Kepesatan teknologi telah ‘merombak’ norma kehidupan manusia yang tidak dijangkau. Perubahan ini meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk dalam bidang muzik.
Ads
Jika dahulu konsert hanya didukung oleh penyanyi dan pemuzik tetapi kini teknologi telah mula mengambil alih. Ini terbukti apabila ribuan peminat anime telah membanjiri konsert hologram penyanyi maya, Hatsune Miku.
Siapakah sebenarnya Hatsune Miku ini sehingga mempunyai beribu-ribu peminat seluruh dunia dan sanggup membayar harga tiket yang mahal semata-mata mahu menontonnya beraksi di pentas konsert?
Hatsune Miku adalah penyanyi maya yang hadir dengan penampilan rambut berwarna biru yang diikat dua. Hatsune Miku sentiasa tampil cantik dan ‘kawaii’ serta sering dianggap salah satu karakter dalam dunia anime.
Namun sebenarnya Hatsune Miku bukan watak anime dan merupakan produk peranti yang menghasilkan suara nyanyian wanita. Hatsune Miku membawa maksud The First Sound from the Future (suara pertama dari masa depan).
Baru-baru ini selebriti siber berusia 16 tahun dan berasal dari Jepun ini telah membuat persembahan konsert di Malaysia yang dibawakan oleh Astro & Crupton Future Media, INC.
Ads
Selepas membuat 48 persembahan di 7 buah negara, Hatsune Miku Expo 2017 akhirnya sampai di Malaysia buat julung kalinya. Konsert hologram pertama ini telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records.
Ads
Peminat Hatsune Miku menyaksikan penyanyi maya kegemaran mereka secara langsung buat pertama kalinya di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 Disember 2017 yang lalu.
Persembahan pembukaan tirai yang cukup menguja daripada artis serba boleh, Zizan Razak dan bintang sensasi YouTube, Chaleeda Gilbert. Konsert yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Hatsune Miku turut distrim secara langsung di Tamago, sebuah aplikasi sosial baharu di Asia Tenggara secara percuma.
Hatsune Miku mempersembahkan hampir 30 lagu-lagu popular termasuk The World is Mine, Tell Your World dan Chentaku, lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Zizan Razak. Hamizatul Maizan Mohamed
https://www.youtube.com/watch?v=NXsPGNfYo_o
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usai berkumandang azan Zuhur kira-kira pukul 1.30 petang semalam, penduduk di Tanjung Tokong dikejutkan dengan kehadiran fenomena belalai air atau watersprout. Mohd Solihi Yusof yang menyaksikan insiden itu berkata, “Selesai azan Zuhur, saya lihat pusaran angin kuat atas bumbung disusuli bunyi zink dan kayu yang pecah. Memang saya terkejut kerana kejadian ini pertama kali berlaku depan mata.”
Difahamkan, Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang… sekurang-kurangnya 50 buah rumah mengalami kerosakan dan dimasuki air selepas dilanda belalai air berkenaan yang datang dari arah laut dan masuk ke kawasan terlibat.
Selain bumbung atap rumah berterbangan ditiup angin kuat, kejadian turut mengakibatkan beberapa batang pokok tumbang dan menghempap gerai serta kenderaan. Bagaimana pun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Seorang lagi saksi kejadian dikenali sebagai Nona Khalid berkata dia menyedari kehadiran belalai air sewaktu sedang duduk di luar rumahnya kerana menunggu cucu dan suami pulang ke rumah.
“Saya terus memanggil suami dan menasihatinya masuk ke rumah dengan cepat selepas ternampak pusaran angin yang pelik. Ketika masuk ke rumah, terdengar bunyi kuat dan nampak kayu serta zink jatuh di depan rumah.
Jika lambat sedikit mungkin saya dan suami dihempap kayu atau zink yang jatuh dari tingkat atas blok bertentangan rumah kami.”
Buat penduduk yang terjejas dengan bencana alam ini diharapkan agar anda tabah menghadapi ujian ini dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya insiden sama kembali berulang.
Foto: Facebook Penang Kini
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itulah plot akhir cerita dongeng Puteri Disney yang Nona yakin, diingati oleh semua orang.
Alkisah puteri Disney telah diceritakan kepada kita sejak kecil lagi. Sama ada melalui buku yang dibacakan sebelum tidur atau filem-filem kartun yang ditonton, watak-watak seperti Cinderella, Belle dan Snow White sememangnya cukup dekat di hati.
Tapi cuba bayangkan jika puteri-puteri Disney itu benar-benar hidup pada zaman ini. Bagaimanalah agaknya wajah dan pakaian mereka?
Teka-teki ini mendorong artis digital, Fernanda Suarez ‘menjelmakan semula’ watak-watak legenda Disney mengikut arus fesyen semasa. Jaket denim, off shoulder tops, aksesori tribal dan solekan neutral berjaya ‘menukar’ karakter biasa mereka.
