Terpesona dengan aura dan kejelitaan aktres Jue Aziz. Tidak dinafikan sejak awal pembabitannya dalam industri seni sampai sekarang, penampilan Jue sering menarik perhatian.
Menerusi media sosial miliknya, kebanyakan peminat meluahkan rasa rindu dengan lakonan figura ini. Malah rata-rata daripada mereka mengagumi kecantikan Jue yang dikatakan tidak mamah dek usia dan masih mempersona seperti zaman anak dara.
Ads
Pernah muncul dalam filem Hantu Bonceng, Jue yang sebelum ini agak menyepi daripada dunia lakonan kembali mewarnai industri.
Pada 2022, Jue mengubati rindu para peminatnya apabila embali menghiasi layar televisyen ketika membintangi drama Ke Hujung Nyawa di samping Fezrul Khan, Rozita Che Wan dan ramai lagi.
Nama Jue Pernah Gemparkan Malaysia, Ini Respon Tuan Badan!
Nama Jue Aziz, pernah menjadi bualan selepas dia memuat naik foto di pelamin dengan seorang jejaka di media sosial. Ternyata, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi peminat.
Enggan menimbulkan salah faham, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.
“Firstly Jue nak terangkan kat sini, Actually Jue hanya bergambar ambil berkat. Kata oranglah kan atas pertunangan anak buah dan berangan ambil gambar tak salah kan?
“Alhamdulillah Jue really appreciate doa-doa kalian non stop wish DM mendoakan Jue. Manalah tahu berkat doa-doa tu semua jadi kenyataan satu hari nanti dengan jodoh yang real.
Ads
Ada bagusnya jadi macam ni sebab ramai yang masih ingat Jue dah kahwin atau tak pernah kahwin lagi, status Jue. Single lagi ok!
So kat luar sana tak payah nak frustrated sangat. Thanks support Jue really appreciate. Walaupun Jue dah lama menyepi tak sangka masih lagi ramai yang mengikuti perkembangan Jue,” ujarnya.
Mengulas mengenai status permata hati tersayang iaitu Darwish Naufal yang sering dikongsikan di alam maya, ini jawapan jujur Jue.
“Anak Jue, Darwish bukan hasil dari perkahwinan yang lepas ya. Jue ambil Darwish sebagai anak angkat dari Jue belum berkahwin lagi.
Ads
Harap lepas ni tiada lagi salah information yang boleh buatkan sesuatu isu itu menjadi lebih sensitif kepada sesetengah pihak.”
Jue sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian pada 9 Mac 2014.
Namun perkahwinan yang dibina terputus di tengah jalan. Kedua-duanya sepakat mengakhiri perkahwinan mereka secara baik kira-kira lima tahun lalu.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Tidur adalah cara tubuh beristirahat selepas seharian berjaga. Setiap orang disarankan supaya tidur sekitar lapan jam sehari untuk menyegarkan tubuh dan menajamkan fokus. Selain itu, tidur yang berkualiti juga boleh meremajakan kulit seseorang.
Tahukah anda, tidur yang secukupnya membantu organ-organ berfungsi dengan baik? Ketika tidur proses detoksifikasi (pengeluaran racun daripada tubuh) berlaku di bahagian hati, hempedu dan paru-paru.
Sedar atau tidak anda sering membuang air ketika tengah malam? Ini kerana proses detoks sudah berlaku dan berakhir di usus besar. Selain itu darah juga turut terhasil melalui sum sum tulang ketika sedang tidur.
Bahaya tidur lewat
Tidur lewat sering terjadi kepada penggemar media sosial ketika ini. Sebenarnya tidur lewat malam boleh mengundang kemerosotan kesihatan kepada seseorang. Amalan ini menjadi punca kerosakan hati dan mengganggu keseimbangan sistem tubuh yang lain. Tambah memburukkan keadaan jika makan lewat malam kemudian terus tidur.
Tidur tanpa bra
Tidur membantu tubuh untuk menghasilkan hormon imuniti. Tidur dengan bra atau pakaian dalam boleh menyekat proses pembaikan dan detoks tubuh. Menurut Penyelidik Sydney Singer, dalam bukunya Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua-dua faktor ini dapat meningkatkan risiko pembentukan kanser payudara.
Tidur dalam gelap?
Sebenarnya tidur di dalam bilik yang gelap memberi manfaat kepada tubuh. Ketika dalam gelap tubuh dapat menghasilkan hormon melatonin. Hormon melatonin ini sangat penting kepada tubuh kerana boleh membantu mencegah penyakit terutama kanser. Pengeluaran hormon ini tidak akan terhasil jika terdapat cahaya atau sinar yang menerangi.
Melatonin dan tidur
Melatonin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang terhasil di dalam otak. Ketika malam, paras melatonin ini mula meningkat. Peningkatan ini mempengaruhi rasa mengantuk dan memberi arahan supaya merehatkan tubuh dengan tidur. Kitaran melatonin ini penting kerana membantu tubuh menyeimbangi keperluan siang dan malam. Tubuh juga memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
TRIVIA TIDUR
Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, pasti kita akan sukar untuk menyesuaikan diri untuk tidur. Namun paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.
