Memiliki susuk tubuh langsing dan berketinggian enam kaki, rambut hitam panjang mengurai, hidung mancung serta bibir mungil tidak hairanlah atlet bola tampar Kazakhstan ini menjadi perhatian ramai peminat sukan. Bukan hanya dipuja kebanyakan kaum lelaki bahkan golongan wanita juga mengagumi kecantikan Sabina Altynbekova ini. Memang cantik dan tinggi lampai orangnya!
Kecantikan Sabina mula disedari ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya, Kazakhstan. Dia meraih perhatian luar biasa ketika menyertai Asian Junior Women’s Volleyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun. Disebabkan bakat dan wajah cantik Sabina dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat julukan ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player’.
Namun, terdapat segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar. Sampai wajah cantik Sabina sentiasa menjadi bualan berbanding bakatnya dalam arena sukan berkenaan.
Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 25 tahun ini. Disebabkan ‘tumpuan’ itu, jurulatih Sabina kurang senang dengan limelight yang diberikan kepada atlet cantik ini kerana ia memberi kesan dan mengganggu perhatian pemain yang lain.
Sudahnya, Sabina jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam beberapa perlawanan dan tidak mampu mengembangkan bakatnya. Malah, dia juga menerima kritikan kerana dikatakan terlalu cantik untuk bermain bola tampar. Sebagai atlet, pastinya perkara itu menjejaskan reputasi Sabina kerana jiwanya sudah cukup sebati dengan sukan sejak kecil.
Ads
Pada 25 Disember lalu, berita perkahwinan Sabina bertebaran di media sosial. Menguatkan lagi khabar tersebut apabila Sabina sendiri memuat naik gambar dia di samping seorang lelaki sambil memakai selendang.
Sekali gus memberi gambaran jelas bahawa dirinya sudah bergelar isteri. Kongsinya, “Finishing this year as the wife of the best man.” Selain gambar berkenaan, hashtag Sabina juga mencuri tumpuan apabila menggunakan #mashaallah, #alhamdulillah dan #nikah.
Ads
Memetik laporan media antarabangsa, jejaka yang berjaya menambat hati jelitawan ini ialah Sayat Salmanuly. Lelaki yang berasal dari Kazakhstan ini juga dikatakan lapan tahun lebih berusia daripada Sabina.
Pada hari pernikahan, Sabina kelihatan anggun dalam persalinan gaun labuh polos rona pastel. Kelibat bapa tersayang juga kelihatan di majlis bersejarah itu.
Ads
Pertengahan April lepas, pasangan romantis ini memilih keindahan bumi Maldives sebagai lokasi berbulan madu. Daripada perkongsian Sabina, jelas terpancar wajah bahagia mereka. Seperti kebiasaan, wajah cantik Sabina menarik tumpuan peminat.
Gaya dan penampilan Sabina memang tidak ubah seperti ratu cantik! Di samping melakukan aktiviti sukan air, pasangan ini turut beriadah dan bersantai menikmati panorama destinasi bulan madu terkenal di dunia tersebut.
Dengan tercetusnya fenomena kerana wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar sehingga dikenali di serata dunia, Sabina berjaya meraih lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati. Khabarnya, Sabina sudah melancarkan jenama pakaian sukan miliknya sendiri iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Nadya Syahera mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Ibu kepada dua cahaya mata yang juga bekas model ini menjelaskan, dia sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mahu tampil cantik secara drastik tanpa memikirkan kesan sampingannya.
Nadya Syahera Enggan Pengalaman Buruk Berulang
“Saya pernah mengalami satu pengalaman yang tak elok susulan menggunakan produk wajah yang ‘asal boleh’. Sebab itu penting untuk kita ketahui apa kandungan yang terkandung di dalamnya sebelum aplikasi.
“Saya pernah guna produk yang ada merkuri, kulit menggelupas yang tidak hilang dan sebagainya. Apa pengalaman yang saya alami itulah yang akan saya kongsi kepada semua. Sebab itulah sebelum menerima apa-apa produk kecantikan untuk review, saya akan selidik dulu,” katanya kepada MH.
Bintang berusia 30 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Tak Mahu Bersekongkol Tipu Pengguna & Followers Review Produk Berbahaya
Nadya menambah, dia juga tidak mahu menipu pengguna selain mengakui akan kepentingan untuk tahu mengenai kandungan sesebuah produk.
“Sebab kalau hanya main ambil tanpa ambil tahu apa kandungannya, bimbang nanti kalau orang lain yang pakai, saya yang akan kena balik.
“Jadi saya lebih senang untuk berkongsi berdasarkan kepada pengalaman, bukan hanya main karang atau tulis di media sosial.
“Tak baik buat begitu. Mereka (klien) bayar saya jadi takut kalau duit yang diterima tak berkat. Rezeki yang ada itu saya akan kongsi dengan anak-anak dan keluarga. Kalau hasilnya tak berkat, macam mana tu?