Agaknya kalau mereka ‘hidup’ di dunia realiti, tentu jadi social media influencer, kan. Jom tengok 7 ilustrasi Suarez yang hebat ni. Mana satu kesukaan anda? Norzalina Mohd Alias
(1) Mulan
(2) Belle
(3) Ariel
(4) Jasmine
(5) Pocahontas
(6) Snow White
(7) Cinderella
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ruang dapur serta ruang makan umumnya menjadi sebuah tempat kita berkumpul dengan ahli keluarga. Selain itu, adakalanya banyak aktiviti yang dilakukan di kedua-dua ruang tersebut. Dalam dapur moden masa kini, kebanyakan wanita menghabiskan banyak masa di dapur dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya memasak, membuat kek atau mengajar anak-anak ketika sibuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Tidak dinafikan dapur memerlukan kaedah pencahayaan yang baik supaya suasana menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Berikut adalah beberapa tips agar pencahayaan dapur kediaman anda menjadi lebih menarik dan bertepatan.
CHANDELIER
Lampu jenis moden ini semestinya masih sesuai digunakan di beberapa ruang dapur. Semakin banyak lampu chandelier yang ingin digunakan, sebaiknya anda memilih rekaan chandelier yang ringkas supaya persekitaran ruang dapur tidak kelihatan terlalu berlebihan.
LAMPU GANTUNG
Lampu gantung umumnya sesuai digunakan untuk ruang dapur yang berkonsepkan minimalis. Ini adalah kerana lampu gantung mempunyai karakter yang sangat ringkas seterusnya mampu menyerlahkan gaya yang elegan pada ruang dapur. Pastikan, sekiranya anda menggunakan lampu gantung pilihlah rekaan yang serupa agar selaras dengan keseluruhan dapur anda.
TRACK LIGHT
Lampu sorot yang menjalar bukan hanya berfungsi pada bahagian taman mahupun garaj sahaja. Kini, lampu tersebut boleh digunakan serta dikombinasikan dengan reka bentuk dapur moden anda. Bahkan, dengan menggunakan lampu tersebut ruang dapur anda akan terasa lebih luas serta lebar.
PLAFOND GANTUNG
Lampu jenis ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk dekorasi pencahayaan ruang dapur anda. Kesan daripada penggunaan lampu jenis ini akan menyerlahkan suasana yang elegan serta ringkas. Plafond gantung tentunya boleh digabungkan dengan berbagai reka bentuk dapur yang anda miliki. Supaya kelihatan lebih menarik, anda bolehlah menambahkan lampu LED di setiap sisi plafond dengan warna-warni tertentu sehingga ruang dapur tampak lebih menarik dan moden.
INFO
TIPS MEMILIH PERALATAN LAMPU
Sekiranya anda sedang mengubahsuai rumah serta mempunyai bajet yang terhad untuk peralatan lampu, mulakan pemilihan anda dengan peralatan lampu di ruang makan ataupun ruang tamu. Lampu yang paling menarik dan menyerikan rumah bermula di ruang utama ini. Dari situ, lebih senang untuk anda mula mencari lampu-lampu yang lain dan membahagikan bajet pada peralatan lampu untuk bilik-bilik yang lain.
Sertakan bersama dalam bajet pengubahsuaian anda beberapa jenis lampu meja dan lampu berdiri. Sekurang-kurangnya dua hingga empat jenis lampu sudah memadai. Lampu-lampu ini amat berguna apabila anda ingin melakukan quick makeover di ruang rumah anda. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut citarasa dekorasi anda, lebih-lebih lagi lampu meja dan lampu berdiri kerana ia boleh menjadikan ruang bilik lebih mesra suasana.
Jika inginkan daya tarikan pada dinding, anda boleh menggunakan sebuah lampu dinding yang menarik dan yang boleh memberikan sinaran cahaya lampu yang kreatif pada dinding. Pilihan anda tidak terhad pada kertas dinding, lukisan, panel papan kayu dan seterusnya. Anda boleh menggunakan lampu dinding untuk mencipta kesan pencahayaan dan membuat dinding lebih menarik.
Di kedai hardware terdapat banyak corak bal LED sentuh atau tap-on yang boleh dipasang siap dan menggunakan bateri. Jika kabinet besar ataupun almari baju anda malap dan gelap, lekatkan sahaja bal LED tap-on ini di dalam kabinet supaya anda senang melihat barang di dalamnya. Ia juga mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa memasang aliran elektrik kepada kabinet dan almari. Anda boleh menjimatkan kos memasang lampu di almari kerana menggunakannya sebentar sahaja. Kosnya amat minimal kerana menggunakan bateri biasa.
Perhatikan cara anda menggunakan lampu dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran kos pada peralatan lampu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Nabila Razali yang juga merupakan suri hati kepada Nik Iruwan, kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka...