebih lagi kalau Datin Anne Ngasri bergambar bersama anak-anaknya. Comel sangat!
Ads
Saat ditanya apa rahsianya, ini jawapan Datin muda ini. “Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.
Ramai juga yang tanya saya pakai apa untuk kulit, nampak cantik dan sentiasa muda remaja. Semestinya saya menggunakan produk ‘Glopink Beauty Skin by Anne Ngasri’ secara konsisten selama empat tahun. Alhamdulillah ia membantu dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.
Bagi saya apa jua produk skincare yang kita guna, selain mesti sesuai dengan kulit pastikan juga kita konsisten menggunakannya,” kongsi Datin Anne Ngasri yang turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu ‘AnneNgasri Exclusive’.
URUS KELUARGA TANPA PEMBANTU
“Saya menguruskan keluarga dan menjaga sendiri 6 orang anak tanpa pembantu. Sepanjang tempoh ini saya banyak habiskan masa di rumah. Walaupun penat namun saya gembira dan enjoy melakukannya demi keluarga.
Datin Anne Ngasri bercerai secara rasmi dengan suami pertama, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak. Kemudian Datin Anne Ngasri bernikah dengan Datuk Mohd Sumali Reduan, 48, pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua orang anak.
Anak-anak Datin Anne ialah Suffian Hakim (anak Datuk Mohd Sumali Reduan hasil perkahwinannya yang terdahulu) kini berusia 16 tahun. Anak-anak Datin Anne yang lain ialah Abdul Warits Abdul Wafi (15), Abdul Wafri Abdul Wafi (13), Nazharah Afroza Abdul Wafi (9), Sufi Harraz (8) Mohd Sumali, dan Nefa Naura Mohd Sumali (3).
KONGSI TIP JAGA ANAK RAMAI
“Menguruskan anak yang ramai kadangkala membuatkan ibu-ibu mudah penat dan stres. Itu saya tak nafikan. Saya faham kerana kita sebagai manusia memang tak boleh lari daripada ujian. Apa yang saya amalkan ialah sentiasa berzikir dan beristighfar setiap kali melakukan kerja-kerja rumah. InshaAllah akan berkurang stres.
Ads
Secara tak langsung jiwa pun akan terasa lebih tenang kerana apa jua yang kita lakukan adalah ibadah. Atas pertolongan Allah SWT jugalah segala urusan kita dipermudahkan.
Allah SWT menjadikan wanita sebagai seorang yang lembut jiwanya walaupun luaran nampak kasar atau lasak. Wanita juga seorang yang cukup teliti. Jadi, jangan terlalu memaksa diri kita untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Lakukan secara perlahan-lahan, InshaAllah semuanya akan selesai dengan baik.
Ads
Memandangkan ekonomi kita sekarang terjejas teruk dek kerana pandemik COVID-19 ramai yang terjejas sumber pendapatan. Baik yang bujang mahupun yang sudah berkahwin. Nasihat saya khususnya buat wanita-wanita yang terjejas dari segi sumber pendapatan keluarga, bersabarlah dan sentiasa percaya bahawa semua rezeki kita datang dariNya. Yakinlah kepadaNya.
Saya tahu ramai ibu dan wanita di luar sana yang hebat memasak. Bukan sekadar dapat menggembirakan hati seluruh ahli keluarga dengan air tangan sendiri bahkan kemahiran memasak itu juga boleh dimanfaatkan sebagai satu sumber ekonomi keluarga. Sekarang ni segalanya mudah, hanya di hujung jari (online). Ia boleh dijadikan inisiatif untuk membantu suami dalam menjana ekonomi keluarga bersama-sama.
Selain mengusahakan perniagaan tudung dan produk kecantikan, Datin Anne Ngasri juga masih aktif berlakon tetapi agak terhad. Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri merupakan adik kepada pelakon dan penerbit NS Star Sdn Bhd, Darling Ngasri.
Kredit Foto: Instagram @annengasri_official @annengasri.exclusive
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemampuan golongan wanita hari ini sememangnya tidak boleh dinafikan lagi tidak kira dalam bidang kerjaya tetap mahupun perniagaan yang diusahakan sendiri. Rata-rata kini ramai yang berjaya melakar kejayaan malah tidak kurang juga ada yang menjadi jutawan! Apa pun rezeki masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Rashwealth Group Sdn Bhd, Dato’ Razi’ie Mahmod tidak mengenal erti kalah demi menggapai kejayaan bukan sekadar buat dirinya malah demi syarikat yang kian berkembang.