“Malah sebelum saya terima tawaran ini, saya beritahu kepada pihak klient untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Bukan setahun dua, malah menjangkau 25 tahun dalam industri hiburan! Satu pencapaian yang sememangnya membanggakan. Itulah penangan Datuk Seri Rossa yang sudah berkecimpung selama 25 tahun dalam seni suara di nusantara ini.
Meskipun kemunculan wajah baharu dalam industri muzik Indonesia silih berganti, nama ibu kepada seorang cahaya mata ini masih kukuh dan dilabel sebagai penyanyi lagenda Indonesia.
Enam tahun ‘menyepi’ tanpa album, Rossa hadir ke Kuala Lumpur bersama buah tangan terbaharu, Another Journey: The Beginning yang terjual lebih 300,000 unit di Indonesia sejak mula diterbitkan pada 10 Februari lalu.
Menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya, penyanyi genit ini bukan sahaja membawa album terbaharu sebagai halwa telinga peminat di Malaysia, malah turut menganjurkan sebuah konsert perdananya di Zepp Kuala Lumpur dengan nama yang sama, Another Journey: The Beginning.
Tiket untuk konsert yang sepatutnya berlangsung selama sehari iaitu pada 14 Julai ini habis terjual dalam tempoh 24 jam sahaja. Hebatnya penangan penyanyi berusia 44 tahun ini di mana konsert yang bakal dianjurkan sehari sahaja kini ditambah kepada satu hari lagi di mana ia diadakan sehari awal dari tarikh sebenar konsert pada 14 Julai. Untuk konsert kali ini, Rossa turut mengundang Rizky Febian dan Mahalini Raharja untuk berkongsi pentas yang sama.
“Sejujurnya, memang saya sangat menantikan untuk beraksi di Zepp Kuala Lumpur kerana menurut kawan-kawan saya, bernyanyi di sana lebih seronok. Konsert saya sebelum ini kita banyak bernyanyi dalam suasana yang formal dan semestinya tiket lebih mahal.
“Kali ini konsert di Zepp akan lebih intimate dan bersahaja sahaja. Saya juga akan menyanyikan lagu-lagu daripada album baru saya. Secara keseluruhan saya akan menyanyikan lebih kurang 20 lagu,” katanya ketika sidang media selepas sesi bertemu peminat di The Curve baru-baru ini.
Melihat jadual persembahan yang padat, Rossa mengakui ia bukanlah halangan untuk dirinya kekal fokus untuk jadual latihan sempena konsert yang bakal diadakan sebulan dari sekarang. Meskipun jadualnya padat sebagai juri untuk beberapa program nyanyian di Indonesia, Rossa berkongsi rahsia yang menjadi amalan dirinya untuk mengekalkan stamina.
“Kunci kekuatan stamina untuk beraksi di atas pentas ialah tidur dan melakukan senaman. Sejujurnya belum ada banyak persiapan yang perlu dilakukan kerana saya sibuk menghadiri beberapa program nyanyian. Insya-Allah menjelang konsert, saya akan mencuri waktu untuk tidur secukupnyakerana stamina saya banyak berasal daripada tidur dan senaman.
“Memandangkan konsert sudah dilanjutkan selama dua hari, habis sahaja konsert untuk hari pertama saya akan bersendirian di dalam bilik dan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk konsert di hari kedua,” katanya yang sudah tidak sabar bertemu para peminat di Malaysia untuk konsert selama dua malam itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar, heroin drama Korea popular ‘Autumn in My Heart’ Song Hye-kyo kini sudah pun mencecah usia 43 tahun.
Tidak dinafikan pesonanya sering memukau pandangan. Figura bertubuh genit ini dianggap cukup bertuah kerana memiliki kecantikan semula jadi biarpun tanpa solekan. Tambahan pula, dengan potongan bentuk badan yang langsing membuatkan ramai yang cemburu.
Bukan sekadar itu, peminat begitu teruja serta tidak henti-henti memuji kejelitaan bintang Korea Selatan ini yang dikatakan tidak dimamah usia.
Berikut 6 amalan kecantikan Song Hye-kyo:
1. BERSENAM
Sering melakukan senaman yoga dan kardio bagi mengekalkan kesihatan.
Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. URUT WAJAH DENGAN AIS
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing.
Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.
3. GUNA PRODUK PERAWATAN WAJAH ANTI PENUAAN
Atas nasihat ibunya, Song Hye-kyo mengamalkan produk anti penuaan sejak usianya masih muda.
Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. MAKAN BUAH, SAYUR & AIR MINERAL
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat.
Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
5. AMALKAN MASKER CAMPURAN PUTIH TELUR & MADU ASLI
Seterusnya, Song Hye-kyo turut merawat wajahnya dengan masker yang diperbuat daripada bahan-bahan dapur. Ramuan masker kegemarannya ialah campuran putih telur serta madu asli.
Song Hye-kyo pertama kali debut sebagai watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart’ memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin.
Dia sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Kredit Foto: Instagram Song Hye-kyo
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.