Kepentingan tidur
Tidur penting untuk melancarkan beberapa fungsi tubuh seperti menjana pembaikan otot, menguatkan daya ingatan, mengawal atur bahan-bahan kimia tubuh (terutama hormon yang berkait dengan tumbesaran dan selera makan) dan menguatkan sistem imun.
Tidur seimbang berat badan
Tidur yang cukup memaksa anda untuk tidur awal. Apabila tidur awal secara tidak langsung membantu bangun lebih awal. Memiliki kehidupan yang sihat dengan memulakan hari bersarapan awal mampu menyeimbangkan berat badan. Apatah lagi jika anda bersenam pada awal waktu, pasti berat badan tidak akan naik.
Bahaya tidur siang
Jika sekali-sekala tidur siang kerana kepenatan tidak mengapa. Tapi bagaimana jika tidur siang dijadikan rutin? Sebenarnya tidur siang meningkatkan perubahan negatif kepada hormon kerana meningkatkan stres kepada tubuh ketika bangun. Ada juga yang mengatakan tidur siang menyumbang kepada mimpi buruk. Justeru, kita memang tidak digalakkan tidur selepas waktu asar. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memandangkan sekarang ini kita mengamalkan new normal dengan mematuhi SOP yang disarankan kerajaan, idea ini adalah yang terbaik buat anda yang gemar ke pusat penjagaan kecantikan atau spa. Sebenarnya anda boleh mencipta ruang spa peribadi di rumah. Tidak perlu terlalu nampak mewah, cukup sekadar ianya selesa buat anda sekeluarga.
Namun sebelum memutuskan untuk mewujudkan ruang spa peribadi di rumah, diperlukan beberapa pertimbangan dan perancangan agar ruang spa dapat disesuaikan dengan keinginan. Antaranya faktor-faktor penting ialah:
TENTUKAN LOKASI
Faktor paling penting jika anda ingin memiliki ruang spa sendiri di rumah. Jika di belakang rumah cukup luas anda boleh memilih lokasinya di situ. Atau, boleh juga menempatkan ruang spa tidak jauh dari kolam renang. Pastikan anda mengira keluasan ruang spa yang hendak dibuat.
KEPERLUAN, FUNGSI DAN BAJET
Faktor keperluan dan fungsi juga penting kerana anda dapat menentukan peralatan apa yang diperlukan. Sekaligus memudahkan anda membuat perancangan bajet bagi menghasilkan ruang spa peribadi di rumah.
KONSEP RUANG SPA
Membuat ruang spa peribadi bermakna ia menjadi salah satu ruang penting dalam rumah. Maka, menentukan konsep yang akan diterapkan juga sangat penting. Antara konsep yang boleh diterapkan ialah minimalis, moden, klasik, bohemian dan sebagainya yang sesuai dengan keinginan.
PEMILIHAN TAB MANDI
Ini kerana keselesaan dalam spa juga ditentukan oleh jenis tab mandi. Pastikan juga ia sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja.
UNSUR ALAM
Memasukkan unsur alam ke ruang spa merupakan antara elemen penting, tidak kiralah macam mana cantik interior yang diterapkan. Elemen ini menjadikan ruang spa peribadi anda lebih tenang, nyaman dan hangat. Anda boleh mengaplikasikannya dalam aksen kayu atau sekadar tanaman hijau di dalam pasu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berstatus anak jutawan tapi Stephanie Fernandes selesa tidak menonjol di khalayak dan menjalani hidup biasa seperti orang lain. Genap berusia 30 tahun pada 25 Jun lepas, anak usahawan terulung negara iaitu Tan Sri Tony Fernandes ini nyata seorang wanita yang cantik.
Walau sudah berkahwin dan menginjak dewasa namun tetap manja di samping bapa tersayang. Ini terbukti apabila CEO AirAsia berkenaan memuat naik gambar anak perempuan tersayang di media sosial miliknya bersempena ulang tahun hari kelahiran Stephanie.
Kongsi Tan Sri Tony, “Happy birthday to my darling daughter. What a great party last night organized by her lovely husband Ollie Funnell.
30 years old. Wow. My heart explodes at how much I love her I’m a very lucky dad to have such a wonderful daughter.
She is amazing in very way. Humble, smart, beautiful, life of a party and so thoughtful.”
Stephanie Fernandes atau dikenali sebagai Steph menamatkan pengajian di Durham University, United Kingdom pada tahun 2015 ketika berumur 22 tahun. Dia dilaporkan melanjutkan pengajian
dalam bidang pemasaran dan turut meminati muzik.
Steph selamat bergelar isteri pada 10 Oktober 2022.
Sebelum ini Tan Sri Tony pernah berkahwin dengan Deborah Lee Bergstom pada 1 Jun 1994 namun akhirnya berpisah. Hasil perkahwinan itu, Tan Sri Tony dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Stephanie dan Stephen.
Kini, ahli perniagaan berkenaan berkahwin dengan wanita kelahiran Korea Selatan iaitu Puan Sri Chloe Kim. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Oktober 2017 di Cote d’Azur, Perancis.
Nama Edry Abdul Halim sememangnya dikenali dalam industri muzik tanah air yang pernah menggegarkan pentas hiburan menerusi kumpulan KRU yang dianggotai tiga adik-beradik berbakat. Sejak kumpulan tersebut dibubarkan pada 2018, adik Datuk Norman dan Datuk Yusry ...