Lebih membanggakan apabila sebuah syarikat besar diterajui oleh wanita muda berusia 37 tahun ini. Kematangan fikirannya melangkaui usia serta jauh di luar kotak dalam merencana hala tuju empayar perniagaan yang bertapak sejak tahun 2014.
Dato’ Razi’ie Mahmod memiliki pakej lengkap iaitu cantik dan bijak. Ibu 3 anak ini pernah mengikuti pengajian dalam bidang farmasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah menjalani latihan di Hospital Kuala Lumpur sebelum meneruskan kerjaya di Gleneagles Intan Medical Centre Kuala Lumpur selama 2 tahun.
Kemudian beliau meneruskan profesion di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur juga selama 2 tahun. Setelah melihat masa depan yang lebih cerah Dato’ Razi’ie memilih untuk terlibat dalam industri jualan langsung secara sepenuh masa pada tahun 2008. Hasil usahanya beliau berjaya merangkul gelaran Highest Income Earner oleh syarikat jualan langsung yang beliau terlibat sebelum ini.
6 tahun berada dalam industri jualan langsung akhirnya Dato’ Razi’ie mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat jualan langsung miliknya sendiri. Minat yang terlalu mendalam terhadap perniagaan di samping pengetahuan yang dimiliki dalam bidang farmasi menjadi panduan terhadap kajian serta pembangunan produknya (R&D).
Dato’ Razi’ie turut memiliki kilang memproses produk kesihatannya sendiri iaitu Rashwealth Biotech terletak di Kajang.
NIAT MEMBANTU
“Saya memilih perniagaan produk kesihatan kerana memiliki latar belakang dalam bidang farmasi selain ingin membantu golongan yang memerlukan. Menerajui sebuah syarikat bukanlah satu kerja mudah. Kadangkala saya juga melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Penting bagi saya untuk membuat keputusan yang tepat agar mendatangkan keuntungan kepada syarikat.
Setiap kesilapan dijadikan pengajaran seterusnya mencari pelan alternatif. Sikap mudah mengalah tiada langsung dalam kamus hidup saya. Apa pun yang berlaku perlu ada jalan penyelesaian. Selalunya jika ada sebarang masalah saya akan duduk berbincang bersama team.
Saya menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Dr. Hajah Vida sebagai sumber inspirasi. Ikon luar negara pula saya sangat mengagumi Jack Ma, beliau berjaya membina satu platform pasaran terbuka terbesar yang diguna pakai oleh seluruh dunia seperti Alibaba’,” ujar Dato’ Razi’ie.
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Kredit Foto: Instagram @ctdk)Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (Kreditr Foto: Instagram @datoserividaIkon usahawan tersohor dunia, Jack Ma yang merupakan pengasas Alibaba.
IMPIAN
Target 10 tahun mendatang saya akan kurangkan waktu bekerja kerana mahu memberikan komitmen terhadap keluarga. Saya mahu menikmati hasil usaha yang telah dilakukan sekarang. Saya juga mahu membina empayar perniagaan bukan hanya di Malaysia malah ke seluruh dunia. Sebab itulah saya mengasaskan Rashwealth Biotech kerana ia salah satu cabang untuk saya meneroka pasaran luar.
Kita tidak boleh mengubah nasib seluruh dunia, tetapi jika ada seseorang yang berubah kerana salah satu tindakan kecil, satu perkataan atau kegigihan anda, dia juga boleh membawa perubahan kepada orang-orang di sekelilingnya. Kita bukanlah begitu hebat, tetapi kita memilih untuk hidup pada saat ini dan berkeras untuk merealisasikan setiap impian.”
Tulang belakang di sebalik jatuh dan bangun Dato’ Razi’ie dalam bisnes.
Kredit Foto : Instagram Dato’ Razi’ie @raziiegee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejelitaan Queen Rania Al Abdullah telah mencuri perhatian seluruh pelusuk dunia. Setiap kali muncul di majlis pasti penampilan Ratu Jordan ini menjadi bahan bualan. Namun, keperibadian yang dipamerkan lantas sering bermesra dengan rakyat jelata ini menjadikannya wanita inspirasi dunia. Tidak hairan bila Ratu Rania pernah dikurniakan Anugerah Personaliti Berpengaruh di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Foto: Facebook Arabian Royal Agency
Ratu Rania memperoleh ijazah perniagaan dari American University of Cairo ini merupakan isteri kesayangan Raja Abdullah II. Raja dan Ratu Jordan ini telah dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu 2 orang putera dan 2 orang puteri, Putera Mahkota Hussein, Puteri Salma, Puteri Iman dan Putera Hashem.
Baru-baru ini puteri kesayangan Ratu Rania, Puteri Salma bint Abdullah telah mencipta sejarah negara Jordan itu sendiri apabila menjadi wanita pertama yang berjaya lulus latihan teori dan praktikal sebagai juruterbang dengan Angkatan Tentera Jordan. Pengumuman rasmi ini telah dikeluarkan oleh Royal Hashemite Court.
Foto: Instagram @queenraniaFoto: Facebook Arabian Royal Agency
Puteri Salma yang merupakan anak ketiga kepada pasangan diraja ini telah menerima pengiktirafan daripada ayahandanya sendiri iaitu Raja Jordan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Istana Amman Al Husseiniya. Dalam majlis tersebut Raja Abdullah II telah meletakkan lencana penerbangan ke atas uniform tentera milik anaknya.
Foto: Facebook Arabian Royal AgencyFoto: Facebook Arabian Royal Agency
Puteri bongsu pasangan diraja ini telah mengambil langkah berani menyertai dunia ketenteraan seperti ayah dan abangnya. Puteri yang baru berusia 19 tahun ini merupakan pelajar lulusan Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan pengajian di sana pada November 2018.
Foto: Instagram @queenrania
Ratu kesayangan Jordan itu turut menyaksikan majlis bersejarah dalam hidup puterinya bersama-sama anak sulungnya, Tengku Mahkota Putera Hussein. Ratu Rania seperti biasa tampil cantik dan anggun mengenakan mini dress berwarna ungu. Cita rasa fesyennya yang tinggi dan menarik menjadikan beliau kerap dipaparkan di dalam majalah fesyen Amerika.
Foto: Facebook Queen Rania
Selepas menjadi Ratu Jordan, Rania aktif menjadi duta untuk banyak pusat kebajikan dan menjadikan perkara ini sebagai salah satu agenda utamanya sebagai seorang permaisuri.
Sumber: AlJazeera.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, rumah tangga Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah sudah memasuki angka 2 tahun. Pasangan yang memilih melangsungkan pernikahan ketika wabak Covid-19 rancak melanda seluruh dunia itu ternyata bersyukur dapat meraikan ulang tahun perkahwinan kali ini dalam suasana romantik dan mencipta memori indah buat mereka berdua.
Melihat perkongsian Atta dan Aurel di laman Instagram mereka, pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan ke 2 dalam suasana romantis di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.
Kelihatan kedua-duanya menikmati suasana makan malam sambil diiringi dua orang pemuzik yang mengalunkan irama romantik yang bersesuaian dengan mood pasangan tersebut.
Bukan itu sahaja, Atta turut menghadiahkan isteri tersayang jambangan bunga yang bersaiz mega rona ungu istimewa buat ibu kepada Ameena Hanna Nur Atta ini.
Untuk rekod, pasangan ini memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Raffles, Jakarta pada 3 April 2021. Mereka telah dinikahkan sendiri oleh bapa Aurel yang juga penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah.
Pada majlis pernikahan, Atta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 (Rupiah 342,021) serta alat kelengkapan solat buat isteri tercinta.
Menariknya, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi turut menjadi salah seorang saksi pernikahan Aurel dan Atta selain Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto. Majlis pernikahan Aurel, 23, dan Atta, 27 turut mencipta sejarah apabila ia disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, RCTI.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Hanna Nur Atta. Nama Ameena diinspirasi dari nama ibu Nabi Muhammad SAW, Hanna bererti kebahagiaan untuk keluarga, Nur dari nama Aurel agar bercahaya, Atta dari nama ayahnya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!